Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Info

    Pengalaman Cat Kereta Proton Saga

    adminBy admin01/09/2024No Comments3 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Saya mempunyai sebuah kereta Proton Saga jenis BLM yang telahpun berumur 10 tahun. Setakat ini tiada kerosakkan jenis major yang berlaku. Rosak sikit sikit itu biasalah. Dan apabila sudah 10 tahun, sudah pasti cat kereta proton saga saya ini sudah pudar dan tidak lagi berkilat. Bagi saya ianya masalah kecil sahaja asalkan cat masih elok dan belum tertanggal atau mengelupas. Pada beberapa bulan lalu cat kereta saya pada bahagian bonet depan telah menggelupas. Isunya adalah kerana tahi burung.

    Jika saya pergi kerja dan terlewat, biasanya kenderaan kereta tidak lagi mempunyai parking khas yang di sediakan kerana sudah penuh. Kami terpaksa parking kereta sedikit jauh dan berteduh di bawah pokok sepanjang jalan. Tanpa kami sedar, memang banyak burung burung yang hinggap di pokok tersebut. Dan tahi burung pasti akan terkena pada bumbung atau bonet kereta. Dan kereta saya juga terkena tahi burung di bonet hadapan dan sedikit dan saya mengabaikannya. Saya tidak pergi cuci cepat cepat kerana kesibukkan masa.

    Saya hantar cat kereta proton saga kerana cat sudah terkopek
    Saya hantar cat kereta proton saga kerana cat sudah terkopek

    Bengkel Mengetuk Dan Cat Kereta Proton Saga Penang

    Hari demi hari berlalu, warna cat kereta di sekeliling tahi burung jelas ternampak perubahan sedikit demi sedikit. Warna semakin pudar dan lama lama ianya mula mengelupas. Ketika saya sedar yang cat kereta sudah mula mengelupas kerana tahi burung, ianya sudah terlambat untuk saya memperbetulkannya. Selepas itu terjadinya cat sompek di sana sini di atas bonet hadapan. Sepatutnya selepas kena tahi burung, saya mesti cepat cepat pergi basuh. Ini saya biarkan sahaja, maka itulah yang berlaku. Saya belajar dari pengalaman.

    Setelah berbincang dengan isteri, kami membuat keputusan untuk menghantar cat kereta proton saga kami itu. Kami memilih warna baharu dan memberikan kereta tersebut di kedai cat kereta di permatang pauh Penang. Biasanya masa yang diambil untuk cat kereta ke semuanya adalah dalam masa sebulan. Tetapi nasib kami baik yang tauke kedai cat kereta boleh menyiapkan 2 minggu lebih awal. Memang cepat. 

    Bengkel cat kereta permatang pauh Pulau Pinang
    Bengkel cat kereta permatang pauh Pulau Pinang
    Kereta proton saga sedang dalam proses mengecat
    Kereta proton saga sedang dalam proses mengecat

    Kos keseluruhan untuk cat kereta proton saga (luar sahaja) dikenakan cas sebanyak RM1400. Untuk cat luar dan dalam rasanya akan dikenakan cas sebanyak RM2000. Anda pasti hendak tahu di kedai mana saya pergi hantar kereta Proton Saga saya di cat betul? Sila lihat gambar di atas. Gambar di atas ini adalah bengkel kereta yang menyediakan servis mengetuk dan mengecat pelbagai kenderaan. Kalau anda hendak cepat siap, sila hantar cat kereta proton saga anda di bengkel ini. Beliau boleh siapkan dalam masa 2 minggu paling cepat jika tidak ada apa apa isu.

    Cat kereta ada gunakan cat yang biasa, ada yang lapisan cat yang tipis sahaja dan sebagainya. Untuk lapisan cat yang lebih tebal dan lebih berkualiti, biasanya kedai cat kereta akan minta kita sendiri beli cat di kedai hardware untuk brand jenama tertentu. Dan mereka akan tolong cat menggunakan cat tersebut. Boleh sahaja buat macam tu. Cuma kena bincang dengan kedai cat lah.

    Harga cat jenama Aikka yang bagus untuk kereta
    Harga cat jenama Aikka yang bagus untuk kereta

    Cat Aikka Untuk Kereta

    • [ Shopee ] – anda boleh cari dan beli cat kereta berkualiti di sini

    Salah satu brand cat kereta yang berkualiti yang di recommend sendiri oleh kedai cat adalah dari jenama Aikka. Ianya sedikit lebih mahal dari cat kereta yang biasa. Anda bincang dahulu kena pakai berapa liter tong cat. Sembang dahulu berapa harga untuk 1 tin cat Aikka. Dan barulah anda beli secara online kalau mahu dapatkan dengan harga sedikit lebih murah. Terpulang. Di mana hendak cat kereta? Kena pergi di bengkel ketuk dan cat kenderaan. BYE!!!.

    Bengkel Cat Kereta Cat Kenderaan Cat Kereta Cat Kereta Aikka Kedai Cat Kenderaan Kedai Cat Kereta
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Semak akaun bank dan nombor telefon penipu scammer secara online di SemakMule

    Cara Semak Maklumat Berkenaan Scammer Online

    27/08/2025
    Duit hasil jual kereta menggunakan invoice kedai used car akan disburse ke kedai used car terlebih dahulu

    Duit Hasil Jual Kereta Kepada Direct Buyer Melalui Kedai Used Car

    20/08/2025
    Semak rekod claim insurans kenderaan di SCRUT

    Semak Status Kereta Terpakai

    17/07/2025
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2026 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.