Apabila anda hendak membuat loan pinjaman rumah, atau loan pinjaman kereta atau memohon personal loan, seringkali pihak bank akan akan mengatakan yang permohonan pembiayaan loan anda gagal kerana status kewangan anda yang tidak bagus dan tidak cantik. Sebenarnya bagaimanakah pihak bank dapat menilai sikap pembayaran anda? Katakan sebelum ini anda beli kereta dengan loan dari Bank Public Bank. Dan kini anda hendak beli rumah gunakan loan dari Maybank. Bagaimana pihak Maybank tahu akan sikap dan sejarah pembayaran yang tertunggak anda dengan Public Bank? Tahukah anda semua maklumat ini pihak bank dapat dengan hanya semak penyata ccris anda sahaja.
Apa itu CCRIS? Ianya sebuah rekod pinjaman yang anda ambil dari institusi pemberi pinjaman wang berlesen seperti bank. Dan dalam rekod CCRIS ini akan dipaparkan sejarah pembayaran balik hutang pinjaman loan yang anda ambil dari semua bank sepanjang 12 bulan (1 tahun) terkini. Pihak bank tidak tahu apakah hutang lain yang anda ada dan ambil dari bank lain. Jadi dengan membuat semakan penyata ccris secara online, maka pihak bank akan tahu status kewangan semasa anda. Kalau anda bergaji RM5000 sebulan pun, tetapi ada rekod tunggakkan setiap bulan, itu bermakna pengurusan kewangan anda adalah lemah dan bermasalah.
Cara Semak Penyata CCRIS Secara Online
Ianya tidak menjadi masalah sekiranya anda memang tidak mempunyai apa apa pinjaman hutang dengan pihak bank sebelum ini. Maka sudah tentu anda tiada rekod ccris langsung. Jika anda sudah mempunyai apa apa pinjaman dengan pihak bank sebelum ini, dan anda mahu memohon loan pembiayaan yang baharu, maka pihak bank memang akan menilai rekod penyata ccris anda terlebih dahulu. Sebab itulah disarankan kepada anda yang mahu mengambil loan baharu, sila semak penyata ccris anda terlebih dahulu untuk anda membuat persediaan yang sewajarnya.
Untuk pengetahuan anda, jika anda mempunyai tunggakan beberapa bulan samada tunggakan loan rumah, kereta atau loan peribadi, sila setelkan ke semua tunggakan terlebih dahulu. Biasanya pihak bank mahu melihat sekurang kurangnya rekod ccris anda bersih dari tunggakan minima 6 bulan terkini. Ada pihak bank yang melihat rekod ccris sepanjang 12 bulan terkini. Seperti yang saya terangkan di atas tadi, penyata ccris akan memaparkan rekod ccris anda sepanjang 12 bulan terkini. Kalau ada tunggakan hutang mana mana loan, maka sudah tentulah penyata ccris anda tidak akan kelihatan cantik dalam paparan 12 bulan terkini itu. Jelas?
Panduan Cara Mendaftar Akaun eCCRIS Online
- BANK NEGARA – sila lawat bank negara. Katakan anda mahu Daftar eCCRIS
- Komputer/Kiosk CCRIS – komputer/kiosk ini digunakan untuk anda daftar eCCRIS
- Pilih bahasa samada Bahasa Malaysia/English di komputer/kiosk ccris
- Anda akan diminta masukkan kad pengenalan pada scanner dan scan ibu jari anda
- Jika berjaya, maka paparan di komputer/kiosk akan memaparkan menu pilihan
- Sila pilih mahu Daftar eCCRIS. Anda perlu memasukkan nombor telefon anda.
- Jika sudah, maka anda akan menerima NOMBOR PIN sementara di telefon anda
- eCCRIS BNM – klik dan buka website ini. Sila klik pada “First Time Login“
- Anda akan di minta masukkan NO ID Kad Pengenalan dan NO PIN dari telefon anda
- Sila isikan ke semua maklumat yang diminta sehingga selesai.
- Jika sudah selesai. Sila login seperti biasa.
- Klik “Enquiry” dan klik “Self Enquiry – Individual”
- Tick pada “I Agree” dan pilih “Report Enquiry”
- Rekod penyata CCRIS anda dipaparkan. Siap
- Kalau tidak faham, sila tonton video di bawah
Ada orang tanya, tidak bolehlah kita semak penyata ccris sendiri secara online melalui komputer atau smartphone di rumah. Jawapannya adalah TIDAK BOLEH selagi anda tidak mendaftar untuk mendaftar akaun eCCRIS di bank negara terlebih dahulu. Tetapi selepas anda mendaftar eCCRIS di Bank Negara, dan kemudian mendapat “pin sementara”, maka anda bolehlah mendaftar akaun eCCRIS online di rumah anda dan boleh semak penyata ccris anda terus melalui internet tanpa perlu lagi ke Bank Negara. Jelas?
Saya sebelum ini sudahpun ke Bank Negara untuk mencetak penyata ccris di sana. Dan selepas itu saya bertanya kepada pekerja staff di Bank Negara bagaimana cara untuk saya semak penyata ccris sendiri di rumah. Tidak bolehkah saya untuk menyemak sendiri rekod penyata ccris saya tanpa perlu lagi ke Bank Negara. Jawapannya adalah boleh. Tetapi kena daftar dahulu di komputer/kiosk ccris di Bank Negara, dapat nombor pin sementara, balik rumah baru daftar akaun eCCRIS di website Ccris dan kemudian sudah boleh semak penyata ccris secara online. Owh begitu caranya. Harap anda faham. Bye.