Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru Friday, June 6
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Subscribe
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Beli Kereta Baru
    Home » Honda Civic FK7, FK8 Dan FL5 Recon
    Civic

    Honda Civic FK7, FK8 Dan FL5 Recon

    adminBy admin27/09/2024Updated:21/03/2025No Comments6 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Telegram Email WhatsApp

    Kalau anda perasan, kereta keluaran jenama Honda pasti akan ada model yang dikeluarkan khas sebagai “Type-R”. Jadi apa maksud Type R ini? Type R bermaksud “Racing”. Type R dalam kereta model Honda adalah kenderaan yang dibina khas untuk prestasi tinggi (high performance car). Dengan kata lain, kereta yang ada logo Type R adalah sebuah kereta yang dibina dengan prestasi tinggi dari segi enjin tuning, suspension, chassis body yang kuat dengan strut bar, seat recaro dan lain lain.

    Mula mula sekali, perbezaan paling asas adalah berkenaan logo emblem Type R itu sendiri. Kereta Honda dari siri Type R akan menggunakan logo emblem yang latar belakangnya adalah berwarna merah. Sila lihat gambar di bawah ini. Kalau anda jumpa mana mana kereta model Honda yang menggunakan logo dengan tema warna merah seperti ini, maka fahamlah bahawa kereta ini adalah dari jenis siri Type R. Dan dengan logo ini sahaja memudahkan anda faham akan status kereta tersebut samada ianya model yang biasa atau Type R.

    Gambar logo emblem Honda Type R berlatarkan warna merah
    Gambar logo emblem Honda Type R berlatarkan warna merah

    Beli Kereta Honda Civic Type R Recond

    Ada orang tanya, apa beza antara Honda Civic FK7 dan juga FK8? FK7 dan FK8 adalah dari model kereta yang sama iaitu Honda Civic 10th generation atau orang Malaysia sebut sebagai Civic ketam. Bezanya di mana? Honda Civic yang biasa di sebut sebagai FK7 dan Honda Civic Type R pula disebut sebagai FK8. Jelas? Faham? Jadi kalau anda lihat gambar pertama di atas ini, maka fahamlah kita bahawa kereta ini adalah Honda Civic Type R (FK8). Jelas? Faham? Itu baru cerita pasal logo ya.

    Semalam ada yang tanya tentang kereta Honda Civic Type R (FK8) recond. Dan kebetulan saya cuma ada 2 sahaja kereta FK8 dalam senarai saya yang masih belum dijual. Satu warna hitam dan satu lagi warna putih. Warna hitam adalah gambar pertama di atas ini. Dan Honda Civic FK8 warna putih pula adalah gambar kedua di bawah ini. Memang mengancam habis. Saya secara peribadi sangat tertarik dengan Honda Civic FK8 warna putih ini

    Gambar hadapan tepi kereta Honda Civic Type R FK8 warna putih
    Gambar hadapan tepi kereta Honda Civic Type R FK8 warna putih

    Sehari selepas saya share gambar Honda Civic Type R (FK8) warna putih ini kepada bakal pembeli, keesokkannya kereta ini telah dibooking oleh orang lain. Jadi bakal pembeli yang saya share semalam tidak dapat untuk booking kereta ini jika beliau berminat. First come first serve. Kalau mahu juga warna putih, kena tunggu stok yang baru.

    Mileage rendah kereta Honda Civic Type R FK8
    Mileage rendah kereta Honda Civic Type R FK8

    Harga Honda Civic Type R (FK8) baru yang dijual di Malaysia adalah berharga RM320K untuk tahun 2024 lah. Tetapi kereta Honda Civic Type R (FK8) recond warna putih seperti gambar kedua di atas ini dijual dengan harga RM165K untuk versi tahun 2021. Memang berbaloi sangat sangat. Yang lebih best, Honda FK8 recond warna putih di atas ini hanya mempunyai mileage sebanyak 14KM sahaja! Memang berbaloi sangat sangat. Sebab itulah ianya laris macam pisang goreng panas. Jarak penggunaan kilometer yang tersangat rendah dan lebih murah berkali kali ganda dari harga yang dijual sebagai kereta terpakai di Malaysia.

    Model kereta Honda Civic yang baru adalah dari generasi ke-11 (11th generation). Gambar kereta Honda Civic Type R (FL5) adalah seperti gambar di bawah ini. Harga Honda Civic Type R (FL5) baru yang dijual di Malaysia untuk tahun 2024 ini adalah berharga RM399K. Harga kereta Honda Civic Type R (FL5) recond pula adalah berharga RM310K-RM330K untuk keluaran tahun 2022-2023. Berbaloi? Sangat berbaloi.

    Gambar belakang tepi kereta Honda Civic Type R (FL5) warna putih
    Gambar belakang tepi kereta Honda Civic Type R (FL5) warna putih

    Saya terus kongsikan info yang penting sahaja. Kenapa harga kereta Honda Civic Type R lebih mahal berkali kali berbanding kalau beli kereta Honda Civic untuk model yang biasa? Bukankah saya ceritakan di atas tadi bahawa kereta dengan logo Type R adalah untuk kereta yang high performance? Dengan kata lain kita sedang bercerita tentang “ENJIN” yang berkuasa tinggi. Jadi macam mana hendak tahu bahawa enjin tersebut berkuasa dan berbaloi dengan harga atau tidak? Jom lihat perbandingan di bawah ini.

    Kuasa (HP) & Torque (Nm)

    • Honda Civic FK7 (biasa) – 176HP & 240Nm
    • Honda Civic FK8 (Type R) – 306HP & 400Nm (top speed 272 KM/H)
    • Honda Civic FL5 (Type R)  – 325HP & 420Nm

    Prestasi enjin kenderaan diukur dari nilai horse power (HP) iaitu kuasa kuda dan juga dari nilai torque (Nm). Jadi anda dapat lihat perbezaan sebenar kuasa enjin dari Honda Civic yang biasa dengan Honda Civic jenis Type R. Orang yang ada duit dan sukakan kereta yang berprestasi tinggi memang akan ambil model Type R seperti ini.  Kalau anda beli kereta Honda Civic Type R di Malaysia, silakan. Kalau yang kekurangan bajet, boleh ambil dan beli Honda Civic Type R jenis import terpakai recond dari saya.

    Gambar batch logo Type R di tombol gear kereta Honda Civic FK8
    Gambar batch logo Type R di tombol gear kereta Honda Civic FK8

    Saya tidak boleh meletakkan ke semua gambar luar dalam, interior, exterior, seat, dashboard, enjin bay dan banyak lagi di dalam artikel ini. Nanti penuh dan jadi caca merba pula. Saya hubungi saya, nyatakan kereta yang anda mahukan, saya berikan link akses untuk anda lihat sendiri kereta Honda Civic Type R yang anda mahukan. Ada banyak gambar di dalam link tersebut. Semua gambar dalam bentuk HD clear dan di ambil di Malaysia. Siap ada auction report untuk anda lihat sendiri spesifikasi dan condition keadaan kereta tersebut.

    Submit Dokumen Melalui Whatsapp

    • [ Whatsapp ] – mesej saya melalui link Whatsapp ini untuk pertanyaan tentang kereta import terpakai, pembelian kereta recond dan submit dokumen untuk loan bank termasuk detail info anda selaku buyer.
    • [ SCRUT ] – Semak status kondisi kereta samada pernah kemalangan, bekas kereta banjir, pernah claim apa apa insurans dengan mudah di sini sebelum anda beli kereta terpakai

    Kenapa kena beli kereta recond Honda Civic Type R dari kami? Saya adalah ejen yang menjual kereta import terpakai Jepun yang terpercaya di Malaysia. Kereta yang anda mahu lihat, anda boleh semak nombor chasis, anda boleh test drive, anda boleh buat inspection sendiri, boleh buat loan dengan bank, ada jaminan warranty 5 tahun dan lain lain. Jujur cakap apa yang kedai kami tawarkan adalah untuk berikan keyakinan kepada anda bahawa kedai kami tidak menipu condition dan grade kereta. Berminat? Hubungi saya melalui link Whatsapp di atas ini. BYE!!!.

    Honda Civic Type R Honda Civic Type R FK7 Honda Civic Type R FK8 Honda Civic Type R FL5 Honda Civic Type R Import Terpakai Honda Civic Type R Malaysia Honda Civic Type R Recon Honda Civic Type R Recond
    Share. WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    SCAM Beli Kereta Toyota Estima Recond

    18/05/2025

    Scam Kereta Import Honda HR-V Port Klang

    15/04/2025

    Beli Kereta Honda Jade Direct Owner Success Story

    21/03/2025

    Scam Kereta Recond Ambil Di Port Pelabuhan

    12/12/2024

    Promosi Hujung Tahun Kereta Baru Honda

    17/11/2024

    Beli Kereta Recond Di Negeri Pantai Timur

    13/11/2024
    Leave A Reply Cancel Reply

    Berminat beli kereta baru Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford dan lain lain? Jom submit loan kereta secara online melalui Whatsapp di sini.

    Beli Kereta? Contact Me Now!!!
    • WhatsApp
    • Facebook
    Post Kereta Baru Terkini

    Buat Duit Online Dengan YouTube Shopping Shopee

    05/06/2025

    Submit Loan Bank Melalui Saya Untuk Semak Kelayakan

    22/05/2025

    Tukar Engine Mounting Untuk Kurangkan Enjin Bergegar

    22/05/2025

    Beli Kereta Mazda 2 Direct Owner Success Story

    20/05/2025
    © 2025 BeliKeretaBaru. Designed by BeliKeretaBaru.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.

    Ad Blocker Enabled!
    Ad Blocker Enabled!
    Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please support us by disabling your Ad Blocker.