Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Home » Jaminan Warranty Untuk Kereta Terpakai Di Malaysia
    Info

    Jaminan Warranty Untuk Kereta Terpakai Di Malaysia

    adminBy admin04/07/2024Updated:21/03/2025No Comments4 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Saya baru sahaja menulis dan berkongsikan tentang jaminan waranti dari warranty kereta Import terpakai yang memfokuskan untuk kenderaan import terpakai. Dan ketika itu saya baru sedar rupanya ada servis perkhidmatan yang menawarkan jaminan warranty untuk kereta terpakai (second hand car) di Malaysia. Jujur saya memang tidak pernah tahu tentang perkara ini. Dan saya merasakan benda ini adalah tersangat sangat penting kepada pemilik yang sudah memiliki atau baru hendak beli kereta second hand. Kenapa?

    Saya pernah membeli kereta terpakai dari Proton Preve yang dibuat pada tahun 2023. Dengan kata lain umur kereta ini sudah berumur 11 tahun kalau diukur pada tahun ini iaitu 2024. Dan kalau saya masuk ke group Facebook berkenaan isu yang berkaitan dengan kereta Preve ini, saya dapati kos untuk membaiki kotak gearbox Proton Preve adalah tersangat mahal. Semuanya berharga minima RM7K. Itu baru gearbox jenis recond dan bukan baru. Kalau beli baru confirm atas RM10K. Itulah kebimbangan saya saat ini.

    Jaminan perlindungan kereta terpakai dari Ezcare Warranty
    Jaminan perlindungan kereta terpakai dari Ezcare Warranty

    Ezcare Warranty – Pelan Waranti Jaminan Perlindungan Kerosakan Untuk Kereta Terpakai

    Dan ini adalah kes dari kisah sebenar. Isteri saya pemilik kepada Perodua Myvi 1st edition. Dan kebetulan beberapa bulan lepas gearbox kereta Myvi saya rosak dan perlu overhaul. Kos untuk baiki kotak gear kereta Myvi adalah RM3K. Siap repair dan tukar sana sini habis dalam RM4K kalau tidak silap saya. Dan ketika saya menulis berkenaan Ezcare Warranty ini membuatkan saya terfikir alangkah bagusnya jika saya dan isteri tahu dan ada melanggan pelan dan pakej waranti untuk kereta terpakai seperti ini. 

    Cubalah baca banyak kisah pemilik kereta terpakai yang menghadapi kerosakkan. Jujur cakap, beli kereta terpakai orang tidak kisah sangat pun rosak sana sini. Biasanya benda yang bersifat “wear & tear” memang akan rosak dan perlu diganti bila sudah sampai masa untuk tukar. Itu adalah kos penjagaan maintanence yang biasa. Tetapi pemilik kereta terpakai akan bimbang kalau kalau kereta yang telah dibeli tiba tiba rosak pada bahagian enjin atau kotak gearbox. Memang boleh habis duit dibuatnya.

    Biasanya kalau kita beli kereta terpakai, jaminan waranti hanya 3 atau 6 bulan sahaja. Kalau ada lebih pun mungkin 1 tahun. Kita bercakap tentang anda beli kereta terpakai di kedai used car ya. Selepas beli kereta saya pasti majoriti dari anda tidak ada salinan jaminan waranti pun. Hanya cakap cakap mulut sahaja. Jadi kalau betul berlaku kerosakkan selepas anda memiliki kereta tersebut, anda pasti tidak tahu cara untuk buat tuntutan claim sebab salinan warranty memang tidak ada pun. Jadi macam mana hendak buat?

    Senarai coverage item kerosakkan yang anda boleh claim dari Ezcare Warranty
    Senarai coverage item kerosakkan yang anda boleh claim dari Ezcare Warranty

    Nasihat saya, sila langgan dan dapatkan JAMINAN LANJUTAN iaitu waranti yang menawarkan perlindungan jenis after market iaitu selepas pembelian dilakukan. Contohnya macam ini. Selepas anda membeli kereta terpakai Perodua Myvi misalnya. Anda terus menghubungi pihak Ezcare Warranty untuk membeli perlindungan bagi kereta terpakai (used vehicle). Jom saya kongsikan cara caranya di bawah ini.

    Cara Langgan Jaminan Waranti Dari Ezcare Warranty

    • [ Ezcare ] – Ini adalah website rasmi Ezcare Warranty
    • Contack Information;
      • Email – info@ezcare-warranty.com
      • Hotline – 1 300 88 8287
      • Whatsapp – +60132880177
      • Pertanyaan Umum – 03-8922-0571
    • Business Hours;
      • Monday – Friday 9.00 am – 5.30 pm
      • Saturday – 9.00 am – 2.30 pm
      • Sunday & Public Holiday- Closed
    • Sila hubungi pihak Ezcare tentang keinginan anda untuk melanggan pakej perlindungan waranti untuk kereta terpakai
    • Mereka akan minta info dari anda seperti;
      • Nama
      • Model Kereta
      • Plate No
      • Tahun Dibuat
      • Tahun Didaftarkan
      • Lokasi
    • Ke semua info di atas ini perlu diberikan dan barulah pihak Ezcare boleh menentukan jumlah bayaran premium perlindungan yang patut anda bayar

    Bukan semua orang beli kereta baru. Dan ramai juga yang beli kereta terpakai. Saya pernah beli kereta baru dan juga terpakai. Cuma saya sendiri baru tahu berkenaan pakej perlindungan untuk kenderaan seperti ini. Saya sempat bertanya kepada beberapa rakan dan mereka juga tidak tahu berkenaan isu ini. Dengan kata lain, penulisan dan perkongsian ini adalah lebih kepada memberikan sedikit pencerahan tentang adanya pelan pakej waranti untuk kereta terpakai yang murah dan mampu milik kepada pemilik kereta used car. Berminat?

    Submit Dokumen Melalui Whatsapp

    • [ Whatsapp ] – mesej saya melalui link Whatsapp ini untuk pertanyaan tentang kereta, pembelian kereta dan submit dokumen untuk loan bank termasuk detail info anda selaku buyer.
    • [ Scrut ] – Semak status kondisi kereta terpakai secara online. Jangan lagi kena tipu dengan seller kedai kereta used car.

    Akhir sekali. Jika anda sedang mencari kereta terpakai untuk dibeli atau sudah pun menggunakan kereta secondhand, anda boleh dapatkan jaminan perlindungan kerosakkan kenderaan dari Ezcare kalau berminat. Owh sebelum saya terlupa, salah satu syarat untuk membeli pakej jaminan kerosakkan kereta terpakai dari Ezcare ini adalah kereta anda mestilah berumur tidak kurang dari 9 tahun iaitu kereta yang diperbuat pada tahun 2015 dan ke atas sahaja. Selamat membeli kereta terpakai dan langgan Ezcare Warranty sekarang juga. BYE!!!.

    Ezcare Warranty Jaminan EZ Care Warranty Jaminan Ezcare Warranty Warranty Kereta Second Hand Warranty Kereta Terpakai
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Semak akaun bank dan nombor telefon penipu scammer secara online di SemakMule

    Cara Semak Maklumat Berkenaan Scammer Online

    27/08/2025
    Duit hasil jual kereta menggunakan invoice kedai used car akan disburse ke kedai used car terlebih dahulu

    Duit Hasil Jual Kereta Kepada Direct Buyer Melalui Kedai Used Car

    20/08/2025
    Semak rekod claim insurans kenderaan di SCRUT

    Semak Status Kereta Terpakai

    17/07/2025
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Berminat beli kereta baru Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford dan lain lain? Jom submit loan kereta secara online melalui Whatsapp di sini.

    Beli Kereta? Contact Me Now!!!
    • WhatsApp
    • Facebook
    Post Kereta Baru Terkini
    Income dari kempen YouTube affiliate Shopee Shopping untuk bulan ogos 2025

    Komisen Affiliate YouTube Shopee August 2025

    01/10/2025
    Kereta saya sangkut kena tarik keluar guna lori tunda towing

    Guna Khidmat Towing Tunda Tarik Kereta Penang

    30/09/2025

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Bonus Reward Untuk Program Affiliate YouTube Shopping July 2025

    Komisen Affiliate YouTube Shopee July 2025

    01/09/2025
    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2025 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.