Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Home » Enjin Kereta Bunyi Krik Krik Ketika Aircond Di Hidupkan
    Produk Kereta

    Enjin Kereta Bunyi Krik Krik Ketika Aircond Di Hidupkan

    adminBy admin01/09/2024No Comments3 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Pagi pagi start kereta hendak pergi kerja pasti berbunyi krikkk krikk krikkk bergetar di kawasan enjin. Tetapi bila dah panas enjin hilang pula bunyi. Jadi biarkan dulu. Bila bawa ke kedai servis kereta, mereka tidak tahu apa puncanya. Puncanya mudah sahaja, bunyi krik krik hilang ketika enjin sudah panas. Bawa kereta ke kedai kereta mestilah tidak dapat tunjuk akan bagaimana bunyinya. Jadi biarkan dahulu buat sementara.

    Selepas sebulan bunyi mula ketara. Kalau sebelum ini, enjin panas dan aircond dibuka pasti ada bunyi tetapi perlahan dan hilang. Kali ini tidak, sampai ke kedai repair kereta, buka enjin dan jalankan aircond, bunyi terus kedengaran kuat dan jelas. Dan pomen tersebut dapat ketahui puncanya iaitu daripada timing belt aircond yang sudah longgar. Tetapi bukan boleh selesai dengan cara ketatkan belt aircond. Kena tukar sesuatu alat yang dinamakan sebagai “Belt Tensioner”.

    Contoh Belt Tensioner Engin Campro Proton Saga
    Contoh Belt Tensioner Enjin Campro Proton Saga – image credit to http://www.lelong.com.my/catalog/wanautopart/list

    Masalah Bunyi Di Sebabkan Belt Tensioner

    Apa benda Belt Tensioner pulley ini? Dari apa yang saya faham yang diceritakan oleh pomen tersebut, Belt Tensioner ini berfungsi untuk menegangkan timing belt enjin. Jika longgar maka bunyi akan terhasil dan tidak bagus untuk prestasi enjin kereta. Harga Belt Tensioner untuk kereta Proton Saga saya adalah berharga RM150 sahaja. Tidak pasti samada harga tersebut termasuk upah atau tidak kerana saya membayar kos keseluruhan dengan men-servis perkara yang lain juga.

    Bila ada kereta ini, kos baik pilih juga makan ratus ratus ringgit jumlahnya. Kalau tidak dijaga betul dan servis dengan baik, memang berhabis duit. Kita yang pandu kereta kita selalu pasti akan dapat mengagak kereta kita bermasalah jika ada “rasa lain” yang membuatkan kita terfikir sejenak. Kalau hendak cerita, banyak juga pengalaman saya dengan kos kos kenderaan ini. Ribuan ringgit habis untuk servis kereta kalau saya hendak cerita. Tetapi itu pengalaman.

    Harga belt tensioner untuk kereta
    Harga belt tensioner untuk kereta

    Belt Tensioner Kereta

    • [ Shopee ] – anda boleh cari dan beli Belt Tensioner untuk kenderaan di sini

    Kepada pembaca, anda jangan fikir masalah bunyi krik krik ketika enjin dan aircond dihidupkan ini adalah masalah yang sama dengan apa yang anda hadapi sekarang. Boleh jadi bunyi ianya adalah sama tetapi menunjukkan simtom masalah yang berbeza. Untuk selamat, anda bawa kereta anda ke bengkel kereta yang dipercayai supaya anda tidak tertipu dengan kos yang lebih mahal dari kebiasaannya. Untuk pengetahuan anda, Belt Tensioner saya pergi kedai A, mereka cakap harga RM250, saya pergi kedai B, dia cakap RM150. Dari sini kita tahu kedai mana yang pandai main harga. Hati hati. Hendak murah beli sahaja di Shopee. Bawa dan minta bengkel tolong pasangkan. Mudah. Selamat mencuba.

    Beli Belt Tensioner Belt Tensioner Belt Tensioner Kenderaan Belt Tensioner Kereta Belt Tensioner Proton Belt Tensioner Proton Saga Harga Belt Tensioner Tukar Belt Tensioner
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Gambar depan kereta Proton X50 2025

    Beli Proton X50 Enjin 4 Silinder

    14/07/2025
    Getah cermin tingkap naik turun tercabut tertanggal

    Tukar Getah Tingkap Cermin Kereta

    09/07/2025
    Harga Perodua Myvi power window switch button

    Beli Alat Ganti Kereta Mudah Secara Online

    15/06/2025
    Engine mounting kereta Proton Ertiga untuk kurangkan gegaran

    Tukar Engine Mounting Untuk Kurangkan Enjin Bergegar

    22/05/2025
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Berminat beli kereta baru Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford dan lain lain? Jom submit loan kereta secara online melalui Whatsapp di sini.

    Beli Kereta? Contact Me Now!!!
    • WhatsApp
    • Facebook
    Post Kereta Baru Terkini
    Income dari kempen YouTube affiliate Shopee Shopping untuk bulan ogos 2025

    Komisen Affiliate YouTube Shopee August 2025

    01/10/2025
    Kereta saya sangkut kena tarik keluar guna lori tunda towing

    Guna Khidmat Towing Tunda Tarik Kereta Penang

    30/09/2025

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Bonus Reward Untuk Program Affiliate YouTube Shopping July 2025

    Komisen Affiliate YouTube Shopee July 2025

    01/09/2025
    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2025 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.