Adakah anda pernah dengar tentang cara beli kereta dengan menggunakan emas? Jika ya, adakah anda faham tentang teknik tersebut? Dan jika tidak, jom saya kongsikan sedikit idea, panduan dan sebab kenapa ianya adalah salah satu tips yang boleh anda cuba lakukan jika anda berminat. Dan teknik beli kereta guna emas ini ada kebaikkan dan keburukkan. Kalau anda tanya saya, saya sendiri memang berminat melakukannya jika suatu hari nanti saya beli kereta baru. Jom baca perkongsian saya.
Rasanya semua orang tahu kalau beli kereta, pasti kereta akan jatuh harga. Dan semua juga orang tahu, kalau beli emas, pasti harga emas akan terus naik. Anda nampak apa yang saya cuba sampaikan? Mesti akan ada di antara anda yang akan bertanya adakah kita akan bayar bayaran bulanan kereta dengan emas? Jawapannya adalah tidak. Kenapa memang tidak ada kaedah untuk bayar installment kereta dengan emas. Kalau ada pun, adakah ianya relevan? Dan apa beza bayar kereta guna emas dengan duit wang kertas betul tidak?

Tips Beli Kereta Dengan Pajak Emas
Teknik beli kereta guna emas yang saya maksudkan ini adalah dengan menggunakan wang hasil PAJAK EMAS!!!. Ya, maknanya anda kena beli emas fizikal terlebih dahulu. Dan emas fizikal yang dibeli akan dipajak di kedai emas Ar-Rahnu misalnya. Dan wang hasil pajak tadi akan digunakan untuk bayar bil bayaran bulanan instalment kereta anda setiap bulan. Jika ini dilakukan, maknanya sambil anda boleh membayar bayaran ansuran kereta anda, anda juga telah berjaya membeli dan simpan emas dengan mudah.
Mesti akan ada yang tanya, kalau pajak emas, pastilah kena bayar semula emas yang dipajak. Macam mana hendak ambil semula pajakan emas sebab tidak ada duit. Saya jemput anda baca tentang Pajak Emas Public Gold Ar-Rahnu di sini. Selepas anda baca anda akan faham bagaimanakah konsep pajakkan emas di Ar-Rahnu dan kenapa ianya adalah sesuai untuk anda gunakan di dalam sistem pembelian kereta. Tapi ingat! Ini adalah cadangan teknik sahaja. Kalau anda rasakan ianya praktikal untuk dilakukan, maka teruskan. Jelas? Faham?
Jom kita buat contoh. Katakan anda mahu beli kereta Proton Saga standard auto yang berharga RM40K dengan bayaran bulanan sebanyak RM450 sebulan selama 9 tahun.

Panduan Ar-Rahnu
- Beli emas fizikal di Ar-Rahnu dengan nilai RM600 yang mempunyai berat sebanyak 1.574 gram semasa
- Pajak emas fizikal tersebut di Ar-Rahnu dengan nilai pajak gadaian setinggi 75%. Maknanya anda akan dapat wang semula sebanyak RM600 x 75% = RM450
- Nilai upah simpan adalah sebanyak RM25.31 setiap 6 bulan sekali
- Lakukan teknik beli emas dan pajak semula di Ar-Rahnu setiap bulan seperti biasa selama 9 tahun
Anda sebenarnya telah membeli emas seberat 1.574 gram setiap bulan yang bernilai RM600 setiap bulan. Dengan kata lain, jumlah terkumpul gram emas fizikal anda adalah menjadi 1.574 gram x 12 bulan x 9 tahun = 169.99 gram emas. Kalau harga semasa 1 gram emas 916 adalah berharga RM380. Maknanya 169.99 gram emas bernilai RM64800. INGAT!!! Ini adalah kiraan anggaran pada harga semasa iaitu tahun 2024 ini.
Jumlah Total Nilai Emas – Selepas 9 tahun nanti, adakah harga 1 gram emas masih RM380? Katakan “kalau” harga 1 gram emas menjadi RM450 selepas 9 tahun kemudian nanti. Maknanya 169.99 emas anda telah bernilai RM76495.5.
Jumlah Total Upah Simpan – Apa yang berlaku? Selepas 6 bulan, iaitu pada bulan ke-7 dan seterusnya anda akan membuat bayaran sebanyak RM25.31 selama 9 tahun kerana setiap bulan anda akan beli emas Ar-Rahnu dan pajak semula untuk mendapatkan pembiayaan sebanyak RM450 untuk anda gunakan untuk bayar bayaran bulanan kereta anda. Oleh kerana setiap bulan upah simpan bernilai RM25.31 (anggaran), maka bayaran upah simpan sepanjang 9 tahun adalah sebanyak RM25.31 x 12 bulan x 9 tahun = RM2733.48.
Hutang Total Pinjaman Pajak – Anda kan dapat duit pajak gadai emas anda bernilai RM450. Maknanya jumlah keseluruhan nilai hutang pinjaman hasil pajak emas anda adalah RM450 x 12 bulan x 9 tahun = RM48600
Panduan Bayar Kereta
- Wang hasil pajak emas bernilai RM450 ini anda gunakan untuk bayar bayaran bulanan (monthly instalment) kereta Proton Saga anda macam biasa. Cumanya duit bayaran bulanan ini anda dapat hasil dari anda pajak gadai emas anda. Jelas? Faham?
Katakan anda gunakan teknik beli kereta ini sampai berjaya habiskan 9 tahun tanpa apa apa masalah. Ringkasan cerita. Anda telah berjaya habis bayar loan kereta anda tanpa gagal. Anda telah berjaya kumpul emas sebanyak 169.99 gram emas 916. Anda telah berhutang cas upah simpan bernilai RM2733.48. Anda telah berhutang sebanyak RM48600 untuk bayaran balik wang hasil pajak gadai. Dan anda berhasrat untuk JUAL SEMUA SIMPANAN EMAS ANDA di Ar-Rahnu!!!.
Katakan pihak Ar-Rahnu jual ke semua emas 169.99 gram anda dengan harga pasaran RM450 untuk 1 gram emas yang bernilai RM76495.50. Kemudian Ar-Rahnu akan ambil semua pembiayaan yang diberikan sebanyak RM48600 dan cas upah simpan sebanyak RM2733.48.
Kiraan Untung Bersih
- Nilai emas yang dijual = RM76495.50
- Nilai hutang pembiayaan = RM48600
- Nilai hutang cas upah simpan emas = RM2733.48
- UNTUNG BERSIH : RM76495.50 – RM48600 – RM2733.48 = RM25162
Nilai wang yang anda dapat semula selepas menggunakan teknik beli kereta dengan emas adalah sebanyak RM25162. Berbaloi?
Mesti akan ada yang cakap, macam mana kalau bayar kereta macam biasa, dan buat simpanan macam biasa. Adakah hasilnya sama atau berbeza? Jom saya buat kira kira untuk anda.
Simpan Duit Cara Biasa
- Beli emas bernilai RM600
- Selepas pajak, dapat balik dalam RM450
- Dengan kata lain, anda sebenarnya seolah olah dipaksa menyimpan RM150 extra setiap bulan
- Apa kata anda simpan RM150 ini sendiri macam biasa tanpa beli emas
- Maknanya simpanan anda akan menjadi RM150 12 bulan x 9 tahun = RM16200
- Kalau anda mahu masukkan sekali dengan bayaran cas upah simpan yang anda terpaksa keluarkan sepanjang 9 tahun, maknanya jumlah simpanan anda patut menjadi RM2733.48 + RM16200 = RM18933.48
Adakah ada beza di antara teknik beli kereta dengan cara buat simpanan duit sendiri dengan gunakan wang duit dari dari beli dan pajak emas? Memang ada beza. Perbezaan adalah semakin besar jika harga emas naik berkali ganda sepanjang 9 tahun. Kiraan saya di atas ini adalah berdasarkan jika harga emas dari RM380 menjadi RM450 sepanjang 9 tahun. Kalau harga emas naik sedikit, maka sedikitlah keuntungan anda dan kalau harga emas naik lebih tinggi, maka semakin banyak lah keuntungan anda. Bagaimana? Menarik?

Cuma saya hendak berikan pandangan sahaja lah. Biasanya kebanyakkan dari kita gagal buat simpanan wang kerana ketiadaan keterpaksaan. Anda beli kereta dengan cara hutang, maka anda terpaksa bayar. Maka kalau anda saja saja hendak simpan duit, mungkin akan gagal. Kalau ada jadikan tabiat beli, simpan dan pajak emas dan baru bayar duit loan kereta, maka secara tidak langsung anda telah buat simpanan duit dalam jangka panjang. Ini hanyalah cadangan sahaja. Dan ini hanyalah salah satu teknik beli kereta yang boleh anda cuba lakukan.
Jom Submit Loan Kereta Secara Online Sekarang!!!
Apa offer dan promosi jika anda beli kereta baru online melalui saya? Sila klik dan baca dulu ya. Saya adalah ejen penjual kereta yang menjual kereta baru dari Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi dan lain lain. Kenapa saya tuliskan beli kereta baru secara online? Maksudnya anda boleh untuk submit dokumen untuk tujuan check samada anda layak untuk lulus loan bank kereta atau tidak. Dan jika lulus, anda boleh datang ke showroom untuk melihat kereta sebelum bersetuju untuk sign loan agreement tersebut. Dan pihak kami juga boleh untuk hantar kereta baru tersebut ke terus rumah anda jika mahu.
Submit Dokumen Melalui Whatsapp
- [ Whatsapp ] – mesej saya melalui link Whatsapp ini untuk pertanyaan tentang kereta, pembelian kereta baru dan submit dokumen untuk loan bank.
Jika anda hendak mendapatkan lebih banyak maklumat lanjut berkenaan kereta baru ini, sila contact saya melalui link Whatsapp di atas ini ya. Saya boleh berikan gambar kereta, flyers, brochure, list harga termasuk berapakah bayaran bulanan yang dikenakan. Mesej sahaja saya melalui Whatsapp di atas ini ya. Saya harap perkongsian berkenaan teknik beli kereta dengan emas ini memberikan sesuatu kepada anda. Ianya hanyalah panduan idea yang berbentuk anggaran sahaja dan bukan kiraan yang tepat ya agar anda faham akan konsepnya. Selamat mencuba. BYE!!!.