Sebenarnya dulu saya sempat keliru antara kereta Toyota Alphard dan juga Toyota Vellfire. Nampak macam sama tetapi nama lain lain. Secara peribadi saya lebih memilih “Vellfire” berbanding Alphard kerana merasakan ianya sebuah kereta yang nampak sporty dan garang. Mudah cerita ianya pasti menjadi pilihan bagi golongan muda. Hanya selepas saya mula terlibat aktif di dalam pemasakan kereta, barulah saya tahu akan perbezaan antara kereta Alphard dan juga kereta Vellfire.
Toyota Vellfire adalah sebuah kenderaan MPV besar. Di Malaysia, MPV besar seperti Alphard dan juga Vellfire mendapat permintaan tinggi bagi mereka yang mampu, mahukan status, keselesaan dan juga sebagai simbol orang yang berduit. Harga MPV Toyota Vellfire yang baru dari generasi baru yang dijual di Malaysia adalah berharga RM438K. Harga kereta semakin mahal malah MPV Toyota Alphard yang baru pun sudah berharga RM538K. Perbezaan harga adalah sebesar RM100K antara Alphard dan juga Vellfire. Vellfire adalah murah RM100K berbanding Alphard.

Toyota Vellfire Recond
Kenapa Vellfire lebih murah berbanding Alphard. Sebenarnya kereta MPV Alphard dan juga Vellfire adalah sebuah kenderaan yang sama. Beza dari segi spesifikasi dan aksesori yang ditawarkan sahaja. Perbezaan paling utama dan ketara adalah dari segi saiz enjin yang digunakan. Toyota Alphard menggunakan enjin dengan saiz 3.5L sedangkan Toyota Vellfire menggunakan enjin dengan saiz 2.5L. Jadi kepada anda yang mahukan sebuah kenderaan MPV jenis besar dan mewah, tetapi tidak mahukan sebuah kenderaan yang tidak terlalu mahal, maka Toyota Vellfire adalah pilihan terbaik.
Mahu kenderaan MPV besar, luas, selesa, nampak mewah dan lagi murah? Saya cadangkan anda untuk memilih dan membeli Toyota Vellfire dari jenis “recond”. Saya adalah ejen yang menjadi wakil kepada kedai import kenderaan mewah terpakai yang trusted dan ada sangat banyak pilihan Toyota Vellfire recond. Berminat?
Kereta recond dari Jepun adalah sebuah kenderaan terpakai yang berkualiti tinggi. Kualiti kereta MPV Toyota Vellfire yang dijual Malaysia tidak sama dengan apa yang dijual di Jepun. Dan majoriti customer peminat dan pembeli kenderaan recond tahu tentang maksud “kualiti” yang dimaksudkan. Malah spec aksesori juga berbeza. Ada yang beli kereta recond sebab kualiti. Ada yang beli kereta recond sebab aksesori yang tiada di Malaysia. Dan ada yang beli kereta recond sebab mahukan keunikkan kenderaan yang tidak ada dijual di pasaran Malaysia. Anda dari kumpulan yang mana?
Di atas ini saya kongsikan gambar depan, tepi dan belakang kereta MPV Toyota Vellfire recon. Anda suka warna putih atau hitam? Reka bentuk grill hadapan juga berbeza. Untuk pilihan peribadi, saya memilik kereta Toyota Vellfire dari warna putih. Nampak menaikkan seri MPV itu sendiri dan dalam masa yang sama rekaan bumper nampak garang.
Mesti ada yang hendak tahu, berapa harga sebuah kereta MPV Toyota Vellfire Recond di Malaysia? Di dalam senarai kami kebanyakkan kereta Vellfire import terpakai dijual antara harga RM210K – RM300K. Kami jual kereta kebanyakkan paling lama pun yang berumur 5 tahun sahaja. Kenapa kereta kami kadang kala nampak sedikit mahal? Sebab grade Toyota Vellfire kami adalah terbaik. Aksesori yang ditawarkan juga menyebabkan harga lebih mahal dari yang biasa. Harap maklum ya.
Di bawah ini pula adalah gambar ruang kabin, stereng, dashboad, tuil gear knob, seat tempat duduk dan lain lain.
Ini sahaja gambar yang boleh saya kongsikan di dalam blog kereta ini. Jika anda sedang mencari kereta Toyota Vellfire jenis recon, sila hubungi saya melalui link Whatsapp yang saya kongsikan di bawah ini. Saya akan berikan link untuk anda lihat gambar kereta tersebut di Malaysia, ketahui aksesori yang ditawarkan dan saya akan kongsikan berapa harga yang pihak kami tawarkan. Anda buat pilihan. Hendak datang ke showroom pun boleh. Hendak bawa keluar showroom untuk test drive atau untuk buat inspection pun boleh. Tiada masalah. Itu tandanya kami yakin dengan kereta yang kami jual kepada anda dan kami mahu berikan keyakinan kepada anda selaku bakal pembeli.
Kenapa Kena Beli Kereta Recond UK/Japan Dengan Kami?
- Syarikat terpercaya (track rekod baik)
- Ada banyak pilihan kereta
- Ada jaminan warranty selama 8 tahun
- Ada disediakan auction report dari Japan. Kebanyak gred kereta adalah dari 3.5 dan ke atas
- Boleh buat full loan
- Boleh test submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja.
Tidak faham? Begini, kebanyakkan kereta recond memang tidak berikan apa apa jaminan warranty. Kedai kami bekerjasama dengan syarikat EZ Care Warranty untuk memberikan pilihan jaminan sehingga 8 tahun. Ini akan berikan keyakinan kepada anda selaku pembeli kereta recond untuk mendapatkan kereta recond terpakai berkualiti dari kedai kami.

Auction report? Ya, kereta recond yang dibeli di Jepun majoritinya adalah dari pusat lelongan Jepun. Di sana mereka melelong kereta dengan telah diberikan sekali dengan gred kondisi keadaan kereta dan kerosakkan yang ada pada kereta tersebut. Pihak kami hanya membida kereta dengan gred tinggi sahaja. Kereta recond yang anda beli dari kami akan diberikan sekali dengan laporan auction report dari Jepun untuk memberikan keyakinan kepada anda yang kedai kami memang hanya menjual kereta import terpakai yang berkualiti sahaja.
Submit Dokumen Melalui Whatsapp
- [ Whatsapp ] – mesej saya melalui link Whatsapp ini untuk pertanyaan tentang kereta, pembelian kereta baru dan submit dokumen untuk loan bank termasuk detail info anda selaku buyer.
- [ Scrut ] – Semak status kondisi dan grade kereta recond secara online. Jangan lagi kena tipu dengan seller kedai kereta import terpakai.
Jika anda hendak mendapatkan lebih banyak maklumat lanjut berkenaan apa apa jenis model kereta kereta recond Jepun ini, sila contact saya melalui link Whatsapp di atas ini ya. Saya boleh berikan gambar kereta termasuk harga. Mesej sahaja saya melalui Whatsapp di atas ini ya. Atau anda mahu cari Toyota Alphard recond pun ada. Dan pihak kami juga boleh untuk hantar kereta recond tersebut terus ke alamat rumah anda di seluruh semenanjung Malaysia jika mahu dengan kos penghantaran ditanggung 100% oleh anda. Selamat membeli kereta Toyota Vellfire recond import terpakai yang berkualiti tinggi dari kami. BYE!!!.