Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Home ยป Cara Jual Kereta Yang Masih Ada Hutang Loan Bank
    Info

    Cara Jual Kereta Yang Masih Ada Hutang Loan Bank

    adminBy admin13/12/2024Updated:09/09/2025No Comments5 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Setiap orang yang mahu beli kereta pasti ada bermacam macam sebab. Dan orang yang mahu jual kereta pun pasti ada beberapa sebab. Dan antara isu yang menjadi polemik kepada pemilik kenderaan adalah mahu atau terpaksa jual kereta yang masih ada hutang loan bank iaitu baki pinjaman yang masih tinggi. Jadi bagaimana untuk selesaikan masalah ini kalau pemilik memang terpaksa jual kereta. Samada masalah disebabkan untuk kurangkan bebanan hutang atau untuk tujuan trade in kereta.

    Baru baru ini saya telah ditanya oleh seseorang individu yang mahu menjual kereta milik beliau. Kereta masih ada hutang loan bank yang agak tinggi iaitu sebanyak RM64K. Maklumlah kereta baru sahaja dibeli dan beliau terpaksa jual untuk kurangkan komitmen dan dalam masa yang sama sudah ada bakal pembeli iaitu buyer. Dalam kes seperti ini biasanya saya meminta individu ini untuk menghubungi kedai used car yang saya telah deal untuk urusan beli kereta direct owner yang berkaitan dengan apply loan bank untuk buyer kereta tersebut.

    Jual kereta yang masih ada hutang loan kereta dengan bank
    Jual kereta yang masih ada hutang loan kereta dengan bank

    Cara Mudah Jual Kereta Yang Masih Ada Baki Pinjaman

    Apa yang terjadi? Urusan tersebut GAGAL!!!. Kenapa? Kedai used car yang saya recommend tidak dapat membantu kerana faktor baki pinjaman loan bank kereta yang masih tinggi iaitu sebanyak RM64K lagi. Kalau bakal pembeli kereta mahu beli kereta dengan harga RM50K, maknanya baki hutang loan bank masih ada lagi sebanyak RM14K. Dan dalam masa yang sama pemilik kereta tidak ada duit untuk selesaikan hutang tersebut secara settlement. Pemilik kereta wajib kena topup dan bayar baki hutang untuk tutup hutang lama dan barulah kereta boleh dijual semula dan membuka pinjaman kenderaan yang baru kepada pembeli baru.

    Anda sebenarnya BOLEH menjual kereta yang masih belum habis bayar iaitu masih ada baki ansuran pinjaman loan kereta. Tetapi ada beberapa syarat dan keadaan lah. Jom saya kongsikan beberapa tips dan teknik kepada anda yang mahu jual kereta sendiri yang masih ada hutang loan kereta dengan bank.

    Jual Kereta Secara Cash

    Sila dapatkan pembeli (buyer) yang boleh membeli kereta anda secara tunai iaitu cash. Ini adalah paling mudah. Dengan cara ini, ianya akan kurang bergantung kepada pihak bank. Jika kereta anda masih ada baki pinjaman bank sebanyak RM50K lagi dan anda berjaya jual kepada pembeli kereta anda dengan harga RM40K, maka anda kena topup baki hutang bank sebanyak RM10K untuk terus tutup hutang baki ansuran kereta dengan bank. Proses ini lebih mudah kerana boleh terus lakukan pemeriksaan puspakom dan tukar nama di JPJ untuk selesaikan proses penjualan kereta.

    Pembeli Mahu Buat Loan Bank

    Pembeli yang ingin beli kereta menggunakan loan bank perlulah memastikan kereta yang ingin dibeli itu adalah kereta yang telah habis bayar atau tiada hutang pinjaman dengan pihak bank. Kereta akan mudah dijual dengan mudah jika permohonan kelayakkan mendapatkan pinjaman kenderaan (hire purchase) di bank di pihak bakal pembeli adalah layak dan lulus.

    Wajib buat settlement bayar baki hutang ansuran kereta jika jual kereta yang masih ada loan bank
    Wajib buat settlement bayar baki hutang ansuran kereta jika jual kereta yang masih ada loan bank

    Pembeli yang mahu membeli kereta yang masih ada hutang ansurans dengan bank pun boleh dibeli. Syarat yang pertama adalah, jika pembeli beli kereta di bawah harga hutang loan bank yang sedia ada, maka pemilik kereta wajib kena bayar “baki” hutang yang ada kerana loan baru perlu untuk menutup loan kereta yang sama. Jika pembeli beli kereta dengan harga lebih tinggi dari hutang loan bank yang sedia ada, maka pemilik kereta akan dapat lebihan wang.

    Inilah dia 2 skenario keadaan kalau pemilik mahu jual kereta yang masih belum habis bayar iaitu masih ada lagi baki pinjaman ansuran kereta dengan bank.

    Step proses jual kereta sendiri secara online untuk harga tinggi
    Step proses jual kereta sendiri secara online untuk harga tinggi

    Bantuan Jual Kereta Belum Habis Bayar

    • [ Kedai Used Car ] – kepada pembeli kereta anda yang mahu buat loan bank dengan mudah, boleh hubungi saya melalui link Whatsapp ini. Kedai yang saya recommend akan uruskan permohonan loan kereta anda dengan segera.
    • [ Ejen Dealer Carsome/MyTukar ] – Jika anda tiada buyer dan mahu dapatkan bantuan untuk tolong jualkan kereta anda di kedai used car atau di carsome/mytukar/carro, maka kami boleh bantu anda dengan submit maklumat kereta anda di sini.

    Di atas ini adalah 2 servis perkhidmatan yang kami tawarkan kepada anda selaku pemilik kereta yang mahu menjual kereta yang masih belum habis bayar. Kita cuba sahaja. Berjaya atau tidak, itu kita lihat keputusan selepas itu.

    UPDATE TERKINI (September 2025) : Dapatkan invoice jual beli kereta yang masih ada loan bank di sini

    2 dealer yang saya kongsikan di atas ini adalah untuk 2 kes yang berbeza. Yang pertama untuk anda selaku pemilik kereta yang ingin jual kereta sendiri yang sudah ada pembeli. Dan yang kedua pula untuk anda yang mahu jual kereta di kedai used car dengan mendapatkan bantuan dari kami secara online. Anda boleh pilih mengikut keadaan anda. Berminat sila klik link yang diberikan. Selamat menjual kereta anda yang masih belum habis bayar dan masih ada hutang loan bank dengan jayanya. Kita cuba. BYE!!!.

    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Semak akaun bank dan nombor telefon penipu scammer secara online di SemakMule

    Cara Semak Maklumat Berkenaan Scammer Online

    27/08/2025
    Duit hasil jual kereta menggunakan invoice kedai used car akan disburse ke kedai used car terlebih dahulu

    Duit Hasil Jual Kereta Kepada Direct Buyer Melalui Kedai Used Car

    20/08/2025
    Semak rekod claim insurans kenderaan di SCRUT

    Semak Status Kereta Terpakai

    17/07/2025
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Berminat beli kereta baru Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford dan lain lain? Jom submit loan kereta secara online melalui Whatsapp di sini.

    Beli Kereta? Contact Me Now!!!
    • WhatsApp
    • Facebook
    Post Kereta Baru Terkini
    Income dari kempen YouTube affiliate Shopee Shopping untuk bulan ogos 2025

    Komisen Affiliate YouTube Shopee August 2025

    01/10/2025
    Kereta saya sangkut kena tarik keluar guna lori tunda towing

    Guna Khidmat Towing Tunda Tarik Kereta Penang

    30/09/2025

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Bonus Reward Untuk Program Affiliate YouTube Shopping July 2025

    Komisen Affiliate YouTube Shopee July 2025

    01/09/2025
    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2025 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.