Sepanjang saya terlibat aktif dalam dunia “Beli Kereta Direct Owner” ini, belum pernah lagi saya terfikir akan ada orang yang mahu beli kereta terpakai dari pemilik yang bukan warga negara. Dengan kata lain, saya sendiri belum berpengalaman menguruskan warga asing untuk beli kereta di Malaysia. Jadi bila ada permintaan untuk mendapatkan bantuan uruskan submit loan kereta di bank untuk beli kereta terpakai dari pemilik warga asing, maka saya jadi blur tidak tahu macam mana hendak reply pertanyaan dari individu tersebut melalui Whatsapp.
Ok macam ini ceritanya. Saya telah bekerjasama dengan kedai yang menjual kenderaan terpakai iaitu used car bagi menawarkan servis perkhidmatan untuk submit loan kereta di bank bagi permohonan individu yang mahu beli kereta terus dari pemilik iaitu owner kenderaan tersebut. Posisi saya adalah pada bahagian marketing online. Tugas saya hanya mencari bakal pembeli kereta iaitu potential buyer. Kemudian pihak kedai used car akan submit dokumen permohonan loan pinjaman kereta anda kepada pihak bank berserta dengan “invois”.

Cara Beli Kereta Terpakai Dari Pemilik Non Malaysia
Jadi, pertanyaan bagaimana cara untuk beli kereta terpakai secara direct owner yang bukan warganegara Malaysia hanya mampu dijawab oleh pihak kedai used car sendiri. Apa jawapan beliau? Jawapannya adalah “YA BOLEH”. Jadi kepada anda yang mahu membeli kereta dari warga asing, anda boleh beli tanpa masalah. Cumanya masalah anda adalah bagaimana hendak memohon dan mendapatkan loan pinjaman kereta (hire purchased) dari bank. Jika hanya ini masalah anda, anda boleh menghubungi saya melalui link Whatsapp yang telah saya kongsikan di bawah ini.
Saya mendapat pertanyaan begini. Macam mana proses untuk beli kereta dari pemilik kereta yang non local. Adakah sama seperti beli kereta dari owner tempatan. Kereta memang telah register di Malaysia, cuma pemilik sahaja yang bukan orang tempatan. Beliau ingin beli kereta tersebut dengan direct owner. Saya tidak sempat pula tanya pemilik tersebut warga negara apa.
Sebenarnya tidak kisah pun anda beli kereta dari siapa. Sebab kereta tersebut didaftarkan di Malaysia. Dan anda pula mahu beli kereta tersebut yang mana akan tukar hak milik dari pemilik yang non local kepada pihak bank dan kemudian kepada anda selalu pemilik selepas habis bayar nanti. Sama sahaja. Ok jelas? Faham?

Caj Upah Submit Loan Kereta Melalui Used Car
- Invoice : RM700 (cas upah dealer used car untuk buka dokumen berkaitan invoice dan urusan proses loan bank). Wajib deposit RM100 tanda serius mahu gunakan servis perkhidmatan invois jual kereta dari kedai used car kami. Kalau loan lulus, tapi buyer cancel, maka deposit RM100 dikira hangus. Kalau loan gagal, kami pulangkan RM100 deposit anda. Setuju?
- Puspakom : RM250 (cas yang biasa dikenakan oleh puspakom). Anda boleh lakukan proses ini sendiri antara seller dan buyer. Dapat jimatkan kos.
- Proses Tukar Nama/Geran : RM300. Anda boleh lakukan proses ini sendiri antara seller dan buyer. Dapat jimatkan kos.
- Insurans : berdasarkan value quotation insurans kereta
***IKLAN*** : Bermula April 2025, kami menawarkan khidmat runner puspakom kepada yang tiada masa untuk bawa kereta buat inspection di puspakom dan buat proses tukar nama hak milik kenderaan. Sila klik link dan dapatkan servis runner dari kami kalau berminat ya.
Di atas ini adalah caj kos yang anda selaku pembeli (buyer) kena tanggung. Seperti yang saya tuliskan di atas tadi. Urusan puspakom dan tukar nama anda boleh buat sendiri kalau mahu. Jadi jimat sedikit kos yang perlu anda keluarkan. Hanya perlu keluarkan modal untuk bayaran kos “invois” dari servis yang ditawarkan oleh kedai used car yang saya recommend ini.

Jadi berbalik kepada proses dan urusan loan oleh buyer ini kepada pemilik yang non local (warga asing) ini adakah berjaya? Jawapannya adalah ya. Selagi pemilik lama ini sudah habis bayar kereta dan tiada hutang di bank. Dan pemilik baru pula lulus loan di bank, maka proses akan berjalan dengan lancar tanpa masalah. Tahniah kepada pemilik baru.
Hubungi Ejen Kereta Online
- [ Whatsapp ] – Saya adalah ejen yang menjual kereta baru, kereta recond, penyedia insurans roadtax kereta, insurans kesihatan/kemalangan dan lain lain berkaitan kenderaan di seluruh Malaysia. Kepada yang berminat, boleh hubungi saya dan submit dokumen yang diperlukan secara online melalui link Whatsapp ini ya.
- [ SCRUT ] – Semak status kondisi kereta samada pernah kemalangan, bekas kereta banjir, pernah claim apa apa insurans dengan mudah di sini sebelum anda beli kereta terpakai
- [ EZCare ] – sila hubungi saya melalui link Whatsapp ini jika anda ingin meminta bantuan staff EzCare untuk melanggan warranty lanjutan untuk kereta terpakai
Jika anda berminat untuk beli kereta terpakai terus dari pemilik kenderaan. Tidak kisahlah samada pemilik dari negeri yang lain atau bukan warga negara Malaysia (non local), anda tetap boleh beli kereta berkenaan tanpa masalah. Jika anda bersetuju dengan caj yang dikenakan oleh kedai used car yang saya cadangkan ini, sila hubungi saya melalui link Whatsapp di atas ini ya. Kalau boleh sila pastikan berapa baki semasa hutang loan bank kereta terserbut jika ada untuk memudahkan kerja. Jika tiada, anda boleh beli dan dapatkan loan bank dengan mudah tanpa masalah. Hubungi saya sekarang ya. BYE!!!.