Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Myvi

    Cermin Tingkap Kereta Berbunyi Perodua Myvi

    adminBy admin24/08/2024No Comments3 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Semalam bawa isteri jalan jalan naik kereta Perodua Myvi beliau. Dan beliau meminta saya memandu ke bengkel kereta terlebih dahulu untuk memasang dan melekat pelekat roadtax dengan betul dengan bantuan pekerja pomen di kedai tersebut. Dan sudah alang alang berada di bengkel, isteri saya bertanya kepada pomen bengkel tersebut samada mereka boleh membaiki cermin tingkap kereta berbunyi dengan cepat atau tidak. Mereka katakan ianya boleh. Jadi mereka terus baiki masalah cermin yang berbunyi tersebut. Sekejap sahaja. 5 minit sudah siap.

    Sebenarnya apa masalah cermin tingkap kereta berbunyi? Cermin tingkap yang saya maksudkan adalah tingkap sisi sebelah penumpang dan pemandu dan bukannya tingkap hadapan atau belakang. Harap maklum ya. Apabila hendak tekan button power windows naik turun (up/down), terdapat bunyi seperti longgar dan tidak ketat. Risau juga kalau kalau cermin tingkap sisi terjatuh dan tidak dipegang dengan betul. Atas sebab itulah isteri mahu terus baikinya ketika berada di bengkel kereta tersebut.

    Repair masalah cermin tingkap kereta berbunyi di bengkel kereta
    Repair masalah cermin tingkap kereta berbunyi di bengkel kereta

    Masalah Cermin Tingkap Kereta Berbunyi

    Zaman sekarang kebanyakkan kenderaan seperti kereta sudah menggunakan cermin tingkap jenis automatik sahaja. Dan menurut pomen tersebut, jika masalah seperti cermin tingkap kereta berbunyi yang berbunyi memang kena repair cepat cepat. Kata beliau, kalau tunggu lagi lama dan buat tidak tahu sahaja, takut nanti akan melarat rosak pada tempat lain pula. Ada benda yang kalau berbunyi kalau kita biarkan ianya tidak mengapa. Ada benda yang berbunyi yang kalau kita biarkan ianya akan menyebabkan kerosakkan lebih teruk. Dalam hal kereta, anda jangan ambil mudah dan abaikan bunyi bunyi yang tidak sepatutnya.

    Kemudian tauke kedai ambil spanar dan kelengkapan lain dan membuka plastik cover pada pintu cermin tingkap kereta untuk melihat apakah masalah yang menyebabkan cermin tingkap kereta Perodua Myvi isteri saya berbunyi. Setelah di teliti rupa rupanya terdapat 2 skru yang sudah longgar dan ada yang sudah tercabut. Tauke bengkel pening sambil ketawa sebab beliau tidak faham bagaimana skrew boleh tertanggal dari tempatnya.

    Dan setelah dipasang dan diketatkan balik skru pada tempatnya, masalah cermin tingkap kereta berbunyi bunyi tidak lagi kedengaran. Malah ketika cermin tingkap ditekan punat button up/down, ianya berfungsi dengan baik dan lancar. Kerja nampak macam mudah sahaja kan. Tetapi kalau kita tidak tahu kita tetap akan membawanya ke bengkel untuk suruh orang lain betulkan dan baikinya untuk kita. Hasilnya kena keluarkan kos upah membaiki cermin tingkap kereta yang berbunyi itu dengan kos upah sebanyak RM10. Oklah kan. Kalau anda ada masalah seperti ini lebih baik anda baikinya sendiri. Mudah sahaja. Bye.

    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Nombor member ID ejen dealer upline Eastel

    Cara Daftar Simkad Eastel

    07/03/2026
    Pilih renew insurans kenderaan patuh syariah dari Takaful Malaysia di BJAK

    Cara Perbaharui Cukai Jalan Dan Insurans Kereta Guna BJAK

    22/01/2026

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Semak akaun bank dan nombor telefon penipu scammer secara online di SemakMule

    Cara Semak Maklumat Berkenaan Scammer Online

    27/08/2025
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2026 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.