Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Income

    CARPEDIA Wahed Ventures

    adminBy admin08/08/2024No Comments3 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Ini adalah artikel pertama di dalam website ini yang menceritakan tentang pelaburan (investment). Dan saya memang tidak merasakan adanya apa apa program pelaburan yang ada kaitan dengan industri kenderaan seperti kereta. Akan tetapi sejak adanya “Wahed Ventures”, ianya membuka mata saya tentang peluang yang ada yang mungkin menjadi salah satu daya tarikkan kepada anda yang suka melabur. Ya saya sendiri suka melabur. Cumanya pada kali ini ianya ada kaitan dengan kereta iaitu CARPEDIA!!!.

    Anda pasti akan bersetuju dengan saya kalau saya katakan memang tidak ada apa apa program pelaburan dalam segmen kenderaan yang dibuka kepada orang awam seperti kita. Kita bukanlah seorang investor yang besar. Modal untuk invest pun mungkin hanya dalam ratusan ringgit atau tidak lebih dari RM10K pun. Kadang kebanyakkan dari kita ada minat dan kehendak untuk terlibat melabur dalam syarikat projek juta juta ringgit. Hendak juga merasa keuntungan sebagai seorang pelabur dalam skala kecil. Cumanya peluang itu tiada.

    Peluang pelaburan capital venture biayasama melalui Wahed Ventures
    Peluang pelaburan capital venture biayasama melalui Wahed Ventures

    Melabur Dalam Syarikat Startup Perkhidmatan Penghantaran Barang

    Dan kali ini, peluang itu sudah ada!!!. Anda pernah dengar atau pernah guna Wahed Invest? Ianya adalah sebuah aplikasi smartphone yang menawarkan perkhidmatan pelaburan berasaskan robo yang patuh syariah dan berlesen di Malaysia. Saya sendiri salah seorang yang pernah guna Wahed Invest, pernah mendeposit duit, pernah merasai keuntungan dan pernah withdraw duit ke bank dengan jayanya. Dengan kata lain aplikasi Wahed Invest adalah terpercaya iaitu trusted!!!.

    Cuma kali ini, pihak Wahed Invest menambahkan satu ciri baru pada platform mereka iaitu Wahed Ventures. Wahed Ventures merupakan perkhidmatan pelaburan biayasama yang patuh syariah. Paling penting, ianya membolehkan orang ramai untuk melabur dan mempunyai pegangan ke dalam syarikat syarikat tempatan yang berkonsepkan syarikat pemula iaitu syarikat starup. Menarik? Mestilah menarik!!!.

    Ya, saya salah seorang yang sangat sangat hendak melabur di dalam syarikat pemula startup ini. Tetapi tidak ada peluang kerana masalah modal dan peluang hanya dibuka kepada individu tertentu dengan kriteria tertentu. Lihat macam syarikat Grab, Bateriku, TheLorry dan macam macam lagi. Bayangkan anda invest ke dalam syarikat startup seperti ini, dan syarikat ini menjadi syarikat yang berjaya. Berapakah potensi keuntungan terhadap anda selaku pelabur? Lumayan bukan?

    Melabur syarikat pemula startup kenderaan kereta melalui Wahed Invest
    Melabur syarikat pemula startup kenderaan kereta melalui Wahed Invest

    Syarikat pertama yang disenaraikan pada Wahed Ventures adalah CARPEDIA. Ianya adalah sebuah syarikat yang menawarkan pekerjaan jenis gig. Kalau dilihat melalui laman web Carpedia, syarikat mereka menawarkan peluang pekerjaan seperti perkhidmatan penghantaran barangan seperti parcel dengan menggunakan kenderaan anda sendiri seperti motor, kereta dan  juga van.

    TETAPI anda kena ingat, setiap pelaburan ada risiko. Anda untung ketika syarikat berjaya mengembangkan operasi dengan baik. Anda rugi ketika syarikat tidak berjaya menjana keuntungan dan mengambil langkah untuk menutup syarikat. Dengan kata lain, sebelum melabur, sila buat pertimbangan dari segi modal yang anda sedia untuk rugi jika pelaburan anda tidak berjaya.

    Pelaburan mudah melalui aplikasi Wahed Ventures
    Pelaburan mudah melalui aplikasi Wahed Ventures

    Daftar Wahed Ventures

    • [ Wahed Invest ] – sila klik link ini untuk register aplikasi Wahed Invest. Masukkan kod referral “MOHBIN389” untuk dapatkan kredit RM10 percuma.
    • Selepas login, sila klik pada menu “Wahed Ventures”
    • Sila klik pada syarikat “CARPEDIA”
    • Isikan maklumat yang diminta
    • Dan mulakan jumlah pelaburan yang diminta
    • CARPEDIA meletakkan minima pelaburan adalah RM500
    • Teruskan jika anda bersetujua
    • DONE!!!

    Malaysia masih terlalu terkebelakang dalam jumlah pelaburan syarikat startup berdasarkan perkongsian pelaburan (venture capital) seperti ini. Malaysia sangat ketinggalan berbanding Singapore. Dengan adanya dana perkongsian melalui platform app Wahed Invest ini, diharap syarikat startup seperti Carpedia berjaya menyumpul dan mendapatkan dana yang mencukupi untuk memudahkan syarikat berkembang dengan jayanya. Berminat melabur dalam startup Carpedia? Sila klik link daftar melalui link di atas ini. BYE!!!.

    CARPEDIA Wahed Invest Wahed Invest Carpedia Wahed Ventures Wahed Ventures Carpedia
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Simkad Prepaid 5G Eastel

    Cara Beli Simkad Eastel

    09/03/2026
    Ejen Eastel Dengan Member ID E-0001783

    Senarai Ejen Dealer Eastel Seluruh Malaysia

    08/03/2026
    Web promosi Eastel ada gambar muka, nama ejen, member ID dan juga nombor telefon

    Web Promosi Eastel

    07/03/2026
    Eastel Starter Kit Incentive

    Ejen Dealer Simkad Eastel

    31/01/2026
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2026 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.