Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Panduan

    Daftar eCCRIS BNM Untuk Semak Penyata CCRIS Online

    adminBy admin29/09/2024Updated:29/09/2024No Comments4 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Apabila anda hendak membuat loan pinjaman rumah, atau loan pinjaman kereta atau memohon personal loan, seringkali pihak bank akan akan mengatakan yang permohonan pembiayaan loan anda gagal kerana status kewangan anda yang tidak bagus dan tidak cantik. Sebenarnya bagaimanakah pihak bank dapat menilai sikap pembayaran anda? Katakan sebelum ini anda beli kereta dengan loan dari Bank Public Bank. Dan kini anda hendak beli rumah gunakan loan dari Maybank. Bagaimana pihak Maybank tahu akan sikap dan sejarah pembayaran yang tertunggak anda dengan Public Bank? Tahukah anda semua maklumat ini pihak bank dapat dengan hanya semak penyata ccris anda sahaja.

    Apa itu CCRIS? Ianya sebuah rekod pinjaman yang anda ambil dari institusi pemberi pinjaman wang berlesen seperti bank. Dan dalam rekod CCRIS ini akan dipaparkan sejarah pembayaran balik hutang pinjaman loan yang anda ambil dari semua bank sepanjang 12 bulan (1 tahun) terkini. Pihak bank tidak tahu apakah hutang lain yang anda ada dan ambil dari bank lain. Jadi dengan membuat semakan penyata ccris secara online, maka pihak bank akan tahu status kewangan semasa anda. Kalau anda bergaji RM5000 sebulan pun, tetapi ada rekod tunggakkan setiap bulan, itu bermakna pengurusan kewangan anda adalah lemah dan bermasalah.

    Komputer kiosk untuk daftar akaun eccris bank negara
    Komputer kiosk untuk daftar akaun eccris bank negara

    Cara Semak Penyata CCRIS Secara Online

    Ianya tidak menjadi masalah sekiranya anda memang tidak mempunyai apa apa pinjaman hutang dengan pihak bank sebelum ini. Maka sudah tentu anda tiada rekod ccris langsung. Jika anda sudah mempunyai apa apa pinjaman dengan pihak bank sebelum ini, dan anda mahu memohon loan pembiayaan yang baharu, maka pihak bank memang akan menilai rekod penyata ccris anda terlebih dahulu. Sebab itulah disarankan kepada anda yang mahu mengambil loan baharu, sila semak penyata ccris anda terlebih dahulu untuk anda membuat persediaan yang sewajarnya.

    Contoh nombor pin sementara untuk mendaftar eCCRIS Bank Negara
    Contoh nombor pin sementara untuk mendaftar eCCRIS Bank Negara

    Untuk pengetahuan anda, jika anda mempunyai tunggakan beberapa bulan samada tunggakan loan rumah, kereta atau loan peribadi, sila setelkan ke semua tunggakan terlebih dahulu. Biasanya pihak bank mahu melihat sekurang kurangnya rekod ccris anda bersih dari tunggakan minima 6 bulan terkini. Ada pihak bank yang melihat rekod ccris sepanjang 12 bulan terkini. Seperti yang saya terangkan di atas tadi, penyata ccris akan memaparkan rekod ccris anda sepanjang 12 bulan terkini. Kalau ada tunggakan hutang mana mana loan, maka sudah tentulah penyata ccris anda tidak akan kelihatan cantik dalam paparan 12 bulan terkini itu. Jelas?

    Daftar pertama kali eCCRIS untuk semak penyata ccris online
    Daftar pertama kali eCCRIS untuk semak penyata ccris online

    Panduan Cara Mendaftar Akaun eCCRIS Online

    • BANK NEGARA – sila lawat bank negara. Katakan anda mahu Daftar eCCRIS
    • Komputer/Kiosk CCRIS – komputer/kiosk ini digunakan untuk anda daftar eCCRIS
    • Pilih bahasa samada Bahasa Malaysia/English di komputer/kiosk ccris
    • Anda akan diminta masukkan kad pengenalan pada scanner dan scan ibu jari anda
    • Jika berjaya, maka paparan di komputer/kiosk akan memaparkan menu pilihan
    • Sila pilih mahu Daftar eCCRIS. Anda perlu memasukkan nombor telefon anda.
    • Jika sudah, maka anda akan menerima NOMBOR PIN sementara di telefon anda
    • eCCRIS BNM – klik dan buka website ini. Sila klik pada “First Time Login“
    • Anda akan di minta masukkan NO ID Kad Pengenalan dan NO PIN dari telefon anda
    • Sila isikan ke semua maklumat yang diminta sehingga selesai.
    • Jika sudah selesai. Sila login seperti biasa.
    • Klik “Enquiry” dan klik “Self Enquiry – Individual”
    • Tick pada “I Agree” dan pilih “Report Enquiry”
    • Rekod penyata CCRIS anda dipaparkan. Siap
    • Kalau tidak faham, sila tonton video di bawah
    Paparan report penyata ccris
    Paparan report penyata ccris

    Ada orang tanya, tidak bolehlah kita semak penyata ccris sendiri secara online melalui komputer atau smartphone di rumah. Jawapannya adalah TIDAK BOLEH selagi anda tidak mendaftar untuk mendaftar akaun eCCRIS di bank negara terlebih dahulu. Tetapi selepas anda mendaftar eCCRIS di Bank Negara, dan kemudian mendapat “pin sementara”, maka anda bolehlah mendaftar akaun eCCRIS online di rumah anda dan boleh semak penyata ccris anda terus melalui internet tanpa perlu lagi ke Bank Negara. Jelas?

    Saya sebelum ini sudahpun ke Bank Negara untuk mencetak penyata ccris di sana. Dan selepas itu saya bertanya kepada pekerja staff di Bank Negara bagaimana cara untuk saya semak penyata ccris sendiri di rumah. Tidak bolehkah saya untuk menyemak sendiri rekod penyata ccris saya tanpa perlu lagi ke Bank Negara. Jawapannya adalah boleh. Tetapi kena daftar dahulu di komputer/kiosk ccris di Bank Negara, dapat nombor pin sementara, balik rumah baru daftar akaun eCCRIS di website Ccris dan kemudian sudah boleh semak penyata ccris secara online. Owh begitu caranya. Harap anda faham. Bye.

    apa itu ccris bagaimana semak penyata ccris cara semak penyata ccris panduan semak penyata ccris rujukan semak penyata ccris semak penyata ccris semak penyata ccris bank negara semak penyata ccris di internet semak penyata ccris di rumah semak penyata ccris melalui website semak penyata ccris online
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Nombor member ID ejen dealer upline Eastel

    Cara Daftar Simkad Eastel

    07/03/2026
    Pilih renew insurans kenderaan patuh syariah dari Takaful Malaysia di BJAK

    Cara Perbaharui Cukai Jalan Dan Insurans Kereta Guna BJAK

    22/01/2026

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Semak akaun bank dan nombor telefon penipu scammer secara online di SemakMule

    Cara Semak Maklumat Berkenaan Scammer Online

    27/08/2025
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2026 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.