Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru Wednesday, May 21
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Subscribe
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Beli Kereta Baru
    Home » Beli Proton Exora Baru Secara Online
    Exora

    Beli Proton Exora Baru Secara Online

    adminBy admin10/06/2024Updated:21/06/2024No Comments4 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Telegram Email WhatsApp

    Proton Exora adalah sebuah kenderaan jenis MPV C-segmen dan ianya adalah kenderaan MPV pertama bagi proton. Proton Exora telah dilancarkan pada tahun 2009 dan variant facelift pertama adalah pada 15 December 2011. Dengan kata lain, model proton Exora ini sudah berumur lebih dari 14 tahun di pasaran dan ianya masih dalam kategori generasi pertama. Dan sehingga kini belum lagi dilancarkan proton Exora baru untuk generasi kedua. Persoalan, adakah masih relevan untuk beli proton Exora sekarang?

    Ketika proton Exora dilancarkan, ianya menggunakan enjin campro yang lama. Banyak terdengar rungutan dari pengguna awal bahawa enjin yang ditawarkan kurang berkuasa. Kurang pickup iaitu ketika hendak memotong dan menaiki bukit kerana berat badan kereta exora yang besar yang semestinya memang berat. Atas sebab inilah kenapa pihak proton memperkenalkan model proton Exora facelift pada tahun 2011. Apa yang baru? Ketika ini proton perkenalkan enjin CamPro CFE turbocharged dan juga penggunaan kotak gear CVT.

    Senarai Harga Dan Bayaran Bulanan Kereta Baru Proton Exora
    Senarai Harga Dan Bayaran Bulanan Kereta Baru Proton Exora

    Harga Proton Exora Baru

    Enjin exora lama adalah CamPro CPS dan enjin Exora yang baru adalah CamPro CFE. Enjin CamPro CFE adalah dari jenis enjin soft turbo. Ianya menawarkan kuasa enjin (HP) dan tork (Nm) yang lebih tinggi. Hasilnya adalah enjin berupaya memberikan lebih kuasa pada enjin dan ketika memotong dan menaiki bukit pun kereta Exora terasa ringan dan mudah melakukan tugasan yang diberikan walaupun dengan muatan yang ramai. Untuk pengetahuan anda, proton Exora telah menerima facelift terbaru pada tahun 2023 yang hanya melibatkan perubahan kecil. Apa itu?

    Proton Exora facelift (minor changes) pada tahun 2023 tetap menawarkan penggunaan enjin CamPro CFE dan kotak gearbox CVT. Tambahan yang ditawarkan adalah pada hos penyejuk minyak (OCH) yang telah dipertingkat. Kepada anda yang menggunakan kereta keluaran proton yang menggunakan enjin soft turbo seperti ini, biasanya sesetegah pengguna mengalami masalah OCH bocor. Jadi dengan pengenalan OCH yang dipertingkat, masalah OCH bocor dapat diselesaikan. Perubahan nampak minor tetapi penting sebenarnya.

    Pandangan Hadapan Proton Exora Merah
    Pandangan Hadapan Proton Exora Merah

    Spesfikasi Kereta Proton Exora

    • 1.6L VVT (138HP/205Nm)
    • Gearbox : CVT
    • Segmen : MPV segmen-C
    • Jarak Roda : 2730mm
    • Panjang : 4615mm
    • Lebar : 1809mm
    • Tinggi : 1691mm
    • Luas Bonet : 132L
    • Airbag : 2 Beg Udara
    • Safety Features : ABS, EBD, ESC, BA,
    • Berat : 1442KG
    • Tangki Minyak : 55L

    Dengan spesifikasi proton exora di atas ini, adakah berbaloi untuk beli kereta exora sekarang? Safety features yang ada ditawarkan kepada proton exora semasa ini adalah masih lagi relevan. Cuma ianya tidak lah sebagus kereta moden zaman sekarang. Umur pun sudah lebih dari 10 tahun. Lagi pun kalau anda tidak berapa kisah dengan features tersebut dan mahu inginkan sebuah MPV yang besar untuk tujuan yang kurang memerlukan kepada fungsi tersebut, maka proton exora masih lagi relevan. Terpulang kepada kehendak masing masing.

    Jadi apa kekurangan proton Exora baru? Kekurangan hanyalah 1 sahaja. Zaman sekarang kebanyakkan kereta sudah ditawarkan sekali dengan teknologi ADAS iaitu Advanced driver-assistance system. Hanya ini sahaja teknologi yang tiada di dalam Exora . Ketiadaan ADAS bukanlah bermaksud kereta Exora tidak relevan dari segi keselamatan, cuma penambahan sistem ADAS akan menaikkan harga kereta dan perlu ada perubahan dalaman dari segi wiring. Maksudnya kena tunggu proton Exora generasi yang baru barulah ada ADAS. Jelas? Faham?

    Pandangan Tepi Belakang Proton Exora Merah
    Pandangan Tepi Belakang Proton Exora Merah
    Pandangan Dashboard Proton Exora
    Pandangan Dashboard Proton Exora
    Pandangan Boot Space Kargo Proton Exora
    Pandangan Boot Space Kargo Proton Exora

    Jom Submit Loan Proton Exora Online Sekarang!!!

    Apa offer dan promosi jika anda beli kereta baru online melalui saya? Sila klik dan baca dulu ya. Saya adalah ejen penjual kereta yang menjual kereta baru dari Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi dan juga PROTON!!! di area KL/Selangor. Kenapa saya tuliskan beli kereta baru secara online? Maksudnya anda boleh untuk submit dokumen untuk tujuan check samada anda layak untuk lulus loan bank kereta atau tidak. Dan jika lulus, anda boleh datang ke showroom untuk melihat kereta sebelum bersetuju untuk sign loan agreement tersebut. Dan pihak kami juga boleh untuk hantar kereta baru tersebut ke terus rumah anda jika mahu.

    Submit Dokumen Melalui Whatsapp

    • [ Whatsapp ] – mesej saya melalui link Whatsapp ini untuk pertanyaan tentang kereta, pembelian kereta baru dan submit dokumen untuk loan bank.

    Jika anda hendak mendapatkan lebih banyak maklumat lanjut berkenaan kereta Proton baru ini, sila contact saya melalui link Whatsapp di atas ini ya. Saya boleh berikan gambar kereta, flyers, brochure, list harga termasuk berapakah bayaran bulanan yang dikenakan. Kalau anda ada apa apa pertanyaan berkenaan new model ini atau model kereta selain proton juga boleh. Asalkan ianya berkenaan model kereta baru. Mesej sahaja saya melalui Whatsapp di atas ini ya. Owh ya, sebelum terlupa, anda juga boleh booking untuk test drive proton secara online melalui saya. Selamat membeli kereta baru proton Exora. BYE!!!.

    *** News 2024 – Proton Exora STOP PRODUCTION. Tidak lagi dijual di mana mana showroom di seluruh Malaysia. Tidak akan ada Proton Exora dari generasi baru yang akan dilancarkan pada masa hadapan (buat masa ini). Dan Proton Exora digantikan dengan Proton X90.

    Bayaran Bulanan Proton Exora Beli Proton Exora Gambar Proton Exora Harga Proton Exora New Proton Exora Proton Exora Proton Exora Baru Spesifikasi Proton Exora
    Share. WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Ulasan Proton X50: Prestasi dan Keselamatan (Artikel AI)

    25/02/2025

    Beli Proton eMas 7 Baru Secara Online

    11/01/2025

    Promosi Hujung Tahun Kereta Baru Proton

    15/11/2024

    Kenapa Beli Perodua Bezza Berbanding Proton Saga

    13/11/2024

    Senarai Kereta Proton Yang Paling Jimat Minyak

    13/10/2024

    Beli Proton X70 Facelift Baru Secara Online

    01/09/2024
    Leave A Reply Cancel Reply

    Berminat beli kereta baru Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford dan lain lain? Jom submit loan kereta secara online melalui Whatsapp di sini.

    Beli Kereta? Contact Me Now!!!
    • WhatsApp
    • Facebook
    Post Kereta Baru Terkini

    Beli Kereta Mazda 2 Direct Owner Success Story

    20/05/2025

    Beli Kereta Baru Volkswagen Tiguan Allspace

    20/05/2025

    SCAM Beli Kereta Toyota Estima Recond

    18/05/2025

    Jangan Beli Toyota Corolla Cross Total Loss

    14/05/2025
    © 2025 BeliKeretaBaru. Designed by BeliKeretaBaru.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.

    Ad Blocker Enabled!
    Ad Blocker Enabled!
    Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please support us by disabling your Ad Blocker.