Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru Monday, May 19
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Subscribe
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Beli Kereta Baru
    Home » Hantar Barang Mudah Guna EasyParcel
    Panduan

    Hantar Barang Mudah Guna EasyParcel

    adminBy admin02/10/2024No Comments5 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Telegram Email WhatsApp

    Dulu dulu sewaktu saya mula aktif ingin berniaga secara online menggunakan platform Lazada dan juga Shopee. Saya belajar cara untuk hantar dan pos barang gunakan kurier servis seperti Pos Laju, J&T, Skynet, DHL, City-Link dan banyak lagi. Tetapi sampai satu saat saya mula berasa penat. Penat sebab hendak isi borang. Sudahlah tulis secara manual. Kalau yang bagus sikit, kena beritahu staff kurier servis tentang alamat dan mereka akan key in ke dalam sistem mereka. Bagi saya ianya melambatkan dan melecehkan. Tetapi sejak kenal dengan EasyParcel, saya terus jatuh hati. Kenapa?

    Ini adalah kisah terbaru. Adik ipar saya ada meminta kami untuk ambil baju kot yang beliau tempah di George Town Pulau Pinang kerana kami memang tinggal di Penang. Oleh kerana adik ipar duduk dan tinggal di Besut Terengganu, maka beliau meminta kami kirimkan baju beliau melalui sistem pos ke Terengganu. Masalahnya saya tidak pernah pos barang yang besar seperti pakaian lagi lagi baju kot. Tidak boleh gunakan plastik parcel yang biasa. Memang kena pos baju kot beliau gunakan kotak. Nasib baik EasyParcel juga ada menu “Shop” dan kita juga boleh beli kotak besar melaluinya.

    Beli kotak besar untuk hantar barang di EasyParcel
    Beli kotak besar untuk hantar barang di EasyParcel

    Pos Barang Dari Rumah Guna EasyParcel

    Tiba tiba saya teringat tentang EasyParcel yang saya sudah lama tidak aktif. Saya ada akaun EasyParcel, saya ada baki kredit tersedia di dalam akaun EasyParcel dan saya juga ada thermal printer yang saya beli dari EasyParcel juga. Mudah cerita memang lengkaplah kalau saya mahu gunakan semula. Saya terus pasang dan on kan thermal printer. Login akaun EasyParcel dan ternyata baki kredit semasa ada sebanyak RM1000. Haha. Mudah kerja saya.

    Saya terus kongsikan pengalaman bagaimana cara guna EasyParcel ya. Mudah untuk anda ikuti dan belajar tentang EasyParcel.

    Top up tambah nilai baki kredit akaun EasyParcel
    Top up tambah nilai baki kredit akaun EasyParcel

    Cara Pos Barang Guna EasyParcel

    • [ EasyParcel ] – sila klik link ini untuk daftar dan membuka akaun Easy Parcel
    • Sila klik pada “Top Up” untuk tambah nilai kredit di dalam akaun Easy Parcel anda. Minima RM28, RM68 dan RM100 untuk pengguna yang biasa. Dengan kata lain, sebelum boleh menggunakan perkhidmatan EasyParcel, sila pastikan akaun anda ada kredit terlebih dahulu
    • Untuk mula pos barang, sila klik pada “Send Parcel” dan pilih “Domestic Delivery”
    • Sila masukkan poskod anda sebagai penghantar dan poskod penerima. Sila isikan anggaran berat dan kemudian sila klik “Quote & Book”
    • Anda akan dipaparkan dengan senarai syarikat kurier servis yang ada berdekatan dengan tempat anda termasuk dengan harga
    EasyParcel memaparkan pelbagai kurier servis yang anda boleh pilih dan booking bayar terus secara online
    EasyParcel memaparkan pelbagai kurier servis yang anda boleh pilih dan booking bayar terus secara online
    • Sila pilih mahu guna servis apa dan kemudian sila klik “Book Now” dan kemudian klik lagi sekali “Agree & Book Now”
    • Sila isikan ke semua maklumat yang diminta seperti Nama, Alamat, Nombor Telefon, Jenis Barang dan lain lain.  Sila masukkan tarikh yang anda mahu hantar ke syarikat kurier servis. Di sini juga akan diminta untuk pilih lokasi syarikat tempat yang anda ingin hantar. Jika betul dan tepat, sila klik “Add To Cart”
    • Kemudian sila klik “Check Out” dan akhir sekali sila klik “Pay With Credits”
    • Done!!!
    Slip pos barang dari EasyStore yang perlu dilekatkan pada bungkusan parcel yang mahu dihantar
    Slip pos barang dari EasyStore yang perlu dilekatkan pada bungkusan parcel yang mahu dihantar
    • AKHIR SEKALI sila klik print untuk cetak slip pengeposan barang. Slip ini perlu dilekat ditampalkan pada parcel atau kotak. Ianya adalah bagi memudahkan proses untuk track barang dan hantar barang oleh delivery man. Contoh slip yang perlu dilekatkan adalah seperti di atas ini.

    Katakan saya pilih tarikh untuk hantar barang esok di J&T. Esok saya bawa barang (parcel) ke lokasi J&T yang saya pilih dan hanya letak sahaja. Tidak lagi perlu keyin alamat dalam sistem J&T. Ini kerana saya telahpun isi ke semua maklumat ke dalam sistem melalui EasyParcel di rumah saya sendiri. Letak barang dan tinggal sahaja. Pihak J&T akan scan terus barkod pada pelekat slip alamat yang saya tampal pada kotak parcel dan terus siap. Itu sahaja.

    Lekatkan slip alamat EasyParcel pada kotak bungkusan seperti ini
    Lekatkan slip alamat EasyParcel pada kotak bungkusan seperti ini

    Sebenarnya orang yang paling sesuai gunakan sistem Easyparcel ini adalah mereka yang buat bisnes online. Maklumlah mahu hantar parcel yang banyak setiap hari. Mana larat hendak tulis dan isi borang slip penghantaran setiap hari. Dengan adanya platform EasyParcel ini akan memudahkan urusan. Key-in guna komputer, print, lekat sticker dan hantar barang sahaja.

    Baju kot adik ipar saya adalah berharga RM1000 dan ke atas. Dan ianya termasuk sebagai “item” yang mahal. Di dalam sistem Easy Parcel ada ditawarkan sekali dengan insurans untuk perlindungan barangan yang dipos agar dapat kurangkan kos kerugian dari rosak, hilang atau kecurian. Kos insurans agak mahal iaitu RM50. Tetapi saya tidak kisah kerana baki kredit di dalam akaun Easyparcel saya diperolehi dari perkenalkan sistem ini kepada orang lain. Kiranya saya dapat reward ganjaranlah. Menarik bukan? Kalau anda berminat ingin cuba, saya jemput anda daftar melalui link yang telah saya kongsikan di atas tadi. 

    Submit Dokumen Melalui Whatsapp

    • [ Whatsapp ] – mesej saya melalui link Whatsapp ini untuk pertanyaan tentang kereta, pembelian kereta baru dan submit dokumen untuk loan bank.

    Saya adalah ejen yang menjual kereta baru dan juga kereta recond untuk ke semua model yang ada dijual di Malaysia secara online. Kepada anda yang berminat hendak beli kereta “secara online”, sila berikan dokumen kepada saya untuk saya submit kepada pihak bank untuk semak kelayakkan anda untuk mendapatkan loan pinjaman kenderaan dari pihak bank. Saya harap perkongsian saya di atas ini membantu anda di dalam mengetahui teknik bagaimana ingin pos barang cara mudah dan pantas menggunakan sistem EasyParcel. Selamat mencuba. BYE!!!.

    Daftar EasyParcel easyparcel EasyParcel Malaysia Guna EasyParcel Register EasyParcel Sistem EasyParcel
    Share. WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Cara Order Tukar Bateri Kereta Guna Runner

    25/03/2025

    Bayar Zakat Fitrah Guna TnG eWallet

    23/03/2025

    Bank Yang Senang Mudah Lulus Loan Kereta

    19/03/2025

    Cara Kira Loan Kereta Maybank

    18/03/2025

    Cara Check Rekod Sejarah Kereta Terpakai

    17/03/2025

    Cara Jual Kereta Belum Habis Bayar

    11/03/2025
    Leave A Reply Cancel Reply

    Berminat beli kereta baru Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford dan lain lain? Jom submit loan kereta secara online melalui Whatsapp di sini.

    Beli Kereta? Contact Me Now!!!
    • WhatsApp
    • Facebook
    Post Kereta Baru Terkini

    SCAM Beli Kereta Toyota Estima Recond

    18/05/2025

    Jangan Beli Toyota Corolla Cross Total Loss

    14/05/2025

    Jangan Beli Toyota Vellfire Total Loss

    13/05/2025

    Cara Selamat Beli Mercedes Benz GLC 250 Terpakai

    11/05/2025
    © 2025 BeliKeretaBaru. Designed by BeliKeretaBaru.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.

    Ad Blocker Enabled!
    Ad Blocker Enabled!
    Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please support us by disabling your Ad Blocker.