Sebelum ini saya ada berkongsikan tentang Apa Itu Luno Malaysia. Dan pada kali ini saya ingin berkongsikan panduan ringkas bagaimana cara untuk menggunakan platform Luno. Ya bukan semua orang mahir dalam bidang jual beli crypto ini. Sebenarnya mudah lagi lagi kalau anda ada ilmu dalam dunia trade jual beli saham. Sama sahaja caranya. Ya sekali lagi, bukan semua orang tahu cara guna Luno. Jadi izinkan saya kongsikan sedikit sebanyak kepada anda caranya di dalam artikel ini ya. Jom!!!.
Sebenarnya anda hanya perlu tahu 4 perkara sahaja ketika mahu menggunakan platform Luno ini. Kita ambil contoh anda mahu beli Bitcoin ya. Iaitu cara deposit duit ke dalam Luno, cara beli Bitcoin, cara jual Bitcoin dan cara transfer duit dari Luno ke akaun bank. Rasanya dengan hanya ketahui 4 ini sahaja cukup memadai yang anda akan pandai dan tahu cara guna Luno ini ya. Jelas? Faham?
Panduan Bagaimana Cara Guna Luno Malaysia
Kenapa perlu buat panduan tentang cara guna Luno? Sedangkan di Malaysia kita ada crypto exchange berlesen yang lain seperti MX Global, SINEGY dan Tokenize. Jawapan saya adalah kerana paparan Luno sendiri mudah untuk belajar dan mudah untuk digunakan. Simple, menarik dan mudah. Itu sahaja alasannya. Oleh kerana saya sendiri adalah pengguna Luno, jadi saya tahu bagaimana hendak sampaikan dan terangkan kepada anda bagaimana cara untuk menggunakan platform Luno. Faham ya.
Cara Deposit Duit Ke Dalam Luno
Cara Beli Bitcoin Di Luno
Cara Jual Bitcoin Di Luno
Cara Transfer Duit Dari LUNO Ke Bank (credit video dari raja kamil)
Di atas ini saya telah kongsikan video untuk anda tonton terus bagaimana cara jual beli Bitcoin melalui platform Luno ya. Ye lah, kadang kala kita ni pandai beli dan jual. Tetapi bila di tanya apa yang kau beli dan apa guna benda yang kau beli, memang tidak boleh jawab sebab tak tahu dan tak faham langsung. Paling tidak anda faham sikit sikit berkenaan Bitcoin pun sudah memadai dari blurr 100%. Setuju?
Digital Asset Exchange (DAX) Malaysia
- [ LUNO ] – sila klik website ini, daftar dan login.
- Sila deposit duit di akaun Luno anda menggunakan online banking
- Boleh mulakan trade beli dan jual bitcoin secara sah di Malaysia
- DONE!!!
Kalau anda daftar melalui link di atas ini. Kalau anda deposit minima RM 250 ke dalam Luno dan beli Bitcoin (BTC) ke semua wang tersebut. Kita sama-sama dapat Bitcoin (BTC) percuma bernilai RM 25.00. Terpulang kepada anda.
Berita terbaru iaitu sampai July 2023 ini, sudah seramai 840K pengguna yang telah mendaftar dengan Luno Malaysia. Ramai atau sikit? Sangat ramai bukan? Data ini menunjukkan ramai terutamanya golongan muda mula celik dengan asset digital berasaskan blockchain ini. Dan trend ini akan berkembang dari tahun ke tahun. Akhir sekali penggunaan crypto akan meluas dan jadi the new normal sedikit masa lagi.
Ada orang cakap Bitcoin scam. Anda boleh baca ringkasan berkenaan apa itu Bitcoin di sini ya. Selepas baca dan faham sikit sikit, apa tanggapan anda kini berkenaan Bitcoin? Adakah anda masih anggap Bitcoin dan apa semua ini scam dan menipu? Jika ya, itu adalah pilihan anda. Jika tidak, maka tahniah saya ucapkan kepada anda untuk kita bersama masuk ke era digital yang baharu. Berminat? Jom daftar Luno sekarang dan belajar cara guna Luno melalui panduan di atas ini sebagai rujukan anda. BYE!!!.