Setiap orang yang mahu beli kereta pasti ada bermacam macam sebab. Dan orang yang mahu jual kereta pun pasti ada beberapa sebab. Dan antara isu yang menjadi polemik kepada pemilik kenderaan adalah mahu atau terpaksa jual kereta yang masih ada hutang loan bank iaitu baki pinjaman yang masih tinggi. Jadi bagaimana untuk selesaikan masalah ini kalau pemilik memang terpaksa jual kereta. Samada masalah disebabkan untuk kurangkan bebanan hutang atau untuk tujuan trade in kereta.
Baru baru ini saya telah ditanya oleh seseorang individu yang mahu menjual kereta milik beliau. Kereta masih ada hutang loan bank yang agak tinggi iaitu sebanyak RM64K. Maklumlah kereta baru sahaja dibeli dan beliau terpaksa jual untuk kurangkan komitmen dan dalam masa yang sama sudah ada bakal pembeli iaitu buyer. Dalam kes seperti ini biasanya saya meminta individu ini untuk menghubungi kedai used car yang saya telah deal untuk urusan beli kereta direct owner yang berkaitan dengan apply loan bank untuk buyer kereta tersebut.
Cara Mudah Jual Kereta Yang Masih Ada Baki Pinjaman
Apa yang terjadi? Urusan tersebut GAGAL!!!. Kenapa? Kedai used car yang saya recommend tidak dapat membantu kerana faktor baki pinjaman loan bank kereta yang masih tinggi iaitu sebanyak RM64K lagi. Kalau bakal pembeli kereta mahu beli kereta dengan harga RM50K, maknanya baki hutang loan bank masih ada lagi sebanyak RM14K. Dan dalam masa yang sama pemilik kereta tidak ada duit untuk selesaikan hutang tersebut secara settlement. Pemilik kereta wajib kena topup dan bayar baki hutang untuk tutup hutang lama dan barulah kereta boleh dijual semula dan membuka pinjaman kenderaan yang baru kepada pembeli baru.
Anda sebenarnya BOLEH menjual kereta yang masih belum habis bayar iaitu masih ada baki ansuran pinjaman loan kereta. Tetapi ada beberapa syarat dan keadaan lah. Jom saya kongsikan beberapa tips dan teknik kepada anda yang mahu jual kereta sendiri yang masih ada hutang loan kereta dengan bank.
Jual Kereta Secara Cash
Sila dapatkan pembeli (buyer) yang boleh membeli kereta anda secara tunai iaitu cash. Ini adalah paling mudah. Dengan cara ini, ianya akan kurang bergantung kepada pihak bank. Jika kereta anda masih ada baki pinjaman bank sebanyak RM50K lagi dan anda berjaya jual kepada pembeli kereta anda dengan harga RM40K, maka anda kena topup baki hutang bank sebanyak RM10K untuk terus tutup hutang baki ansuran kereta dengan bank. Proses ini lebih mudah kerana boleh terus lakukan pemeriksaan puspakom dan tukar nama di JPJ untuk selesaikan proses penjualan kereta.
Pembeli Mahu Buat Loan Bank
Pembeli yang ingin beli kereta menggunakan loan bank perlulah memastikan kereta yang ingin dibeli itu adalah kereta yang telah habis bayar atau tiada hutang pinjaman dengan pihak bank. Kereta akan mudah dijual dengan mudah jika permohonan kelayakkan mendapatkan pinjaman kenderaan (hire purchase) di bank di pihak bakal pembeli adalah layak dan lulus.
Pembeli yang mahu membeli kereta yang masih ada hutang ansurans dengan bank pun boleh dibeli. Syarat yang pertama adalah, jika pembeli beli kereta di bawah harga hutang loan bank yang sedia ada, maka pemilik kereta wajib kena bayar “baki” hutang yang ada kerana loan baru perlu untuk menutup loan kereta yang sama. Jika pembeli beli kereta dengan harga lebih tinggi dari hutang loan bank yang sedia ada, maka pemilik kereta akan dapat lebihan wang.
Inilah dia 2 skenario keadaan kalau pemilik mahu jual kereta yang masih belum habis bayar iaitu masih ada lagi baki pinjaman ansuran kereta dengan bank.
Bantuan Jual Kereta Belum Habis Bayar
- [ Kedai Used Car ] – kepada pembeli kereta anda yang mahu buat loan bank dengan mudah, boleh hubungi saya melalui link Whatsapp ini. Kedai yang saya recommend akan uruskan permohonan loan kereta anda dengan segera.
- [ Ejen Dealer Carsome/MyTukar ] – Jika anda tiada buyer dan mahu dapatkan bantuan untuk tolong jualkan kereta anda di kedai used car atau di carsome/mytukar/carro, maka kami boleh bantu anda dengan submit maklumat kereta anda di sini.
Di atas ini adalah 2 servis perkhidmatan yang kami tawarkan kepada anda selaku pemilik kereta yang mahu menjual kereta yang masih belum habis bayar. Kita cuba sahaja. Berjaya atau tidak, itu kita lihat keputusan selepas itu.
2 dealer yang saya kongsikan di atas ini adalah untuk 2 kes yang berbeza. Yang pertama untuk anda selaku pemilik kereta yang ingin jual kereta sendiri yang sudah ada pembeli. Dan yang kedua pula untuk anda yang mahu jual kereta di kedai used car dengan mendapatkan bantuan dari kami secara online. Anda boleh pilih mengikut keadaan anda. Berminat sila klik link yang diberikan. Selamat menjual kereta anda yang masih belum habis bayar dan masih ada hutang loan bank dengan jayanya. Kita cuba. BYE!!!.