Seminggu yang lepas, saya dihubungi oleh seseorang yang mahu beli kereta terpakai (2nd hand) dari rakan beliau untuk anaknya. Kereta yang mahu dibeli itu adalah dari Mazda 2 keluaran tahun 2016. Beliau meminta bantuan saya untuk proses loan bank. Dan kebetulan kereta tersebut hanya tinggal 1 bulan lagi bayaran installment di bank. Kiranya memang boleh selesai lah full settlement bank tanpa masalah bulan depan.
Saya dan isteri memang minat kereta dari brand jenama Mazda. Terus saya tanya berapakah harga yang rakan beliau tawarkan untuk di jual kepada beliau. Jawapannya adalah beliau dapat beli kereta Mazda2 dari rakan beliau dengan harga RM15K SAHAJA. Wow terbaik!!! Saya semak harga kereta Mazda 2 di mudah.my dan rata rata kereta model ini untuk keluaran tahun 2016 dijual dengan harga lebih kurang RM35K di kedai used car. Kiranya beliau berjaya beli kereta dengan harga murah lah.

Kisah Berjaya Beli Kereta Mazda 2 Terus Dari Rakan
Memang tujuan pemilik kereta yang mahu menjual kereta terus kepada pembeli secara direct untuk dijual dengan harga sedikit tinggi dari apa yang kedai used car tawarkan. Dan memang pembeli kereta yang mahu beli kereta dari direct owner mahu beli kereta dengan harga lebih murah dari apa yang kedai used car tawarkan. Kiranya win win situation lah. Dalam kes ini rasanya pembeli dan bakal pemilik baru kereta Mazda 2 ini memang berjaya membeli kereta terpakai dengan nilai yang paling berbaloi.
Jadi macam mana untuk apply loan di bank untuk beli kereta terus dari owner? Jawapannya adalah dengan menggunakan “INVOIS” dari kedai used car. Kedai yang menjual kenderaan terpakai akan menjadi orang tengah yang akan menguruskan proses submit dokumen pembelian kereta ke bank.
Kereta anda selaku pemilik (owner) TIDAK dijual di kedai used car tersebut. Bakal pembeli (ready buyer) pula TIDAK membeli kereta tersebut di kedai used car tersebut. Kedai used car hanya perantara. Hanya menguruskan proses submit loan bank dan invois jual beli kereta kepada pihak bank. Jelas? Faham?

Caj Upah Submit Loan Kereta Melalui Used Car
- Invoice : RM700 (cas upah dealer used car untuk buka dokumen berkaitan invoice dan urusan proses loan bank). Wajib deposit RM100 tanda serius mahu gunakan servis perkhidmatan invois jual kereta dari kedai used car kami. Kalau loan lulus, tapi buyer cancel, maka deposit RM100 dikira hangus.
- Puspakom : RM250 (cas yang biasa dikenakan oleh puspakom). Tidak kisahlah samada pemilik atau bakal pembeli uruskan buat puspakom ini
- Proses Tukar Nama/Geran : RM300
- Insurans : berdasarkan value quotation insurans kereta
Di atas ini adalah caj kos yang anda selaku pembeli (buyer) kena tanggung. Seperti yang saya tuliskan di atas tadi. Urusan puspakom dan tukar nama anda boleh buat sendiri kalau mahu. Jadi jimat sedikit kos yang perlu anda keluarkan. Hanya perlu keluarkan modal untuk bayaran kos “invois” dari servis yang ditawarkan oleh kedai used car yang saya recommend ini.
***IKLAN*** : Bermula April 2025, kami menawarkan khidmat runner puspakom kepada yang tiada masa untuk bawa kereta buat inspection di puspakom dan buat proses tukar nama hak milik kenderaan. Sila klik link dan dapatkan servis runner dari kami kalau berminat ya.

Hubungi Ejen Kereta Online
- [ Whatsapp ] – Saya adalah ejen yang menjual kereta baru, kereta recond, kereta terpakai, servis loan bank, penyedia insurans roadtax kereta, insurans kesihatan/kemalangan dan lain lain berkaitan kenderaan di seluruh Malaysia. Kepada yang berminat, boleh hubungi saya dan submit dokumen yang diperlukan secara online melalui link Whatsapp ini ya.
- [ SCRUT ] – Semak status kondisi kereta samada pernah kemalangan, bekas kereta banjir, pernah claim apa apa insurans dengan mudah di sini sebelum anda beli kereta terpakai
- [ EZCare ] – sila hubungi saya melalui link Whatsapp ini jika anda ingin meminta bantuan staff EzCare untuk melanggan warranty lanjutan untuk kereta terpakai
Biasanya bila anda beli kereta terpakai, saya memang cadangkan bakal pembeli buat 2 perkara ini iaitu ambil tahu tentang jaminan waranti kereta yang anda akan beli dan buat semakan sejarah claim insurans kereta tersebut. Saya cadang anda beli perlindungan warranty dari EzCare dan anda buat semakan claim insurans melalui Scrut. Dua dua link telah saya share di atas ini. Saya harap perkongsian ini memberikan panduan serta rujukan kepada anda yang berminat ingin beli kereta terus dari pemilik melalui servis loan bank dari kami seperti kisah beli kereta Mazda 2 terpakai ini. BYE!!!.