Dulu dulu masa masih baru gunakan kereta memang tidak tahu cara yang betul untuk isi angin tayar kereta. Bukan tidak pandai hendak pam tayar kereta. Tetapi tidak tahu secara tepat apakah tekanan tayar yang sesuai dan betul untuk kereta kita. Masa zaman guna motor, kita pam tayar janji ada ingin masuk dan tayar tidak kempis. Itu sahaja. Tetapi kereta tidak boleh buat begitu. Ada 4 tayar dan kalau tekanan tidak sama atau tidak cukup, pengalaman pemanduan akan menjadi tidak seronok.
Ada 2 perkara yang saya perasan berdasarkan pemerhatian saya kalau tayar tidak cukup angin. Yang pertama adalah pengalaman pemanduan akan terasa berat iaitu kereta terasa payah untuk memusingkan stereng. Dan yang kedua adalah bunga tayar kereta akan cepat haus secara tidak sekata yang akhirnya akan membuatkan tayar kereta cepat untuk ditukar ganti kepada tayar yang baru. Jangan ketawa, kadang kita terpaksa tukar tayar baru hanya kerana sebab yang simple macam ini.
Panduan Pam Angin Tayar Kenderaan
Jadi macam mana hendak tahu berapakah tekanan angin tayar yang sesuai, tepat dan betul untuk kereta anda? Untuk maklumat anda, setiap kereta tidak sama jenis tekanan tayar yang diperlukan. Sebab apa tidak sama? Sebab reka bentuk, berat kereta, jenis tayar, saiz tayar dan bermacam macam faktor lagi. Cumanya, secara ringkas, anda kena tahu 3 perkara terlebih dahulu iaitu;
Check Spesifikasi Tekanan Tayar Kenderaan
- Tekanan Angin Tayar Depan :
- Tekanan Angin Tayar Belakang :
- Load Index : Ini adalah index beban
Gambar pertama di atas adalah gambar label tekanan tayar (tire pressure) dalam nilai kPa(PSI) untuk kereta Proton Preve saya sebagai contoh sebenar. Maklumat ini saya ambil pada sebelah pintu kereta saya. Dari maklumat ini saya tahu apakah spesifikasi sebenar yang betul untuk kereta saya yang disyorkan oleh pengeluar kereta iaitu dalam hal ini adalah Proton. Dengan kata lain, anda tidak boleh tanya orang lain berapakah tekanan yang betul dan tepat untuk kereta anda. Setiap kereta adalah berbeza. Jelas? Faham?
Cara Isi Angin Tayar Kereta
- Pergi ke stesen minyak yang ada pam angin seperti Petronas, Shell, BHP, Caltex, Petron dan lain lain
- Tetapkan setting bacaan tekanan angin tayar seperti yang disyorkan (gambar pertama)
- Angkat nozel pam angin
- Isi angin tayar kereta anda sehingga mesin pam angin berbunyi “pip… pip…”
- Siap
Kalau anda masih tidak tahu cara untuk pam angin tayar kereta anda yang betul, tonton sahaja video di atas ini. Harap anda jelas dan faham ya.
TETAPI, spesifikasi tekanan angin yang disyorkan adalah untuk jenis tayar asal yang pihak pengeluar kenderaan tetapkan. Contoh, kalau dulu saya gunakan tayar bersaiz 14 inch. Tetapi selepas saya tukar sport rim kereta, tayar kereta saya yang sekarang adalah bersaiz 16 inci. Dalam hal ini, anda kena semak sahaja cadangan tekanan tayar yang disyorkan pada tayar tersebut. Dia tulis maksimum (MAX) sekian dan sekian. Jadi anda isi angin tayar kereta anda jangan melebihi saranan yang dicadangkan. Ini adalah cara yang selamat. Jelas? Faham?
Hubungi Ejen Kereta Online
- [ Whatsapp ] – Saya adalah ejen yang menjual kereta baru, kereta recond, penyedia insurans roadtax kereta, insurans kesihatan/kemalangan dan lain lain berkaitan kenderaan di seluruh Malaysia. Kepada yang berminat, boleh hubungi saya dan submit dokumen yang diperlukan secara online melalui link Whatsapp ini ya.
Sebenarnya ada yang lebih terperinci lagi tentang cara isi tekanan angin yang betul untuk kenderaan anda. Contohnya anda kena tahu kaitan antara index beban dengan tekanan tayar kereta anda. Cumanya saya tidak bercadang untuk berkongsikan dengan anda kerana saya tahu majoriti dari kita tidak mahu ambil tahu atau cuba faham tentang perkara ini. Semua mahu yang mudah faham sahaja. Jadi apa yang saya kongsikan di atas ini adalah yang sesuai dengan pembacaan bagi kebanyakkan pengguna kereta. BYE!!!.