Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru Saturday, June 14
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Subscribe
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Beli Kereta Baru
    Home » Cara Isi Angin Tayar Kereta Dengan Tekanan Yang Betul
    Panduan

    Cara Isi Angin Tayar Kereta Dengan Tekanan Yang Betul

    adminBy admin14/09/2024No Comments4 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Telegram Email WhatsApp

    Dulu dulu masa masih baru gunakan kereta memang tidak tahu cara yang betul untuk isi angin tayar kereta. Bukan tidak pandai hendak pam tayar kereta. Tetapi tidak tahu secara tepat apakah tekanan tayar yang sesuai dan betul untuk kereta kita. Masa zaman guna motor, kita pam tayar janji ada ingin masuk dan tayar tidak kempis. Itu sahaja. Tetapi kereta tidak boleh buat begitu. Ada 4 tayar dan kalau tekanan tidak sama atau tidak cukup, pengalaman pemanduan akan menjadi tidak seronok.

    Ada 2 perkara yang saya perasan berdasarkan pemerhatian saya kalau tayar tidak cukup angin. Yang pertama adalah pengalaman pemanduan akan terasa berat iaitu kereta terasa payah untuk memusingkan stereng. Dan yang kedua adalah bunga tayar kereta akan cepat haus secara tidak sekata yang akhirnya akan membuatkan tayar kereta cepat untuk ditukar ganti kepada tayar yang baru. Jangan ketawa, kadang kita terpaksa tukar tayar baru hanya kerana sebab yang simple macam ini.

    Mesin pam angin di stesen minyak Petronas
    Mesin pam angin di stesen minyak Petronas

    Panduan Pam Angin Tayar Kenderaan

    Jadi macam mana hendak tahu berapakah tekanan angin tayar yang sesuai, tepat dan betul untuk kereta anda? Untuk maklumat anda, setiap kereta tidak sama jenis tekanan tayar yang diperlukan. Sebab apa tidak sama? Sebab reka bentuk, berat kereta, jenis tayar, saiz tayar dan bermacam macam faktor lagi. Cumanya, secara ringkas, anda kena tahu 3 perkara terlebih dahulu iaitu;

    Check info tekanan angin tayar kPa (PSI) di pintu kereta
    Check info tekanan angin tayar kPa (PSI) di pintu kereta

    Check Spesifikasi Tekanan Tayar Kenderaan

    • Tekanan Angin Tayar Depan : 
    • Tekanan Angin Tayar Belakang : 
    • Load Index : Ini adalah index beban

    Gambar pertama di atas adalah gambar label tekanan tayar (tire pressure) dalam nilai kPa(PSI) untuk kereta Proton Preve saya sebagai contoh sebenar. Maklumat ini saya ambil pada sebelah pintu kereta saya. Dari maklumat ini saya tahu apakah spesifikasi sebenar yang betul untuk kereta saya yang disyorkan oleh pengeluar kereta iaitu dalam hal ini adalah Proton. Dengan kata lain, anda tidak boleh tanya orang lain berapakah tekanan yang betul dan tepat untuk kereta anda. Setiap kereta adalah berbeza. Jelas? Faham?

    Cara Isi Angin Tayar Kereta

    • Pergi ke stesen minyak yang ada pam angin seperti Petronas, Shell, BHP, Caltex, Petron dan lain lain
    • Tetapkan setting bacaan tekanan angin tayar seperti yang disyorkan (gambar pertama)
    • Angkat nozel pam angin
    • Isi angin tayar kereta anda sehingga mesin pam angin berbunyi “pip… pip…”
    • Siap

    Kalau anda masih tidak tahu cara untuk pam angin tayar kereta anda yang betul, tonton sahaja video di atas ini. Harap anda jelas dan faham ya.

    Semak tekanan angin tayar kereta anda terus pada tayar kenderaan anda
    Semak tekanan angin tayar kereta anda terus pada tayar kenderaan anda

    TETAPI, spesifikasi tekanan angin yang disyorkan adalah untuk jenis tayar asal yang pihak pengeluar kenderaan tetapkan. Contoh, kalau dulu saya gunakan tayar bersaiz 14 inch. Tetapi selepas saya tukar sport  rim kereta, tayar kereta saya yang sekarang adalah bersaiz 16 inci. Dalam hal ini, anda kena semak sahaja cadangan tekanan tayar yang disyorkan pada tayar tersebut. Dia tulis maksimum (MAX) sekian dan sekian. Jadi anda isi angin tayar kereta anda jangan melebihi saranan yang dicadangkan. Ini adalah cara yang selamat. Jelas? Faham?

    Hubungi Ejen Kereta Online

    • [ Whatsapp ] – Saya adalah ejen yang menjual kereta baru, kereta recond, penyedia insurans roadtax kereta, insurans kesihatan/kemalangan dan lain lain berkaitan kenderaan di seluruh Malaysia. Kepada yang berminat, boleh hubungi saya dan submit dokumen yang diperlukan secara online melalui link Whatsapp ini ya.

    Sebenarnya ada yang lebih terperinci lagi tentang cara isi tekanan angin yang betul untuk kenderaan anda. Contohnya anda kena tahu kaitan antara index beban dengan tekanan tayar kereta anda. Cumanya saya tidak bercadang untuk berkongsikan dengan anda kerana saya tahu majoriti dari kita tidak mahu ambil tahu atau cuba faham tentang perkara ini. Semua mahu yang mudah faham sahaja. Jadi apa yang saya kongsikan di atas ini adalah yang sesuai dengan pembacaan bagi kebanyakkan pengguna kereta. BYE!!!.

    Angin Tayar Kereta Isi Angin Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta
    Share. WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Cara Order Tukar Bateri Kereta Guna Runner

    25/03/2025

    Bayar Zakat Fitrah Guna TnG eWallet

    23/03/2025

    Bank Yang Senang Mudah Lulus Loan Kereta

    19/03/2025

    Cara Kira Loan Kereta Maybank

    18/03/2025

    Cara Check Rekod Sejarah Kereta Terpakai

    17/03/2025

    Cara Jual Kereta Belum Habis Bayar

    11/03/2025
    Leave A Reply Cancel Reply

    Berminat beli kereta baru Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford dan lain lain? Jom submit loan kereta secara online melalui Whatsapp di sini.

    Beli Kereta? Contact Me Now!!!
    • WhatsApp
    • Facebook
    Post Kereta Baru Terkini

    Buat Duit Online Dengan YouTube Shopping Shopee

    05/06/2025

    Submit Loan Bank Melalui Saya Untuk Semak Kelayakan

    22/05/2025

    Tukar Engine Mounting Untuk Kurangkan Enjin Bergegar

    22/05/2025

    Beli Kereta Mazda 2 Direct Owner Success Story

    20/05/2025
    © 2025 BeliKeretaBaru. Designed by BeliKeretaBaru.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.

    Ad Blocker Enabled!
    Ad Blocker Enabled!
    Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please support us by disabling your Ad Blocker.