Mana mana kereta selepas dilancarkan dalam beberapa tahun di pasaran akan diberikan nafas dan sentuhan baru dengan nama FACELIFT. Tujuan utama adalah bagi meningkatkan jualan kereta tersebut dan berupaya bersaing dengan model kereta baru yang lain selagi model generasi terkini belum lagi dilancarkan. Untuk pengetahuan anda, sedar tidak sedar, Proton X70 sebenarnya telah dilancarkan secara rasmi pada tarikh 12 December 2018 dan telah berumur hampir 6 tahun lalu. Jadi memang patut pun kalau pihak proton menyegerakan kemaskini terbaru Proton X70 facelift.
Mungkin ada yang tidak tahu, sebenarnya Proton X70 adalah model Geely Boyue di China. Dan Proton X70 versi facelift 2024 adalah versi Geely Boyue facelift di China. Cumanya Geely Boyue di China telah pun mendapat model dari generasi terbaru. Dengan kata lain, Proton X70 facelift ini adalah kemaskini kepada Proton X70 sebelum generasi Proton X70 yang baru akan dilancarkan. TETAPI!!! Bukanlah bermaksud yang model Proton X70 yang baru akan dilancarkan dalam masa terdekat. Biasanya 2 tahun selepas model facelift dilancarkan barulah model dari generasi yang baru pula dilancarkan. Ini adalah amalan yang biasa bagi mana mana pengeluar model kereta.
Harga Proton X70 Facelift Baru
Jadi berbaloi atau tidak untuk beli Proton X70 versi facelift? Jawapannya adalah berbaloi. Beli kereta bukanlah macam beli smartphone. Teknologi kereta tidak sepantas teknologi smartphone yang 2 tahun terus rasa ketinggalan zaman. Walaupun model facelift diperkenalkan, paling tidak teknologi yang sebelum ini nampak ketinggalan zaman akan ditawarkan dengan teknologi yang setara dengan tahun tersebut. Betul ke? Tidak percaya sila lihat perbandingan ringkas antara Proton X70 2018 dengan Proton X70 facelift 2024. Ada beza atau tidak dari segi teknologi yang diberikan. Kalau anda, memang berbaloi beli.
Biasanya samada model facelift atau model versi baharu, yang berbeza hanyalah rupa reka bentuk dan teknologi yang ditawarkan. Dengan kata lain, samada orang suka atau tidak dengan rupa bentuk Proton X70 versi facelift, ianya adalah perkara yang subjektif. Yang penting adalah tentang teknologi yang ditawarkan. Kalau teknologi yang ditawarkan adalah terkini, maka design Proton X70 facelift yang terbaru ini adalah relevan dan masih sesuai dibeli tanpa masalah. Namun ini adalah pendapat saya sahaja. Mungkin lain orang lain pandangan.
Spesifikasi Kereta Proton X70
- Enjin : 1.5L turbo 3 silinder (177HP/255Nm) / 1.8L 4 silinder TGDi (181HP/300Nm)
- Gearbox : DCT 7 kelajuan
- Segmen : SUV C segmen
- Airbag : 6
- Tangki Minyak : 60L
- Teknologi :
Melihat kepada spesifikasi enjin dan gearbox tiada perubahan yang ditawarkan. Tetapi ini bukan satu masalah. Biasanya pengeluar kereta memang tidak akan melakukan apa apa perubahan major terhadap enjin atau kotak gear sebab tidak ada apa apa masalah pun.
Berdasarkan gambar di atas ini jelas Proton X70 memang menawarkan perubahan drastik untuk versi facelift ini. Rekaan lampu dan grill hadapan memang nampak lain dari versi yang sebelum ini. Adakah anda suka dengan rekaan sebegini. Saya serahkan pendapat kepada diri anda sendiri. Rekaan belakang pun ada sedikit perubahan terutamanya pada lampu belakang. Dan perubahan ini bolehlah saya katakan sebagai perubahan yang kecil iaitu minor. Adakah anda suka?
Dan perubahan yang paling besar sekali adalah pada ruangan interior iaitu rekaan dashboard yang memang baru. Dashboard Proton X70 sebelum ini nampak sangat sangat ringkas. Dan rupa bentuk dashboard Proton X70 facelift kali ini memang nampak perubahan yang sangat ketara. Lain dari yang lain. Nampak moden dan saya pasti bakal pembeli pasti akan menyukainya.
Teknologi Proton X70 Facelift
Ini adalah bahagian yang paling penting sekali. Tukar bumper, lampu, grill dashboard dan stereng apa semua ini hanyalah lebih kepada penukaran bersifat kosmetik sahaja. Yang paling penting adalah memastikan teknologi yang ditawarkan adalah terkini dan mampu bersaing dengan model zaman kini. Jadi adakah model Proton X70 versi facelift ditawarkan dengan teknologi terkini? Jawapannya adalah YA!!!.
Proton X70 facelift telah menawarkan kemaskini terhadap sistem ADAS. ADAS adalah singkatan kepada “Advanced Driver Assistance Systems”. Semasa Proton X70 diperkenalkan mula mula dahulu, sistem ADAS yang diberikan adalah ADAS 1.0. Sedangkan Proton X50 pun sudah menggunakan ADAS 2.0. Pengeluar syarikat kenderaan lain pun gunakan ADAS 2.0. Dan model facelift Proton X70 kali ini juga ditawarkan dengan sistem ADAS 2.0. Terbaik. Sebenarnya apa fungsi ADAS ini?
Fungsinya adalah sebuah sistem seakan akan radar untuk mengesan dan mengurangkan impak kecederaan dan kematian dengan mengurangkan kadar kemalangan akibat impak yang tidak dapat dielakkan. Sistem ADAS akan memberikan bantuan pemanduan, amaran berjaga jaga dan juga membuat tindakkan secara automatik seperti membrek ketika sistem dapat mengagak pelanggaran akan berlaku. Sistem ini adalah sangat diperlukan pada zaman moden kini.
Jom Submit Loan Proton X70 Online Sekarang!!!
Apa offer dan promosi jika anda beli kereta baru online melalui saya? Sila klik dan baca dulu ya. Saya adalah ejen penjual kereta yang menjual kereta baru dari Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi dan juga PROTON!!! di area KL/Selangor. Kenapa saya tuliskan beli kereta baru secara online? Maksudnya anda boleh untuk submit dokumen untuk tujuan check samada anda layak untuk lulus loan bank kereta atau tidak. Dan jika lulus, anda boleh datang ke showroom untuk melihat kereta sebelum bersetuju untuk sign loan agreement tersebut. Dan pihak kami juga boleh untuk hantar kereta baru tersebut ke terus rumah anda jika mahu.
Submit Dokumen Melalui Whatsapp
- [ Whatsapp ] – mesej saya melalui link Whatsapp ini untuk pertanyaan tentang kereta, pembelian kereta baru dan submit dokumen untuk loan bank.
Jika anda hendak mendapatkan lebih banyak maklumat lanjut berkenaan kereta Proton X70 facelift baru ini, sila contact saya melalui link Whatsapp di atas ini ya. Saya boleh berikan gambar kereta, flyers, brochure, list harga termasuk berapakah bayaran bulanan yang dikenakan. Kalau anda ada apa apa pertanyaan berkenaan new Proton X70 ini atau model kereta selain Proton juga boleh. Asalkan ianya berkenaan model kereta baru. Mesej sahaja saya melalui Whatsapp di atas ini ya. Owh ya, sebelum terlupa, anda juga boleh booking untuk test drive Proton X70 facelift secara online melalui saya. Selamat membeli kereta proton baru. BYE!!!.