Semalam seseorang yang saya telah follow lama di Facebook ada membuat posting berkenaan “Honeygain”. Dan kenapa saya ikuti beliau di Facebook? Kerana beliau rajin untuk berkongsikan tentang program buat duit online yang menarik. Dan dalam masa yang sama, beliau berkongsikan berapa pendapatan yang beliau dapat dan jana ketika awal awal baru menyertai Honeygain. Dan untuk info anda, saya adalah salah seorang yang sebelum ini rajin buat duit secara online dan ini adalah program buat duit yang agak berbeza dari apa yang saya pernah buat. Menarik!!! Kenapa?
Majoriti dari kita di Malaysia adalah pengguna smartphone. Dan majoriti dari kita ada melanggan pakej internet. Tidak kisahlah samada mobile internet pada handphone anda atau wifi internet di rumah. Tetapi ramai juga di antara kita yang mempunyai jumlah quota data internet yang besar. Dan ramai juga di antara kita yang mungkin tidak menggunakan data internet dengan banyak setiap bulan. Hasilnya, data internet yang tidak habis hanya terbazir begitu sahaja setiap bulan.
Buat Duit Online Dengan Share Data Internet
Apa itu Honeygain? Honeygain adalah aplikasi yang membenarnya anda untuk menjana pendapatan secara pasif (passive income) dari bandwith data internet yang tidak digunakan. Apa yang perlu anda lakukan adalah, dengan memuat turun (download) aplikasi Honeygain pada smartphone dan biarkan ianya berjalan (running) secara background. Anda boleh setting hendak share berapa quota data sebulan. Terpulang. Dari data yang anda share itulah anda akan dapat duit dalam USD dollar ya!!!
Maaf saya tidak pandai berkenaan hal teknikal lagi lagi dalam bidang kuota data internet. Saya bukan pakar. Tapi saya hendak cerita satu kisah pengalaman peribadi yang sebenar yang mungkin saya boleh kaitkan dengan apa yang pihak Honeygain ini lakukan. Berikan pendapat anda. Boleh jadi betul dan boleh jadi tidak. Anda sendiri tentukan.
Dulu saya pernah menyertai satu program telco MNVO. Dan di dalam syarikat tersebut ada seorang individu penting iaitu CEO syarikat itu sendiri. Beliau berpengalaman lebih 10 tahun dalam bidang telekomunikasi. Atas pengalaman tersebut itulah beliau ceritakan satu fakta yang orang luar tidak tahu. Saya pun baru tahu ketika saya menyertai sesi penerangan akan program telco yang mereka ingin perkenalkan di pasaran nanti. Dan info tersebut di share kepada kami supaya kami faham kenapa ianya dibuat begitu.
Begini ceritanya. Ada orang langgan telco A dengan bayaran RM35 sebulan. Beliau dapat unlimited data internet dengan speed kena capped iaitu kelajuan ada had ditetapkan. Ada orang langgan telco A juga dengan bayaran RM120 sebulan dan dapat unlimited high speed internet. Soalan CEO itu adalah, apa beza kedua dua pelan internet tersebut. Kedua dua dapat unlimited data. Ada orang cakap yang gunakan plan mahal sebab mahukan high speed internet. CEO balas semula dengan mengatakan, apa beza pengalaman melayari internet antara pakej murah dengan yang mahal? Sama sahaja!!!
Anda tonton Youtube, Netflix dan sebagainya, kelajuan 3Mbps, 6Mbps yang dianggap sebagai had kelajuan yang dihadkan sebenarnya sudah memadai. Hendak terlalu laju pun, bukan semua orang tonton video dalam bentuk 4K. Dan bukan semua video pula ada ditawarkan dalam bentuk 4K. Anda nampak apa yang saya ingin sampaikan? Bukan semua orang peduli samada internet mereka ada kuota data besar atau tidak. Yang mereka mahu adalah pengalaman melayari internet adalah lancar.
Ketika syarikat telco A menawarkan pelan murah dan mahal. Ada sangat banyak pengguna yang tidak habis guna pun kuota data internet setiap bulan. Dan adakah data internet yang tidak digunakan (unused data) ini akan burn begitu sahaja? Jawapannya tidak. Data yang tidak habis digunakan ini akan syarikat gunakan untuk diberikan kepada ahli lain contohnya kepada pengguna yang kehabiskan data internet iaitu data untuk basic internet. Atau dipakej dan dijual kembali dalam pelan sedia ada. Alah, bukan semua telco anda boleh carry forward kuota data.
Masih tidak faham? Saya analogikan begini. Kedai makan jual ayam goreng. Dan ayam goreng yang tidak habis dijual digunakan semula keesokkan harinya tetapi dimasak lain pula seperti ayam goreng kicap dan sebagainya. Begitulah. Rupa rupanya kuota data internet yang tidak digunakan boleh ditransfer, dijual dan digunakan oleh orang lain. Saya pasti anda pun baru tahu bukan?
Jadi syarikat Honeygain ini adalah membeli kuota data internet kita yang kita tidak mahu gunakan. Kalau quota data internet anda setiap bulan adalah timggi dan terbazir begitu sahaja tanpa boleh carry forward, maka adalah lebih baik anda share sahaja data internet anda dengan Honeygain. Paling tidak dapat juga duit dari bazir begitu sahaja.
Daftar Honeygain
- [ Honeygain ] – sila register dan buka akaun Honeygain di sini
- Prosesnya mudah sahaja. Daftar dahulu melalui link di atas. Kemudian muat turun aplikasi, install dan baru login.
- Done!!!
Ini adalah salah satu kaedah cara untuk jual data internet anda. Adakah berbaloi untuk jual data internet melalui Honeygain? Jawapannya adalah ya. Selepas ini saya perlu langgan pakej telco dengan kuota data internet yang besar. Selepas itu saya share melalui Honeygain. Dapat income pun dalam USD dollar ya. Kalau convert ke dalam matawang ringgit Malaysia memang berbaloi sangat sangat. Ini adalah artikel perkongsian asas berkenaan Honeygain. Saya akan kongsikan berkenaan jumlah income yang saya dapat selepas sebulan bersama Honeygain di lain artikel. Menarik? Berminat? Sila daftar melalui link di atas ini ya. BYE!!!.