Tahniah, anda berjaya claim token WLD dalam wallet World App. Dan sekarang anda mahu buat apa? Jual? Jika ya, bagaimana caranya? Saya baru sahaja verify World App di MyEG. Dan saya telah dapat token Worldcoin iaitu WLD sebanyak 53 coin di dalam aplikasi World App. Adakah saya mahu jual sebahagian atau menjual ke semuanya? Jawapannya saya hanya mahu jual sebanyak 1 WLD sahaja bagi mendapatkan bukti yang token WLD bukannya scam, boleh dijual dan berjaya untuk withdraw transfer duit ke akaun bank dengan jayanya. Berminat hendak tahu? teruskan membaca.
Di Malaysia, Securities Commission Malaysia (SC) hanya meluluskan sebanyak 6 syarikat sahaja untuk melakukan proses jual beli dan trading aset digital seperti cryptocurrency. Ada Hata Digital, Luno Malaysia, MX Global, Sinegy Dax, Tokenize Technology dan juga Torum International setakat tahun 2024. Dan syarikat ini kita sebut sebagai Digital Asset Exchange. Dan platform mana yang ada menjual token WLD ini? Ketika artikel ini ditulis, hanya platform MX Global sahaja yang ada melakukan proses jual, beli dan trade coin token WLD ini.
Cara Withdraw Duit Dari MX Global Ke Bank
Kenapa tidak boleh jual terus melalui aplikasi World App? Ketika artikel ini ditulis aplikasi World App hanya membenarkan anda untuk Buy, Sell, Send dan Receive sahaja. Fungsi “Withdraw” ke akaun bank Malaysia belum lagi di sokong (support) buat masa ini. Dengan kata lain, jika anda berjaya claim dan dapat token WLD di dalam wallet aplikasi World App, anda hanya boleh jual untuk dapatkan duit melalui website atau aplikasi yang bernama MX Global sahaja. Jelas? Faham?
Jadi apa yang perlu anda buat untuk jual coin token Worldcoin WLD anda? Anda kena transfer token WLD anda dari aplikasi World App kepada akaun MX Global. Dengan kata lain ada perlulah daftar (register) akaun MX Global dan tunggu sehingga aplikasi MX Global telah disahkan untuk anda guna tanpa masalah. Nasihat saya, jangan tergesa gesa. Yang penting daftar akaun MX Global terlebih dahulu dan tunggu sehingga akaun diaktifkan untuk gunakan fungsi yang ada pada MX Global secara penuh. Jom saya kongsikan caranya.
Cara Daftar MX Global & Update Nombor Akaun Bank
- [ MX Global ] – sila klik link ini untuk membuka dan daftar register akaun MX Global
- Anda perlu buat KYC verification upload gambar IC dan sebagainya seperti yang diminta untuk pengesahan akaun dan baru boleh guna platform MX Global
- Saya anggap ketika ini, akaun anda di MX Global telah berjaya verify dalam 2-3 hari bekerja ya
- Sila klik pada “Account” dan klik pada “Beneficiary”. Sila update nombor akaun bank anda di sini terlebih dahulu.
Proses ini penting kerana anda hanya boleh deposit duit ke dalam akaun wallet Ringgit MYR MX Global melalui akaun bank anda sendiri dan anda dibenarkan untuk withdraw duit masuk ke akaun bank anda sendiri.
Cara Create Wallet Di Dalam MX Global
- Sila klik Bitcoin Wallet
- Sila klik pada “Wallet Address”
- Sila klik “Generate wallet address”
- Sila ulang proses yang sama untuk token crypto yang lain seperti ETH, XRP, SOL dan juga Worldcoin WLD
Proses ini penting supaya anda boleh transfer iaitu send token crypto anda untuk masuk ke akaun wallet di MX Global
Cara Send Token WLD Dari World App Kepada MX Global
- Sila klik pada “Wallets”
- Sila klik pada WLD
- Sila klik pada “Wallet Address”. Di sini anda akan dipaparkan dengan address wallet WLD di MX Global. Sila salin (copy) alamat address wallet WLD anda.
- Contoh wallet address WLD saya di MX Global ini adalah “0xde4C4DB66DE69697CD23e16b2415D8262c1dfC1F”
- [ World App ] – sila buka aplikasi World App anda ya
- Atau, jika anda sudah daftar tanpa melalui link ini, sila ke “Settings”
- Sila klik pada “Invite Code” dengan masukkan Invite code “O8Y6JN2” dan klik “Confirm”
- Sila klik pada simbol “$” dan sila klik pada “Worldcoin”
- Sila klik pada menu “Send”. Sila masukkan nilai RM yang anda mahu transfer. Contoh saya masukkan nilai RM11 yang bersamaan dengan 1.189 token WLD. Kemudian sila klik “Continue”
- Pada bahagian “Send Worldcoin ini, sila masukkan address WLD yang anda salin di MX Global iaitu “”0xde4C4DB66DE69697CD23e16b2415D8262c1dfC1F”
- Sila klik pada address tersebut dan klik “Confirm” dan klik sekali lagi “Confirm Send” untuk sahkan
- Done
Proses belum selesai. Anda baru sahaja berjaya melakukan proses transfer (send) Worldcoin token WLD anda dari wallet WLD di World App ke wallet WLD di MX Global. Proses ini mengambil masa antara 30 minit – 1 jam untuk sampai ke MX Global dari pengalaman saya lah. Selepas sampai, dia tidak masuk terus, ianya perlu untuk “Claim” terlebih dahulu, baru akan masuk ke akaun wallet WLD di MX Global. Bagaimana caranya? Teruskan baca.
- Selepas 30 minit – 1 jam, anda akan dapat notifikasi di MX Global yang menyatakan coin token WLD telah sampai dan anda perlu claim
- Sila klik pada “Account” dan klik pada “Incoming transfer”
- Sila klik “Claim now”
- Pilih “Un-hosted”
- Pada Claim from saya pilih “Yourself” sebab ianya dari akaun saya sendiri
- Akhir sekali, sila klik “Claim now”
- Berjaya.
Token WLD kini sudah ada di dalam wallet Worldcoin di MX Global. Dengan kata lain, token WLD kini sudah berada di dalam akaun MX Global. Proses seterusnya adalah bagaimana cara untuk menjual token WLD di MX Global.
Cara Jual Token WLD Di MX Global
- Sila klik pada wallet WLD di MX Global
- Cara untuk jual token WLD adalah dengan klik pada “Sell”
- Saya pilih “Market (Fill & Kill)” sebab mudah terus jual
- Masukkan jumlah token yang ingin dijual. Saya mahu jual 1 WLD sebagai percubaan
- Klik “Sell WLD” dan klik Confirm order” untuk sahkan
- Kemudian anda ke Ringgit wallet untuk semak samada duit telah masuk ke akaun atau belum
- Dalam video di atas ini, nampaknya saya telah berjaya jual token WLD dan duit telah masuk ke akaun Ringgit wallet
- Done
Cara Transfer (Withdraw) Duit Dari MX Globak Ke Akaun Bank
- Sila klik pada wallet MYR di MX Global
- Sila klik “Withdraw”
- Sila masukkan jumlah RM yang ingin anda transfer ke bank. Saya mahu withdraw RM10 sebagai percubaan
- Di sebabkan cas transaksi adalah 0.10 sen, maka jumlah yang saya masukkan adalah sebanyak RM10.10
- Kemudian sila klik “Withdraw”
- DONE.
Dalam sistem MX Global menunjukkan, duit akan masuk dari akaun MX Global ke akaun bank akan ambil masa selama 2 hari bekerja. Dari pengalaman saya sendiri, saya withdraw pada waktu malam. Esok petang duit sudah masuk ke akaun bank. Maknanya cuma 1 hari sahaja. Terbaik.
Panduan di atas ini adalah terpakai untuk ke semua coin token crypto yang ada di platform MX Global. Sama sahaja proses untuk beli, jual, transfer dan withdraw.
Cumanya di dalam kes token Worldcoin iaitu WLD, fungsi withdraw belum ada lagi di aplikasi World App. Jadi yang perlu anda lakukan adalah hantar (send/transfer) token WLD ke akaun MX Global, kemudian jual token tersebut dan baru anda boleh withdraw duit hasil jual token WLD ke akaun bank anda. Harap jelas dan faham ya.
Adakah saya akan jual ke semua token WLD yang saya ada? Jawapannya adalah tidak. Tahun 2024-2025 adalah tahun “bull run” di mana hampir ke semua aset digital cryptocurrency akan berlaku kenaikkan harga. Dengan kata lain, menyimpan adalah lebih sesuai berbanding menjual. Atas alasan tersebut, maka saya hanya menjual sedikit sahaja token WLD sebagai bukti yang token Worldcoin bukan coin krypto yang scam. Saya harap panduan cara guna platform jual beli krypto dari MX Global ini membantu anda. Harap maklum. Selamat mencuba. BYE!!!.