Jujur cakap, sepanjang saya menggunakan kereta, saya memang tidak pernah membeli tayar terpakai atau selalu di sebut sebagai tayar second hand. Sebenarnya ada rasa malu untuk membeli tayar terpakai ini kerena berasakan seperti tidak mampu dan tiada duit untuk membeli tayar yang baharu sahaja. Itu apalah apa yang saya rasa dan kerana tidak berpengalaman membeli tayar lama yang masih boleh di pakai. Sebelum ini, kalau tayar bocor dan tidak boleh ditampal lagi, memang saya akan menukar kepada tayar yang baru sahaja.
Kisahnya bermula pada 1 minggu yang lepas. Ketika membawa ibu bapa berjalan jalan menaiki kereta, dengan tidak semena mena tayar tiba tiba meletup kecil dan pemanduan menjadi sedikit tidak terarah. Bila melihat apa yang berlaku, nampaknya tayar kereta sebelah belakang bocor dan terkoyak. Bukan bocor biasa tetapi terkoyak terus. Ini bermakna tayar tersebut langsung tidak boleh dipakai kembali.
Membeli Tayar Terpakai Untuk Jimat Kos
Dan akibat dari pengalaman itu secara automatik saya belajar menukar tayar kereta sendiri di tepi jalan buat pertama kali dalam sejarah memakai kereta. Nasib baik ada tayar kecemasan “spare tyre” dan pihak Plus Ronda membantu sedikit dengan memberikan bantuan dalam bentuk mengisi angin pada tayar kecemasan. Pengalaman yang pahit tetapi berguna kerana kita belajar sesuatu dari pengalaman tersebut. Saya suka dengan pengalaman ini lebih lebih lagi tentang apa yang patut dibuat untuk menukar tayar kereta.
Ayah ada menegur supaya mencari tayar kecemasan (spare tyre) untuk dibuat backup kalau berlaku lagi tayar bocor bila bila masa. Dan ayah mencadangkan untuk membeli sahaja tayar kereta yang terpakai. Saya bersetuju kerana saya tidak berapa suka untuk membeli hanya 1 sahaja tayar yang baharu dan yang lain masih lama. Proses untuk menukar tayar lama nanti apabila sampai masa untuk ditukar menjadi tidak menarik kerana tayar tidak seragam akan umurnya.
Ayah membawa saya ke kedai kereta yang memang menjual tayar terpakai. Pertama kali dalam hidup baru saya tahu yang memang ada kedai yang menjual khas tayar second hand ini. Ini kerana ramai pemilik kereta yang menukar tayar bukan kerana bocor tetapi atas pelbagai sebab. Jadi sudah tentu ada tayar terpakai yang masih elok akan bunga dan kualitinya. Jadi tidak perlu membazir duit beli tayar baru jika tujuannya hanya untuk menggantikan hanya 1 sahaja tayar yang bermasalah. Ini pengalaman saya. Anda boleh mencari dan membeli tayar terpakai jika anda juga dalam dilema keadaan yang sama dengan saya.
Tayar Terpakai (Second Hand Used Tyre)
- [ Shopee ] – anda boleh cari dan beli tayar terpakai murah di sini
Sekarang lebih mudah. Sudah ada peniaga yang menjual tayar terpakai murah secara online melalui link yang saya kongsikan di atas ini. Seberapa murah? Harga 50% separuh lebih murah berbanding harga sebiji tayar baru yang paling murah. Apabila beli tayar kereta, sila pastikan tahun agak paling terkini dan bunga tayar masih ada. Hanya 2 perkara inilah yang akan memastikan pengalaman memandu kenderaan terasa selamat di atas jalan raya. BYE!!!.