Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru Monday, July 14
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Subscribe
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Beli Kereta Baru
    Home » Beli Tiket Bas Ekspress Guna Smartphone
    Info

    Beli Tiket Bas Ekspress Guna Smartphone

    adminBy admin19/08/2024Updated:19/08/2024No Comments5 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Telegram Email WhatsApp

    Biasanya kalau hendak balik kampung, memang orang akan gunakan perkhidmatan bas balik kampung seperti bas ekspress. Sudah lama juga saya tidak menggunakan bas ekspress untuk balik kampung. Biasanya hanya memandu sendiri menggunakan kereta. Namun apabila hendak berulang alik ke kampung dengan kerap dalam 1 bulan, mahu tidak mahu terpaksa jugalah kena naik bas dan membeli tiket bas ekspress. Perjalanan jauh 2-3 kali dalam sebulan untuk ke kampung rasanya tidak berbaloi memandu sendiri terutamanya dari segi kos dan juga penat.

    Kepada yang biasa memandu sendiri akan setuju dengan saya bahawa memandu kereta sendiri akan menelan kos minyak lebih mahal berbanding kos membeli tiket bas untuk jarak perjalanan yang sama. Itu belum lagi kena bayar toll lebuh raya kalau melalui highway dengan memandu kereta sendiri. Dari segi kos, saya memilih untuk menaiki bas sahaja dalam keadaan saya. Perjalanan jauh dan terpaksa 2-3 kali ulang alik dalam sebulan memang memenatkan.

    Beli tiket bas guna aplikasi BusOnlineTicket
    Beli tiket bas guna aplikasi BusOnlineTicket

    Beli Tiket Bas Online Guna Aplikasi BusOnlineTicket

    Bagi pendapat saya, masih ramai sebenarnya orang yang menaiki bas ekspress membeli tiket bas ekspress melalui kaunter. Tidak salah pun. Cumanya untuk pengetahuan anda, sebenarnya sekarang sudah ada cara yang lebih memudahkan kita kalau hendak membeli tiket bas balik kampung. Caranya adalah melalui internet online. Ada aplikasi khas yang membolehkan anda untuk membeli tiket bas menggunakan apps di smartphone anda. Berminat?

    Sebenarnya ada beberapa aplikasi apps smartphone yang dibuat khas untuk pengguna membeli tiket bas ekspress di Malaysia. Namun saya hanya berminat untuk berkongsi 1 sahaja aplikasi tempah bas ekspress dahulu. Ini kerana saya sudah berpengalaman membeli tiket bas 3 kali melaluinya dan pengalaman tersebut adalah baik. Jom ikuti panduan ini.

    Beli tiket bas ekspress online melalui apps smartphone
    Beli tiket bas ekspress online melalui apps smartphone

    Panduan Beli Tiket Bas Dengan BusOnlineTicket

    • [ BusOnlineTicket ] – anda boleh masuk ke website ini untuk membeli tiket atau muat turun dan install aplikasi ini.
    • Sila klik “Search Trip”.
    • Origin – Sila cari stesen bas mana anda hendak naik bas
    • Destination – Sila pilih stesen bas mana ingin anda pergi.
    • Depart – Sila pilih tarikh untuk anda bertolak dan kemudian sila klik “One Way Trip” jika perjalanan anda adalah sehala.
    • Anda akan dipaparkan dengan jenis bas, masa bas tertolak dan harga tiket yang dikenakan.
    • Sila klik bas dengan masa bertolak mana yang anda berkenan.
    • Anda akan dipaparkan dengan kekosongan kerusi (seat) yang ada dan sila pilih.
    • Kemudian sila klik “Guest :  Details”.
    • Sila isikan Nama Penuh, Nombor Telefon dan Email. Kemudian sila klik “Payment”.
    • Pada bahagian payment ini sila klik “iPay88” dan klik “PAY”.
    • Kemudian pada payment option sila pilih FPX.
    • Kemudian pada select bank sila pilih bank online banking anda dan klik “Proceed”.
    • Sila selesaikan proses pembayaran sehingga selesai.
    • Tahniah anda berjaya membeli tiket bas secara online.

    Paparan aplikasi BusOnlineTicket untuk smartphone ini agak mudah. Saya yang baru pertama kali install dan guna ini pun sudah boleh faham step by step untuk pembelian tiket bas online ini. Hanya perlu pilih destinasi mahu bertolak, pilih destinasi ketibaan, pilih mahu naik bas ekspress yang mana, pilih masa bertolak pada pukul berada dan hanya perlu setuju dengan harga tiket yang ditawarkan. Malah ada pilihan untuk membeli tiket bas secara pergi dan balik sekali. Memang menarik dan mudah.

    Sila print cetak tiket bas anda di kaunter boarding pass sebelum boleh naik bas
    Sila print cetak tiket bas anda di kaunter boarding pass sebelum boleh naik bas

    Ingat ya, proses pembelian tiket bas secara online ini akan menyebabkan anda tidak mempunyai tiket bas dalam bentuk resit. Anda perlu, mesti dan wajib untuk mencetak tiket anda. Yang perlu anda buat adalah, datang ke kaunter tiket bas yang biasanya bertulis “exchange boarding pass” 30 minit – 1 jam lebih awal sebelum waktu bas bertolak. Anda berikan nombor pembelian online anda dan mereka akan print tiket bas anda. Jelas ya.

    Ada beberapa perkara yang perlu anda ketahui yang mungkin bagi sesetengah orang ianya agak menjengkelkan iaitu berkenaan cas tambahan ketika anda perlu membeli tiket bas online melalui aplikasi smartphone ini. Iaitu berkenaan caj pemproses, caj insurans dan juga caj ketika mahu print tiket bas anda semasa di stesen bas nanti. Namun bagi saya, cas tersebut masih boleh dikira murah kerana ianya memudahkan urusan saya tanpa saya perlu hadir sendiri di stesen bas tersebut.

    Tiket bas yang telah berjaya dicetak
    Tiket bas yang telah berjaya dicetak

    Contoh. Ketika saya sendiri kali kedua membeli tiket bas ini secara online menggunakan apps BusOnlineTIket. Harga tiket bas adalah RM46.70. Caj memproses pembelian secara online adalah RM2.34. Caj insurans kalau berlaku kemalangan adalah RM2.50 sahaja. Jadi kos keseluruhan adalah RM51.54. Kalau anda tolak harga tiket, kos caj yang terlibat hanyalah RM4.84 iaitu lebih kurang RM5 sahaja. Rasanya lebih murah berbanding anda kena tuang minyak motor atau kereta untuk ke stesen bas untuk membeli tiket bas betul?

    Selepas anda berjaya membeli tiket bas online. Anda akan mendapat nombor kod tiket. Anda tidak boleh menaiki bas tanpa tiket bas. Jadi yang perlu anda buat adalah, sila hadir ke stesen bas lebih awal dari masa anda bertolak. Kemudian sila ke kaunter tiket bas (kaunter boarding pass) dan meminta mereka untuk cetak print tiket anda. Anda kena berikan nombor kod tiket anda dan tiket bas anda akan di cetak dan diserahkan kepada anda. Jadi dengan tiket bas itu barulah anda dibenarkan untuk menaiki bas ekspress balik kampung. Berapa kos untuk cetak tiket bas online anda? Hanya RM1 sahaja. Mudah bukan? Jadi anda sudah tahu. Apa lagi. Jom beli tiket bas secara online. BYE!!!

    Beli Tiket Bas Balik Kampung Beli Tiket Bas Ekspress Beli Tiket Bas Guna Smartphone Beli Tiket Bas Melalui Aplikasi Beli Tiket Bas Online Cara Beli Tiket Bas Balik Kampung Cara Beli Tiket Bas Ekspress Tiket Bas Balik Kampung Tiket Bas Ekspress
    Share. WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Cara Dapat Cashback Di Tiktok & Shopee

    10/07/2025

    Tukar Minyak Enjin Perodua Myvi Guna Castrol

    09/07/2025

    Invois Beli Kereta Direct Owner

    09/07/2025

    Pricelist Harga Tukar Cermin Kereta Di Windscreen2U

    30/04/2025

    Scam Kereta Import Honda HR-V Port Klang

    15/04/2025

    Gambar Sebenar Sijil Puspakom B5

    15/04/2025
    Leave A Reply Cancel Reply

    Berminat beli kereta baru Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford dan lain lain? Jom submit loan kereta secara online melalui Whatsapp di sini.

    Beli Kereta? Contact Me Now!!!
    • WhatsApp
    • Facebook
    Post Kereta Baru Terkini

    Beli Proton X50 Enjin 4 Silinder

    14/07/2025

    Cara Dapat Cashback Di Tiktok & Shopee

    10/07/2025

    Tukar Minyak Enjin Perodua Myvi Guna Castrol

    09/07/2025

    Tukar Getah Tingkap Cermin Kereta

    09/07/2025
    © 2025 BeliKeretaBaru. Designed by BeliKeretaBaru.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.

    Ad Blocker Enabled!
    Ad Blocker Enabled!
    Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please support us by disabling your Ad Blocker.