Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Home » Beli Proton X50 Facelift Minor Secara Online
    Proton

    Beli Proton X50 Facelift Minor Secara Online

    adminBy admin05/06/2024Updated:01/06/2025No Comments5 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Mungkin ramai yang tidak faham tentang kenapa syarikat pengeluar kereta melakukan “FACELIFT” pada model kereta mereka. Ada 2 sebab utama. Yang pertama adalah untuk meningkatkan jualan bagi kereta berkenaan setelah beberapa tahun dijual di pasaran dengan penampilan yang segar dan juga penawaran teknologi yang lebih terkini. Sebab yang kedua pula adalah untuk clear stok sebelum dilancarkan model kereta dari generasi yang terkini. Dan ini berlaku pada model kereta Proton X50 facelift untuk tahun 2024.

    Pertama sekali, projek Proton X50 facelift adalah dalam kategori “minor”. Dengan kata lain tidak ada perubahan yang besar. Kalau anda mahukan perubahan yang besar, maka anda kena tunggu Proton X50 major facelift. Dan facelift versi major saya sendiri pun belum tahu samada akan keluar pada tahun depan atau tiada. Tidak mengapa. Yang penting adakah berbaloi untuk beli Proton X50 versi minor facelift untuk tahun 2024 ini. Jawapan yang saya boleh berikan adalah BERBALOI. Kenapa?

    Harga dan bayaran bulanan Proton X50 baru
    Harga dan bayaran bulanan Proton X50 baru

    Harga Proton X50 Minor Facelift

    Untuk pengetahuan anda, dari jualan Proton X50 sebelum ini, pihak Proton telah mendapat maklum balas dari pengguna model kereta ini. Antara feedback yang diberikan adalah berkenaan isu seperti enjin bunyi bising, IHU yang kurang lancar, resolusi kamera 360 yang rendah dan juga pembuka bonnet belakang yang manual. Dan ke semua masalah ini telah diselesaikan untuk Proton X50 untuk versi minor facelift ini. Jom kita lihat. Harga untuk Proton X50 minor facelift ini tiada perubahan dengan model lama.

    Di bawah ini saya kongsikan sedikit info berkenaan spesifikasi kereta Proton X50. Untuk Proton X50 facelift tidak ada apa apa perubahan pada enjin dan ada perubahan kecil pada kotak gearbox.

    Pandangan Hadapan Kereta Proton X50 Baru
    Pandangan Hadapan Kereta Proton X50 Baru

    Spesifikasi Kereta Proton X50

    • Enjin : 1.5L turbo 3 silinder (148HP/226Nm)
    • Gearbox : 7DCT EVO300
    • Segmen : SUV B segmen
    • Airbag : 4-6
    • Tangki Minyak : 45L

    Cuba anda lihat spec enjin pada Proton X50. Ianya adalah sebuah enjin dengan 3 silinder. Biasanya enjin 3 silinder akan menyebabkan bunyi enjin sedikit bising, kasar dan bergegar. Dan ini menyebabkan ruang dalam kabin kereta akan masih terdengar deruman ngauman enjin. Untuk model Proton X50 facelift ini, proton baiki masalah bunyi dengan meletakkan banyak penyetap bunyi pada sekeliling kereta dan hasilnya ukuran bunyi noise, vibration, and harshness (NVH) mendapat bacaan yang rendah. Ini adalah penambah baikkan yang berbaloi.

    Ke semua variant Proton X50 facelift dapat infotainment head unit (IHU) saiz 10.3 inch
    Ke semua variant Proton X50 facelift dapat infotainment head unit (IHU) saiz 10.3 inch

    Skrin sesentuh kita sebut sebagai infotainment head unit (IHU). Dan pengguna Proton X50 sebelum ini komplen bahawa skrin sesentuh IHU kurang responsive iaitu lag. Jadi kali ini pihak proton berikan IHU dengan RAM yang sedikit lebih besar dan hasilkan skrin sesentuh kini menjadi 3.3 kali lebih pantas. Berbaloi? Memang berbaloi pun. Untuk info tambahan, ke semua model variant kereta X50 juga dapat 7 inch meter panel.

    Kamera 360 3D Proton X50 versi facelift lebih clear HD
    Kamera 360 3D Proton X50 versi facelift lebih clear HD

    Ramai pemilik Proton X50 komplen yang kamera pandang keliling 360 3D tidaklah cantik dan tajam mana. Malah ada yang kata kononnya kualiti resolution kamera 360 kabur seakan akan zaman video 3GP. Haha. Tetapi tidak mengapa, kali ini dengan pengenalan Proton X50 facelift, hasil kamera 360 adalah clear dan sharp. Jujur ini adalah improvement yang sangat berbaloi. Baru terasa macam naik kereta mewah.

    Kebanyakkan kereta zaman moden sudah dilengkapi dengan teknologi buka boot bonnet belakang dengan cara tekan suiz sahaja. Namun Proton X50 lama masih menggunakan cara manual iaitu dengan menarik tuil lock sama macam cara kereta lama. Dan alhamdulillah, kali ini sesetengah variant model Proton X50 facelift telah siap diberikan sekali dengan teknologi buka boot bonet belakang dengan tekan suiz sahaja (power tailgate/power boot) seperti gambar di bawah ini. Baru nampak macam bawa kereta mahal. Terbaik proton.

    Suis power tailgate Proton X50 untuk buka boot bonet
    Suis power tailgate Proton X50 untuk buka boot bonet

    Kotak gearbox di dalam industri automotif disebut sebagai transmission. Kalau sebelum ini, Proton X50 menggunakan gearbox DCT 7 speed jenis 330. Dan untuk Proton X50 facelift menggunakan DCT 7 speed jenis EVO300. Ada perubahan baik yang ditawarkan. Boleh lihat gambar di bawah ini.

    Proton X50 facelift gearbox 7 speed DCT EVO 300
    Proton X50 facelift gearbox 7 speed DCT EVO 300

    Saya sudah senaraikan beberapa perubahan teknologi yang ditawarkan pada Proton X50 facelift kali ini walaupun ianya adalah perubahan dan penambah baikkan yang kecil iaitu minor facelift sahaja. Tetapi bagi saya ianya sudah lebih dari berbaloi pun. Oleh kerana ianya bukan perubahan major, maka tidak ada apa apa perubahan dari segi rekaan exterior atau interior ya. Harap maklum.

    Pandangan Hadapan Proton X50 Merah
    Pandangan Hadapan Proton X50 Merah

    Jom Submit Loan Untuk Kereta Proton Secara Online Sekarang!!!

    Apa offer dan promosi jika anda beli kereta Proton secara online melalui saya? Sila klik dan baca dulu ya. Saya adalah ejen penjual kereta yang menjual kereta baru dari Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi dan juga PROTON!!!. Kenapa saya tuliskan beli kereta baru secara online? Maksudnya anda boleh untuk submit dokumen untuk tujuan check samada anda layak untuk lulus loan bank kereta atau tidak. Dan jika lulus, anda boleh datang ke showroom untuk melihat kereta sebelum bersetuju untuk sign loan agreement tersebut. Boleh ker submit loan untuk anda yang berada di seluruh Malaysia? Boleh jer!!!

    Submit Dokumen Melalui Whatsapp

    • [ Whatsapp ] – mesej saya melalui link Whatsapp ini untuk pertanyaan tentang kereta, pembelian kereta baru dan submit dokumen untuk loan bank.

    WhatsAppButtonGreenSmall

    Jika anda hendak mendapatkan lebih banyak maklumat lanjut berkenaan apa apa jenis model kereta baru Proton ini, sila contact saya melalui link Whatsapp di atas ini ya. Saya boleh berikan gambar kereta, flyers, brochure, list harga termasuk berapakah bayaran bulanan yang dikenakan. Mesej sahaja saya melalui Whatsapp di atas ini ya. Anda juga boleh booking untuk test drive kereta proton secara online melalui saya untuk anda di area KL/Selangor ya. Dan pihak kami juga boleh untuk hantar kereta baru tersebut terus ke alamat rumah anda di seluruh semenanjung Malaysia jika mahu. Selamat membeli kereta Proton X50 facelift baru. BYE!!!.

    Bayaran Bulanan Proton X50 Facelift Gambar Proton X50 Facelift Harga Proton X50 Facelift Proton X50 Facelift Spesifikasi Proton X50 Facelift
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Gambar depan kereta Proton X50 2025

    Beli Proton X50 Enjin 4 Silinder

    14/07/2025
    Proton X50

    Ulasan Proton X50: Prestasi dan Keselamatan (Artikel AI)

    25/02/2025
    Gambar permandangan hadapan kereta Proton eMas7

    Beli Proton eMas 7 Baru Secara Online

    11/01/2025
    Contoh iklan promosi diskaun rebate akhir tahun kereta baru Proton

    Promosi Hujung Tahun Kereta Baru Proton

    15/11/2024
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Berminat beli kereta baru Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford dan lain lain? Jom submit loan kereta secara online melalui Whatsapp di sini.

    Beli Kereta? Contact Me Now!!!
    • WhatsApp
    • Facebook
    Post Kereta Baru Terkini
    Eastel Starter Kit Incentive

    Ejen Dealer Simkad Eastel

    31/01/2026
    Pakej plan panggilan dan data internet untuk simkad prepaid Eastel

    Simkad Eastel

    31/01/2026
    Caj harga bayaran servis runner puspakom dan tukar nama hak milik thumb print JPJ

    Upah Runner Puspakom

    24/01/2026
    Kereta import terpakai recond Lexus NX350 F Sport warna putih (3)

    Senarai Kereta Recond Lexus Tahun 2026

    24/01/2026
    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2026 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.