Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Home » Cara Order Makanan Di App Misi Rakyat
    Panduan

    Cara Order Makanan Di App Misi Rakyat

    adminBy admin28/08/2024No Comments3 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Baru baru ini viral berkenaan aplikasi food delivery yang memfokuskan untuk mengalihkan kuasa membeli rakyat Malaysia terutamanya orang melayu dan Islam untuk support perniagaan bumiputera. Kisahnya orang Melayu terutamanya adalah pembeli dan penyumbang terbesar dalam kitaran ekonomi micro di Malaysia. Tetapi keuntungan dari ekonomi ini banyak tersalur kepada entiti bisnes perniagaan yang bukan bumiputera. Atas sebab itulah aplikasi iaitu app misi rakyat tercipta.

    Membantu sesama bangsa bukanlah perkauman. Tetapi sebagai pilihan alternatif kepada satu satu bangsa. Contohnya, orang cina majoritinya akan membeli produk dari bangsa mereka. Orang India pula akan membeli dan mengutamakan membeli dari bangsa mereka juga. Bagaimana dengan orang Melayu? Untuk membantu bangsa sendiri, maka orang melayu kena juga belajar untuk ambil tahu bagaimana untuk membantu sesama orang melayu. Jadi ekonomi bangsa tersebut akan meningkat naik akibat dari kesedaran untuk mengutamakan produk dan barangan yang dikeluarkan oleh bangsa sendiri. Bukan memboikot ya. Ada beza.

    Paparan aplikasi app Misi Rakyat untuk order makanan
    Paparan aplikasi app Misi Rakyat untuk order makanan

    Guna App Misi Rakyat

    Jika anda mencari apakah ada aplikasi food delivery yang dibangunkan oleh orang melayu, islam dan bumiputera? Dan tujuan app tersebut untuk meningkatkan ekonomi ummah? Dan dalam masa yang sama wang yang tersalur disalurkan kepada bangsa melayu bumiputera? Jawapannya adalah ya ada iaitu App Misi. Founder App Misi adalah Encik Nur Ahmad Faiz Bin Mohd Azmi. Kini anda sudah ada pilihan samada anda seorang peniaga makanan (vendor) atau anda adalah seorang penghantar makanan (rider).

    Berbalik kepada tajuk utama kita. Bagaimana cara dan macam mana untuk pesan (order) makanan melalui aplikasi Misi ini? Mudah sahaja. Sila ikuti step di bawah ini;

    Beli makanan guna aplikasi Misi Rakyat
    Beli makanan guna aplikasi Misi Rakyat

    Cara Order Di App Misi Rakyat

    • [ Login MISI ] – sila klik link ini log in masuk ke aplikasi Misi
    • Sila klik pada menu “Order Disini”
    • Sila set kan kawasan anda. Sistem akan mengesan kedai makan berhampiran anda
    • Sila cari menu makanan yang anda inginkan dan klik pada kedai/restoran tersebut
    • Sila pilih menu yang ada di kedai tersebut. Sila klik “Add To Cart”
    • Sila klik “View My Cart” dan klik “Proceed Checkout”
    • Sila pilih samada mahu “Delivery” atau “Self Pickup”
    • Sila set kan alamat dan nama penerima
    • Kemudian sila klik “Seterusnya”
    • Sila pilih “Bank Transfer” dan klik “Bayar”
    • Pilih akaun online banking anda dan teruskan buat bayaran secara online sehingga selesai.
    • Aplikasi Misi akan menunggu samada ada RIDER yang accept job pesanan anda. Jika ada, Rider akan accept order anda dan vendor kedai makan akan menyiapkan pesanan anda.
    • Rider akan pickup pesanan anda dan hantar kepada anda
    • Anda juga boleh menghubungi Rider melalui no Whatsapp yang dipaparkan di app Misi
    • DONE!!!.

    Cara Register App Misi

    • [ Daftar App Misi ] – sila klik link ini untuk mendaftar aplikasi Misi
    • [ Aplikasi Android ] – untuk pengguna android, sila muat turun aplikasi di sini
    • [ Aplikasi iOS ] – untuk pengguna android, sila muat turun aplikasi di sini

    Kalau anda masih kurang jelas bagaimana cara guna dan order makanan melalui aplikasi MISI rakyat ini, sila tonton video di atas ini. Saya tunjukkan bagaimana cara saya pesan makanan menggunakan app Misi. Mudah dan terpercaya. Kalau anda masih belum guna app Misi ini, saya jemput anda daftar dan install aplikasi Misi ini melalui link di atas ini ya. Jom kita sama sama support produk local dan membantu rider menambah pendapatan dengan app Misi ini. Kita juga dapat manfaat dengan membeli makanan secara online dengan harga sama macam di restoran kedai makan. Terbaik. Jom!!!.

    guna aplikasi misi misi rakyat order app misi pesan app misi
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Semak akaun bank dan nombor telefon penipu scammer secara online di SemakMule

    Cara Semak Maklumat Berkenaan Scammer Online

    27/08/2025
    Semak rekod claim insurans kenderaan di SCRUT

    Semak Status Kereta Terpakai

    17/07/2025
    Invois untuk beli kereta dari direct owner

    Invois Beli Kereta Direct Owner

    09/07/2025
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Berminat beli kereta baru Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford dan lain lain? Jom submit loan kereta secara online melalui Whatsapp di sini.

    Beli Kereta? Contact Me Now!!!
    • WhatsApp
    • Facebook
    Post Kereta Baru Terkini
    Income dari kempen YouTube affiliate Shopee Shopping untuk bulan ogos 2025

    Komisen Affiliate YouTube Shopee August 2025

    01/10/2025
    Kereta saya sangkut kena tarik keluar guna lori tunda towing

    Guna Khidmat Towing Tunda Tarik Kereta Penang

    30/09/2025

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Bonus Reward Untuk Program Affiliate YouTube Shopping July 2025

    Komisen Affiliate YouTube Shopee July 2025

    01/09/2025
    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2025 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.