Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru Tuesday, May 20
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Subscribe
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Beli Kereta Baru
    Home » Cermin Depan Kereta Perodua Myvi Retak Dan Pecah
    Info

    Cermin Depan Kereta Perodua Myvi Retak Dan Pecah

    adminBy admin28/08/2024No Comments4 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Telegram Email WhatsApp

    Beberapa minggu lepas cermin hadapan (windscreen) kereta Perodua Myvi isteri saya telah retak dan pecah. Ianya berpunca dari tiang telefon telekom terjatuh dan menghempap kereta. Tiang telefon yang terjatuh pula disebabkan oleh lori treler yang telah tidak sengaja tertarik kabel wayar telefon pada tiang tiang elektrik yang berdekatan. Akibatnya, telah tertarik wayar elektrik pada batang tiang telekom dan membuatkannya jatuh menghempap kereta isteri saya ketika waktu tengah hari. Nasib baik orang belum keluar rehat untuk makan tengah hari. Tiada yang tercedera tetapi cermin depan retak dan pecah.

    Siapa pelakunya? Sudah tentulah mereka sudah lari. Kejadian berlaku dengan pantas. Samada pemandu lori treler tersebut sedar atau tidak sedar akan kejadian terbabit. Yang penting, cermin depan kereta isteri saya telah retak dan pecah. Apakah tindakkan yang perlu dilakukan jika anda ditempat isteri saya. Perkara yang betul adalah, anda perlu menyemak insurans kereta yang anda ambil sebelum ini. Adakah ianya di cover oleh pihak insurans?

    Cermin depan retak dihempap tiang untuk kereta Perodua Myvi
    Cermin depan retak dihempap tiang untuk kereta Perodua Myvi

    Tukar Dan Ganti Cermin Depan Retak Pecah Untuk Kereta

    Tahukah anda, ketika anda membuat bayaran untuk memperbaharui cukai jalan (roadtax) dan juga insurans. Insurans bertujuan melindungi kereta anda dari kerosakkan akibat kemalangan. Jika ada apa apa kemalangan yang berlaku, maka pihak insurans akan membayar kos pampasan berdasarkan jumlah perlindungan yang telah dijanjikan sebelum ini. Dan di dalam insurans tersebut juga, sebenarnya ada pilihan samada kita mahu membuat perlindungan insurans terhadap cermin kereta anda atau tidak. Soalannya adakah anda ada ambil insurans cermin untuk kereta anda?

    Kesan kemek bumbung dan retak cermin hadapan Perodua Myvi telah dibaik pulih
    Kesan kemek bumbung dan retak cermin hadapan Perodua Myvi telah dibaik pulih

    Kerosakkan cermin kereta akibat kemalangan, kerana bencana terhempap tiang lampu dan lain lain yang seperti isteri saya kena atau akibat khianat seperti kes pecah tingkap cermin untuk mencuri dan sebagainya memang dilindungi insurans jika anda mengambilnya. Masalahnya, isteri saya tidak mengambil insurans cermin. Maka kerosakkan cermin depan retak kerana terhempap tiang telefon tidak dapat claim insurans. Kena keluar wang kos modal sendiri.

    Bengkel untuk ketuk kemek bumbung dan tukar cermin hadapan kereta
    Bengkel untuk ketuk kemek bumbung dan tukar cermin hadapan kereta

    Saya membawa kereta Perodua Myvi isteri saya ke kedai yang menyediakan servis menukar cermin kereta. Kos untuk menggantikan cermin hadapan yang baru bagi perodua myvi adalah dalam RM450. Masalah yang kereta isteri saya kena adalah lebih berat. Ianya bukan semata mata cermin hadapan retak pecah. Bumbung kereta pun terdapat kesan kemek akibat dihempap oleh tiang telefon. Maka ada 2 kos yang perlu dikeluarkan. Satu kos untuk baiki kesan kemek. Dan satu lagi kos untuk menggantikan cermin depan yang baharu.

    Saya tanyakan, tidak bolehkah cermin depan dibaiki. Kerana saya tahu ada servis perkhidmatan yang boleh menampal dan menutup lubang dari cermin yang retak. Jawapannya boleh kalau kesan retakan adalah kecil. Tetapi oleh kerana kesan retakan adalah besar, hendak repair pun tidak boleh. Terpaksa menggantikan cermin depan yang retak dengan cermin depan yang baru. Terpaksalah.

    Saya terus bawakan kereta isteri saya ke bengkel Cat & Ketuk. Kerana mereka boleh berikan servis perkhidmatan untuk membaiki kesan kemek pada bumbung kereta, boleh berikan servis menukar cermin kereta yang baru dan cat semula bumbung kereta supaya dapat mengelakkan kesan karat yang akan terjadi jika ada cat kereta yang terkopek kerana bumbung yang telah kemek. Kos bagi mengetuk kesan kemek di atas kereta adalah RM500 termasuk cat yang baru. Kos bagi menukar cermin depan retak kepada yang baru adalah RM450. Itu sahaja kosnya.

    Saya Tolong Renew Insurans Kereta Anda

    • [ Whatsapp ] – Sila klik link ini untuk hubungi dan mesej saya melalui Whatsapp
    • Sila berikan 3 maklumat di bawah ini;
      • Plat No Kereta
      • IC number
      • Handphone number
      • Gambar hadapan geran kenderaan
      • Remark : Takaful insurans kereta + Windscreen

    Kepada anda yang mahu perbaharui insurans kenderaan anda. Dan juga berhasrat untuk tambah add-on insurans cermin kereta. Dan dalam masa yang sama mahu polisi auto insurans yang patuh syariah. Boleh hubungi saya melalui link Whatsapp di atas ini. Kita buat secara online sahaja. Nasihat saya, jika anda ada bajet lebih, ambillah insurans cermin kereta sekali ketika anda renew insurans kenderaan anda ok. Bye.

    Cermin Kereta Myvi Cermin Kereta Pecah Cermin Kereta Perodua Myvi Cermin Kereta Retak Harga Cermin Kereta Insurans Cermin Kereta Tukar Cermin Kereta
    Share. WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Pricelist Harga Tukar Cermin Kereta Di Windscreen2U

    30/04/2025

    Scam Kereta Import Honda HR-V Port Klang

    15/04/2025

    Gambar Sebenar Sijil Puspakom B5

    15/04/2025

    Scam Kereta Import Mitsubishi Triton Penang

    14/04/2025

    Jual Motor Lama Tersadai Sebagai Besi Buruk

    08/04/2025

    Tukar Minyak Hitam Kereta Jenama CASTROL

    07/04/2025
    Leave A Reply Cancel Reply

    Berminat beli kereta baru Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford dan lain lain? Jom submit loan kereta secara online melalui Whatsapp di sini.

    Beli Kereta? Contact Me Now!!!
    • WhatsApp
    • Facebook
    Post Kereta Baru Terkini

    Beli Kereta Mazda 2 Direct Owner Success Story

    20/05/2025

    Beli Kereta Baru Volkswagen Tiguan Allspace

    20/05/2025

    SCAM Beli Kereta Toyota Estima Recond

    18/05/2025

    Jangan Beli Toyota Corolla Cross Total Loss

    14/05/2025
    © 2025 BeliKeretaBaru. Designed by BeliKeretaBaru.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.

    Ad Blocker Enabled!
    Ad Blocker Enabled!
    Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please support us by disabling your Ad Blocker.