Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru Monday, May 19
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Subscribe
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Beli Kereta Baru
    Home » Bursa Gold Dinar Dari BURSA MALAYSIA
    Emas

    Bursa Gold Dinar Dari BURSA MALAYSIA

    adminBy admin19/09/2024No Comments6 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Telegram Email WhatsApp

    Saya telah berpengalaman melalui liku liku di dalam dunia pelaburan emas. Ada jatuh bangun. Cumanya, dari pengalaman lalu membuatkan saya kini lebih berhati hati dan mengambil kaedah yang paling selamat. Atau dengan kata lain adalah kena belajar cara untuk kurangkan risiko dan jangan meletakkan semua dalam 1 tempat yang sama. Kita kena belajar diverisfied iaitu pelbagaikan tempat untuk menyimpan duit dan melabur duit. Ada beza ya. Sebab itulah Bursa Malaysia memperkenalkan Bursa Gold Dinar (BGD). Kenapa?

    Zaman sekarang sudah ramai yang mula celik dengan “pelaburan”. Tetapi ramai yang tersontot dan kena scam. Yang paling kesian, majoritinya adalah dari kalangan orang melayu. Sebab apa? Sebab hendak buat duit dan tambah pendapatan. Sudahlah modalnya kecil. Harapan pula tinggi. Dan dalam masa yang sama mahu cepat kaya. Semua ini sebab kurangnya ilmu dalam menyimpan duit dan kurangnya ilmu tentang apa itu pelaburan yang selamat.

    Jual beli emas serendah RM10 guna aplikasi Bursa Gold Dinar dari Bursa Malaysia
    Jual beli emas serendah RM10 guna aplikasi Bursa Gold Dinar dari Bursa Malaysia

    Bursa Gold Dinar : Platform Pelaburan Emas Patuh Syariah

    Atas dasar tanggungjawab untuk memberikan dan menawarkan tempat atau platform pelaburan selamat, maka pihak Bursa Malaysia perkenalkan aplikasi yang bernama Bursa Gold Dinar. Tujuan utama adalah untuk menyediakan tempat untuk jual beli emas “digital” yang selamat, terpercaya, patuh syariah, halal dan sudah semestinya dilindungi oleh undang undang Malaysia.

    Kelebihan Bursa Gold Dinar

    • Pembelian minima adalah RM10
    • Waktu transaksi jual beli adalah dari 8.00 pagi – 11.50 malam
    • Waktu transaksi adalah 7 hari seminggu
    • Boleh pindahkan emas kepada sesiapa sahaja
    • Boleh tukarkan emas digital kepada fizikal dengan minima 4.25 gram
    • Boleh dapatkan pembiayaan emas tanpa perlu ke Ar-Rahnu
    • TIADA CAS TAMBAH NILAI ke dalam eWallet Bursa Gold Dinar
    • CAJ TRANSAKSI JUAL BELI EMAS melalui Bursa Gold Dinar cuma 0.2% SAHAJA!!!
    • Emas yang diurus niaga (jual&beli) adalah dari emas 999.9

    Kalau anda tanya saya adakah berbaloi untuk beli emas, simpan emas dan jual emas menggunakan aplikasi Bursa Gold Dinar seperti di spesifikasi di atas ini? Jawapannya adalah berbaloi sangat sangat 100%. Wow kenapa?

    Kalau anda beli emas perhiasan, harga perbezaan jual beli adalah sebesar 15% dan ke atas. Harga perbezaan ini disebut sebagai “spread” dalam dunia jual beli emas. Ini adalah nilai keuntungan yang penjual emas kenakan. Contohnya rantai gelang emas yang anda beli itu berharga RM1000. Kalau anda jual emas anda itu sekarang juga, anda cuma dapat duit semula dalam RM850 sahaja. Sebab RM150 adalah cas keuntungan kedai emas tersebut. Itulah nilai cas spread yang saya maksudkan iaitu perbezaan nilai harga ketika jual beli dalam hari yang sama.

    Kalau anda beli emas Public Gold, cas spread jual beli emas yang dikenakan adalah setinggi 8% kalau saya tidak silap. Kalau anda beli emas Quantum Metal pula, cas spread jual beli emas yang dikenakan adalah setinggi 3%-4%.

    Tetapi kalau anda beli emas melalui platform Bursa Gold Dinar, cas keuntungan yang pihak Bursa Gold Dinar kenakan cuma 0.2% sahaja. Kalau campur cas ketika beli dan jual pun baru jadi 0.4% sahaja. Jadi betullah kalau dikatakan yang pihak Bursa Malaysia memang mahu menyediakan platform untuk rakyat Malaysia melabur dalam satu kelas aset yang stabil dan tidak terjebak dalam skim skim pelaburan yang scam

    Beli Emas Bursa Gold Dinar (BUY)

    Anda boleh membeli emas menggunakan butang “BUY” di sini

    Jual Emas Bursa Gold Dinar (SELL)

    Anda boleh menjual emas menggunakan butang “SELL” di sini

    Boleh transfer dan dapatkan emas fizikal di app Bursa Gold Dinar
    Boleh transfer dan dapatkan emas fizikal di app Bursa Gold Dinar

    Hantar Emas Bursa Gold Dinar (TRANSFER)

    Anda boleh transfer nilai gram emas dari akaun Bursa Gold Dinar anda kepada akaun emas Bursa Gold Dinar orang lain menggunakan butang “TRANSFER” di sini

    Tukar Emas Fizikal Bursa Gold Dinar (REDEEM)

    Anda boleh menukar emas digital anda kepada emas fizikal menggunakan butang “REDEEM” di sini

    Mesti akan ada yang tanya, berbaloikah beli emas digital? Beli emas fizikal lebih selamat. Tuan tuan dan puan puan. Anda bukan beli emas digital 100% ya. Tujuan pembelian emas dalam bentuk “digital” adalah untuk memudahkan urusan sahaja dan kemudian anda boleh tukar convert emas digital anda kepada emas fizikal bila sudah cukup nilai gram emas yang dibenarkan. Cuba tanya diri anda, anda sanggup beli emas dan simpan fizikal setiap bulan minima 1 gram? 1 gram emas sekarang pun sudah harga RM350. Dengan kaedah digital, orang yang kurang berkemampuan masih boleh beli dan simpan emas serendah RM10 sahaja.

    Kenapa kena beli emas? Emas adalah salah satu kelas aset pelaburan “Hedge your wealth from the effects of inflation with gold investments”. Bermaksud tujuan anda membeli dan menyimpan emas adalah untuk melawan inflasi. Adakah anda salah seorang yang masih tidak faham tentang inflasi? Jom saya ceritakan secara ringkas.

    Kisah Inflasi Wang & Emas

    • Tahun 2014. Harga sebiji burger adalah RM2.50
    • Harga 1 gram emas ketika tahun 2014 adalah bersamaan dengan harga RM130
    • Nilai wang kertas RM2.50 pada tahun 2014 bersamaan dengan 0.01923 gram emas
    • Sekarang cuba anda simpan wang kertas bernilai RM2.50 dan 0.01923 gram emas dari tahun 2014
    • Sekarang sudah tahun 2024
    • Harga sebiji burger yang sama berharga RM5.00
    • Harga 1 gram emas ketika ini iaitu tahun 2024 adalah bersamaan dengan harga RM340
    • Soalan saya ada 2 iaitu;
      • Adakah nilai wang simpanan anda sebanyak RM2.50 pada tahun 2014 mampu membeli sebiji burger yang kini dijual dengan harga RM5.00?
      • Adakah nilai gram emas sebanyak 0.01923 yang bernilai dengan harga 0.01923 x RM340 = RM6.50 kini mampu membeli sebiji burger yang dijual dengan harga RM5.00?

    Dari kisah di atas ini apa yang anda nampak berkenaan inflasi dan kaitannya dengan emas. Ramai orang cakap mahu simpan duit untuk jangka panjang dan untuk zaman bersara nanti. Tetapi ramai tidak sedar yang simpanan wang kertas 100% untuk jangka masa panjang adalah kurang sesuai. Anda kena pelbagaikan simpanan. Dan salah satu jenis simpanan yang patut anda fikir adalah simpanan dalam bentuk emas. Kalau anda katakan hendak beli dan simpan emas itu mahal. Sekarang sudah ada Bursa Gold Dinar yang boleh anda beli emas serendah RM10 sahaja. Jadi tidak ada alasan lagi.

    Daftar Bursa Gold Dinar

    • [ Register BursaGoldDinar ] – Sila klik link ini untuk mulakan pendaftaran online
    • Sila isikan ke semua maklumat yang diminta
    • Selepas itu sila muat turun dan install aplikasi Bursa Gold Dinar di smartphone anda
      • [ Android User ] – sila muat turun aplikasi Bursa Gold Dinar untuk pengguna android
      • [ iOS User ] – sila muat turun aplikasi Bursa Gold Dinar untuk pengguna iOS
    • Login sekali lagi melalui app Bursa Gold Dinar
    • Selepas login, sila klik pada “Complete your account verification today” untuk melengkapkan proses pengesahan.
    • Hanya selepas proses pengesahan selesai, barulah anda boleh menggunakan fungsi trading seperti Buy, Sell, Transfer dan sebagainya.
    • DONE.

    Bursa Gold Dinar adalah satu aplikasi mobile mudah alih yang membenarkan urus niaga emas iaitu untuk membeli, menjual, berdagang dan menebus emas pada yuran yang lebih rendah. Dan apa kaitan emas dengan website tentang kereta? Saya pernah menulis artikel bertajuk beli kereta guna emas di sini. Ianya cumalah salah satu idea sahaja yang boleh anda cuba kalau berminat. Maklumlah kalau kita beli kereta, harga kereta akan terus jatuh nilainya. Jadi kalau kita boleh sekalikan beli kereta dan juga beli emas adalah lebih baik sebab emas jadi pengimbang kepada nilai kereta yang terus turun. Berminat dengan Bursa Gold Dinar, daftar melalui link di atas ini ya. BYE!!!.

    Aplikasi Bursa Gold Dinar App Bursa Gold Dinar Apps Bursa Gold Dinar Bursa Gold Dinar Bursa Gold Dinar Bursa Malaysia Bursa Gold Dinar Malaysia Daftar Bursa Gold Dinar Download Bursa Gold Dinar Install Bursa Gold Dinar Muat Turun Bursa Gold Dinar Pasang Bursa Gold Dinar Register Bursa Gold Dinar
    Share. WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Daftar Dan Beli Emas Public Gold

    06/04/2025

    Bayar Zakat Fitrah Guna TnG eWallet

    23/03/2025

    Pengalaman Ke MyEG Untuk Verify World App

    29/11/2024

    Cara Guna MX Global

    28/11/2024

    Apa Itu Luno

    26/11/2024

    Cara Verify Aplikasi World App Di MyEG

    21/11/2024
    Leave A Reply Cancel Reply

    Berminat beli kereta baru Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford dan lain lain? Jom submit loan kereta secara online melalui Whatsapp di sini.

    Beli Kereta? Contact Me Now!!!
    • WhatsApp
    • Facebook
    Post Kereta Baru Terkini

    SCAM Beli Kereta Toyota Estima Recond

    18/05/2025

    Jangan Beli Toyota Corolla Cross Total Loss

    14/05/2025

    Jangan Beli Toyota Vellfire Total Loss

    13/05/2025

    Cara Selamat Beli Mercedes Benz GLC 250 Terpakai

    11/05/2025
    © 2025 BeliKeretaBaru. Designed by BeliKeretaBaru.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.

    Ad Blocker Enabled!
    Ad Blocker Enabled!
    Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please support us by disabling your Ad Blocker.