Suzuki adalah salah satu brand jenama kenderaan yang dikenali di Malaysia tetapi kurang popular. Salah satu faktor adalah kerana kurangnya pengenalan model baru untuk pasaran Malaysia. Kalau dilihat dari perspektif pasaran global, Suzuki automotif juga sebenarnya tidak kurang hebatnya. Mereka ada model kereta baru Suzuki seperti sedan, mpv dan juga suv. Tetapi entah kenapa model yang dipasarkan di Malaysia cuma ada beberapa sahaja sebelum ini. Mungkin Suzuki Malaysia ada sebab sebab mereka yang tersendiri.
Di Malaysia sebelum ini pernah polular dengan kereta baru Suzuki Swift. Memang kereta compact Suzuki ini antara yang popular di Malaysia. Malah Proton pun pernah bekerjasama dengan Suzuki dan menghasilkan Proton Ertiga yang mana platform Proton Ertiga adalah menggunakan chasis yang sama dengan Suzuki Swift sebab itulah enjin dalam Proton Ertiga dan Suzuki Swift adalah sama. Rakan saya adalah salah seorang pemilik Proton Ertiga yang mana beliau sering bercerita tentang Suzuki Swift dan juga Suzuki Ertiga.
Harga Kereta Suzuki Baru
Saya sendiri baru saya tahu akan kewujudan sebuah kenderaan yang dinamakan sebagai Suzuki Jimny dan juga Suzuki Swift Sport. Rupa rupanya model ini “wujud” dan ada di pasaran luar. Sebab itulah saya katakan, model kenderaan Suzuki ada banyak tetapi kenapa pihak Suzuki Malaysia tidak bawa model ini ke dalam pasaran Malaysia. Sejak saya mula aktif dalam dunia kenderaan import terpakai iaitu kereta recond, baru saya kenal dengan kereta Suzuki Jimny dan juga Suzuki Swift Sport. Berita baiknya adalah, kedua dua kereta ini memang telah masuk ke pasaran Malaysia. Terbaik.
Suzuki Swift Sport telah masuk dan dijual di pasaran Malaysia sejak tahun 2023. Manakala Suzuki Jimny pula masuk dan dijual di pasaran Malaysia sejak tahun 2024. Dan Naza Eastern Motors adalah pengedar rasmi yang menjual kedua dua model ini untuk pasaran Malaysia. Untuk maklumat anda, Suzuki tidak lagi menjual menjual kenderaan mereka secara rasmi di Malaysia tetapi melalui pengedar rasmi sahaja iaitu melalui Naza Eastern Motors.
List Senarai Kereta Suzuki Di Malaysia
- Suzuki Swift Sport
- Suzuki Jimny 3 doors (3 pintu)
- Suzuki Jimny 5 doors (5 pintu)
Suzuki Swift menggunakan enjin 1.2L yang biasa sedangkan Suzuki Swift Sport pula menggunakan enjin 1.4L Turbo. Perbezaan paling ketara adalah dari segi penggunaan enjin.
Manakalah Suzuki Jimny pula adalah sebuah kenderaan 4X4 off road jenis “mini”. Kenderaan 4X4 di Malaysia yang popular adalah seperti Mitsubishi Triton, Nissan Navara, Isuzu D-Max, Ford Ranger dan juga Toyota Hilux. Tetapi di Malaysia belum ada lagi kereta off road 4X4 jenis kecil mini. Dan ruang ini diisi oleh Suzuki Jimny. Suzuki Jimny di Malaysia ada dijual dalam bentuk 3 pintu atau 5 pintu.
Ada rakan sekerja saya yang berminat hendak tahu tentang Suzuki Jimny. Saya tanyakan sebab kenapa beliau berminat? Jawapannya hanya satu iaitu kereta Suzuki Jimny adalah sebuah kenderaan yang tahan lasak. Mudah cerita rekaan exterior dan juga interior menggunakan material yang tahan lasak dan kuat dan memang sesuai untuk kegunaan “off-road” seperti masuk hutan.
Bagaimana dengan harga? Ingat ya, kereta baru Suzuki Jimny dan juga Suzuki Swift Sport di bawa masuk ke dalam pasaran Malaysia dalam bentuk complete built unit iaitu CBU. Model ini tidak dipasang dikilang di Malaysia. Import 100%. Bila ianya sebuah kenderaan import, maka sudah tentu harganya adalah mahal. Dan kepada anda yang berkemampuan dan tidak kisah dengan harga dan mahukan sebuah kenderaan yang unik seperti ini, anda boleh booking melalui sales advisor Suzuki melalui saya kalau berminat. Saya kongsikan pricelist kereta model Suzuki seperti gambar di atas ini ya. Sila klik untuk besarkan.
Jom Submit Loan Untuk Kereta Suzuki Secara Online Sekarang!!!
Apa offer dan promosi jika anda beli kereta baru melalui saya? Sila klik dan baca dulu ya. Saya adalah ejen penjual kereta yang menjual kereta baru dari Nissan, Honda, Toyota, Perodua, Proton, Mitsubishi dan juga SUZUKI!!!. Kenapa saya tuliskan beli kereta baru secara online? Maksudnya anda boleh untuk submit dokumen untuk tujuan check samada anda layak untuk lulus loan bank kereta atau tidak. Dan jika lulus, anda boleh datang ke showroom untuk melihat kereta sebelum bersetuju untuk sign loan agreement tersebut. Boleh ker submit loan untuk anda di seluruh semenanjung Malaysia? Boleh jer!!!
Submit Dokumen Melalui Whatsapp
- [ Whatsapp ] – mesej saya melalui link Whatsapp ini untuk pertanyaan tentang kereta, pembelian kereta baru dan submit dokumen untuk loan bank.
Jika anda hendak mendapatkan lebih banyak maklumat lanjut berkenaan apa apa jenis model kereta baru Suzuki ini, sila contact saya melalui link Whatsapp di atas ini ya. Saya boleh berikan gambar kereta, flyers, brochure, list harga termasuk berapakah bayaran bulanan yang dikenakan. Mesej sahaja saya melalui Whatsapp di atas ini ya. Anda juga boleh booking untuk test drive kereta Suzuki secara online melalui saya untuk anda di kawasan tempat anda. Selamat membeli kereta Suzuki baru dengan murah dan jimat. BYE!!!.