Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Info

    Cara Buat Bayaran Loan Kereta Yang Sudah Tamat

    adminBy admin04/09/2024No Comments3 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Adakah anda di antara anda yang terlewat membuat bayaran ansurans bulanan kenderaan anda. Tanpa di sedari anda telah tertunda dan tertunggak dalam bayaran bulanan loan kereta anda. Namun anda terus buat bayaran macam biasa. Cumanya bila sampai tarikh akhir bayaran, anda masih lagi mempunyai baki bayaran tertunggak yang belum dijelaskan. Katakan loan kereta anda tamat pada December 2023. Namun anda masih mempunyaki baki bayaran tertunggak yang perlu anda bayar dan hanya boleh anda buat bayaran loan kereta pada bulan seterusnya seperti pada bulan Jan 2024 dan berikutnya. Adakah anda berada dalam kes sebegini?

    Saya pernah!!! Tetapi baki tunggakkan pinjaman kereta saya bukanlah besar mana. Hanya 2 bulan sahaja. Dengan kata lain, walaupun ikut perjanjian loan kereta saya akan tamat pada December 2023, tetapi saya perlu meneruskan bayaran sehingga Feb 2024 kerana masih berbaki hutang ansuran sebanyak 2 bulan lagi. Apabila saya mahu membuat bayaran pada Jan 2024 di mesin ATM bank, ianya memaparkan pemberitahuan bahawa akaun tersebut TIDAK WUJUD. Saya agak pelik. Saya mencuba berkali kali untuk buat bayaran loan kereta di mesin atm tersebut tetap gagal. Notis pemberitahuan yang sama dipaparkan.

    Panduan buat bayaran loan kereta yang sudah tamat
    Panduan buat bayaran loan kereta yang sudah tamat

    Bayaran Loan Kereta Yang Akaun Pinjaman Sudah Tamat

    Apa yang saya buat? Saya terpaksa membuat bayaran loan kereta melalui kaunter bank. Ambil nombor dan tunggu giliran. Ketika giliran dipanggil, saya menyerahkan borang bayaran kereta kepada staff pekerja bank tersebut. Setelah mereka buat semakan, mereka mendapati yang akaun kereta saya telah tamat. Saya tidak boleh membuat bayaran kepada akaun yang TIDAK WUJUD. Jadi itulah sebabnya kenapa saya gagal untuk membuat pembayaran melalui mesin atm.

    Apa yang pihak bank minta saya lakukan? Saya perlu membuat panggilan ke HQ bank bahagian “hire purchase loan (kereta)” di KL dan meminta pihak di sana untuk mengaktifkan semula akaun kereta saya. Bila tarikh akhir bayaran perjanjian sudah sampai masanya, maka sistem komputer akan secara automatik menutup akaun tersebut. Jadi saya perlu menelefon HQ dan meminta mereka mengaktifkan akaun loan kereta saya dalam tempoh sementara dan membolehkan saya membuat bayaran loan kereta yang tertunggak.

    Selepas akaun pinjaman kereta diaktifkan semula, maka saya boleh membuat bayaran loan kereta samada di kaunter atau terus melalui mesin atm tanpa masalah. Dan selepas saya berjaya membayar ke semua hutang ansurans yang tertunggak, ini bermakna saya telah berjaya membayar habis ke semua pinjaman kereta yang saya pinjam terhadap pihak bank. Dan pihak bank pula menyerahkan kembali geran kereta dan saya perlu pula untuk ke pejabat JPJ untuk melakukan batal hak milik geran kereta. Selepas itu tiada lagi urusan dan kereta pun sudah menjadi milik saya 100%. Jelas? Dapat sesuatu?

    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Semak akaun bank dan nombor telefon penipu scammer secara online di SemakMule

    Cara Semak Maklumat Berkenaan Scammer Online

    27/08/2025
    Duit hasil jual kereta menggunakan invoice kedai used car akan disburse ke kedai used car terlebih dahulu

    Duit Hasil Jual Kereta Kepada Direct Buyer Melalui Kedai Used Car

    20/08/2025
    Semak rekod claim insurans kenderaan di SCRUT

    Semak Status Kereta Terpakai

    17/07/2025
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2026 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.