Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Produk Kereta

    Beli Tayar Sportrim Kereta

    adminBy admin07/08/2024Updated:06/09/2024No Comments4 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Saya adalah pengguna Proton Preve terpakai. Dan inilah kereta sedan besar yang saya mampu beli dan pakai ketika itu. Biasalah, bila dapat kereta baru dan kita suka dengan kereta berkenaan, maka banyaklah angan angan untuk buat itu ini kepada kereta yang baru kita beli. Antaranya mahu pasang rim sukan iaitu sport rim. Dan ketika saya survey survey mencari tayar sportrim kereta yang cantik, saya terus melekat dan suka dengan rim tayar dari brand model WedsSport TC105N. Saya terus beli dengan harga RM1500 BARU!!!.

    Dan baru baru ini saya melakukan servis kereta dan saya sempat untuk servis tayar sekali. Hasilnya, sport rim tayar gelong iaitu tidak sekata ketika berputar. Hasilnya bunga tayar akan cepat haus pada bahagian dalam atau luar. Di cadangkan kepada saya untuk tukar tayar. Tetapi adalah lebih baik kalau saya tukar tayar sportrim kereta terus sekaligus. Saya kini sedang menggunakan sport rim 16 inci dan mekanik mencadangkan agar saya tukar dan gunakan sport rim 17 inci. Dan ya, Proton Preve boleh menggunakan sportrim 17 inci tanpa masalah.

    Kereta dengan tayar sport rim dari brand jenama model WedsSport TC105N
    Kereta dengan tayar sport rim dari brand jenama model WedsSport TC105N

    Saya tidak pasti samada kedai bengkel kereta tersebut menipu atau mahu upsell barang di kedai beliau. Cumanya dari kata kata beliau adalah, sport rim 14, 15 dan 17 inci adalah yang paling tamai orang cari dan beli. Mudah cerita, adalah sedikit sukar untuk jual sportrim bersaiz 16 inci. Sebab itulah dicadangkan pemilik kereta untuk beli terus rim sukan bersaiz 17 inch. Malah kata beliau, harga sportrim kereta bersaiz 17 inci tidaklah jauh beza dengan sportrim kereta bersaiz 16 inci. Kalau harga lebih kurang sama, lebih baik angkat 17 inci. Itu kata beliau lah.

    Kedai jual tayar sport rim kereta Pulau Pinang
    Kedai jual tayar sport rim kereta Pulau Pinang
    tayar sportrim kereta WedsSport TC150X
    tayar sportrim kereta WedsSport TC150X

    Dan beliau terus mengatakan yang ada tayar sportrim kereta bersazi 17 inci yang dijual secara murah (offer). Harga sportrim kereta berharga RM2000 dijual dengan harga cuma RM1000 dan ianya adalah baru. Tetapi saya tidak terpengaruh sebab design reka bentuk yang kurang menarik bagi pandangan mata saya. Saya katakan kepada tauke kedai, saya mahu tayar sportrim kereta 17 inci tetapi dengan design rim WedsSport TC105N. Beliau kata “tak dapat”!!!. Sebab rekaan TC105N cantik dan tidak mungkin dijual dengan harga offer murah. Hahaha, jadi maknanya mereka mahu jual murah sebab tak laku lah tu. Kita kena jadi pengguna bijak melainkan anda memang sukakan rekaan rim tersebut.

    Berapa harga sepasang sport rim kereta? Bila sebut sepasang ianya adalah 4 biji tayar sportrim kereta sekaligus. Saiz sport rim dari 14 inci, 15 inci, 16 inci, 17 inci dan sebagainya. Kereta Proton Preve hanya boleh support dan gunakan tayar sport rim kereta yang paling besar adalah bersaiz 17 inch.

    Berapa harga untuk trade in tayar sportrim kereta? Tayar sport rim kereta saya iaitu dari model WedsSport TC105N hanya akan diambil dengan harga RM500 sahaja. Saya berminat dengan WedsSport TC105X yang berharga RM1600. Kalau saya trade in, saya kena tambah lagi (RM1600 – RM500) = RM1100.

    Ada pro dan con kalau beli sportrim kereta yang berbeza saiz. Pertambahan berat tayar kereta. Sedikit kuat makan minyak petrol, harga tayar baru yang lebih mahal. Kalau anda ada bajet semua ini, maka dipersilakan untuk beli dan gantikan dengan sportrim yang baru.

    Harga sport rim kereta
    Harga sport rim kereta

    Beli Sport Rim Tayar Kereta

    • [ Shopee ] – Cari dan beli tayar sportrim kereta secara online

    Ya, ada sahaja orang beli tayar sportrim kereta secara online. Yang penting kena lihat review feedback pengguna samada mereka berpuas hati atau tidak dengan sport rim yang telah dibeli. Untuk saya, kalau hendak lebih puas hati, saya akan cari dan beli di kedai sahaja. Boleh tengok, pegang dan nampak depan mata. Terpulang. Akhir sekali nasihat saya, sila jangan tertipu dengan beli sport rim kereta yang terlalu murah. Takut mudah patah dan bahayakan keselamatan anda ketika memandu. BYE!!!.

    Beli Sport Rim Kereta Beli Sportrim Kereta Sport Rim WedsSport TC150N Sport Rim WedsSport TC150X Sportrim WedsSport TC150N Sportrim WedsSport TC150X WedsSport TC150N WedsSport TC150X
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Getah cermin tingkap naik turun tercabut tertanggal

    Tukar Getah Tingkap Cermin Kereta

    09/07/2025
    Harga Perodua Myvi power window switch button

    Beli Alat Ganti Kereta Mudah Secara Online

    15/06/2025
    Engine mounting kereta Proton Ertiga untuk kurangkan gegaran

    Tukar Engine Mounting Untuk Kurangkan Enjin Bergegar

    22/05/2025
    Halaman pembelian dan borang isi maklumat pembelian guna sistem OnPay

    Cara Buat Bisnes Online Jual Produk Kereta Dengan Onpay

    06/05/2025
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2026 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.