Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Fintech

    Dapat Kad BigPay Prepaid VISA

    adminBy admin24/09/2024No Comments5 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Anda pernah dengar tentang kad BigPay? Ianya adalah sebuah kad debit berbentuk prepaid. Maksud kad debit prepaid adalah duit perlu masuk dahulu iaitu topup dahulu dan baru boleh guna. Jelas? Jadi apa kelebihan dan perbezaan kad debit BigPay ini dengan kad debit bank yang biasa? Dan kenapa kena ada dua kad “debit” yang berbeza kalau fungsinya lebih kurang sama? Sebenarnya ianya adalah berbeza ya tuan puan. Jadi di artikel kali ini izinkan saya menjawab secara ringkas berkenaan kad debit keluaran BigPay untuk anda mudah faham. Mari baca.

    Apa itu kad BigPay? BigPay adalah sebuah kad debit berbentuk prepaid keluaran syarikat AirAsia. Jadi kalau anda kenal dan tahu tentang AirAsia ini, maka anda sudah pastinya tidak perlu meragukan tentang keupayaan dan kelebihan kad debit dari BigPay ini. Tujuan penciptaan kad BigPay ini adalah bagi menyokong perbelanjaan dan pembayaran tunai secara tanpa sentuh iaitu “cashless”. Rasanya sudah ramai dari kita membuat bayaran di pasaraya shopping complex guna kad betul? Jadi apa kelebihan kad prepaid BigPay ini?

    Kad BigPay Visa Baru
    Kad BigPay Visa Baru

    Kad BigPay Baru

    Perbezaan paling ketara kad debit bank dengan kad debit BigPay adalah anda tidak perlu bimbang untuk membuat pembayaran ketika berbelanja terus dari akaun bank anda. Oleh kerana kad BigPay berbentuk prepaid, maka anda perlu topup reload dahulu kad debit prepaid BigPay ini supaya ada wang kredit di dalamnya. Hanya selepas kad ini ada duit di dalamnya, barulah anda boleh berbelanja dan membuat bayaran terus menggunakan kad debit BigPay ini. Duit akan terus ditolak dari kad BigPay dan bukannya dari akaun bank anda. Jelas?

    Tahukah anda yang kad debit prepaid BigPay juga mempunyai aplikasi (apps) untuk smartphone android dan juga iOS. Aplikasi ini wajib anda install pada smartphone anda. Salah satu tujuan aplikasi ini adalah anda boleh melakukan tambah nilai kad Big Pay terus melalui aplikasi BigPay ini. Dengan kata lain, tidak ada cara lain untuk reload kad BigPay anda melainkan perlu melalui aplikasi apps BigPay. Jadi memang wajib kena pasang pada smartphone anda lah.

    Kad debit prepaid BigPay
    Kad debit prepaid BigPay

    Jangan bimbang. Aplikasi BigPay bukan semata mata untuk reload kad BigPay sahaja. Ada banyak fungsi. Paling best adalah, ketika anda membeli barang, membuat bayaran menggunakan kad debit BigPay ini, aplikasi akan secara automati merekodkan perbelanjaan anda mengikut kategori barang yang anda beli dan bayar. Malah siap ada analisis tentang corak perbelanjaan anda. Jadi setiap bulan anda boleh tahu corak anda berbelanja dan banyak menghabiskan wang di mana di dalam segmen kategori apa. Jadi anda boleh belajar mengurus wang dengan baik selepas itu.

    Sebelum ini kad BigPay diberikan dengan fungsi mastercard. Kad BigPay yang baru diberikan dengan fungsi VISA pula. Saya tidak pasti perbezaan antara Mastercard dengan Visa. Cuma yang saya faham, jika kad kita ada simbol Mastercard atau Visa, kita boleh buat bayaran atau keluarkan wang dengan mudah di mana mana asalkan tempat tersebut ada fungsi Mastercard dan juga Visa.

    eWallet aplikasi apps BigPay
    eWallet aplikasi apps BigPay

    Salah satu fungsi terbesar kad BigPay adalah bagus untuk anda yang suka travel ke luar negara atau yang suka hantar duit ke luar negara. Anda tidak perlu pergi ke kedai pertukaran matawang iaitu money exchanger. Kalau anda ke money exchanger anda akan kena cas dalam bentuk fee yang mahal. Anda transfer sahaja duit tunai dari kad debit BigPay anda ke kad debit BigPay orang yang mahu anda berikan wang tersebut. Asalkan mereka perlu ada juga aplikasi BigPay di dalam smartphone mereka. Dan mereka boleh gunakan kad debit BigPay mereka untuk keluarkan duit melalui mesin atm di negara tersebut yang ada fungsi Mastercard atau Visa. Mudah bukan?

    Cara Buat Kad BigPay

    • [ BigPay ] – sila klik, muat turun dan install aplikasi BigPay ke smartphone anda
    • Sila jalankan aplikasi BigPay untuk mula register
    • Kalau dia minta referral code, sila masukkan kod ini (4RW9G57Ct9)
    • Selesaikan sampai habis. DONE.
    • Kad akan dipos ke rumah anda

    Oleh kerana kad BigPay ini adalah dari AirAsia. Sudah tentulah pengguna yang selalu menggunakan servis perkhidmatan AirAsia seperti membeli tiket kapal terbang akan menerima banyak faedah dan kelebihan seperti rebat diskaun ketika membuat pembayaran menggunakan kad debit BigPay ini. Segala perbelanjaan menggunakan kad BigPay anda akan dapat point dalam bentuk BIG point yang boleh anda redeem ketika membuat bayaran AirAsia. Ada banyak lagi kelebihan yang boleh diceritakan. Anda boleh membuat pencarian di internet ya untuk maklumat lanjut.

    Untuk mendaftar dan mendapatkan kad debit BigPay ini anda hanya perlu install aplikasi BigPay sahaja. Ikut arahan yang diberikan sampai siap. Selepas selesai, barulah kad BigPay anda akan dihantar ke rumah anda untuk proses pengaktifan kad dan juga aplikasi BigPay nanti. Oh sebelum saya terlupa. Sila daftar aplikasi BigPay melalui link di atas ini ya dan sila pastikan anda memasukkan kod referral yang saya kongsikan dan anda akan mendapat reward tunai sebanyak RM10 @ RM20 promosi di dalam eWallet BigPay selepas selesai pendaftaran. Jadi jangan terlepas ya. BYE!!!.

    kad BigPay Kad BigPay Visa kad prepaid BigPay
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Simkad Prepaid 5G Eastel

    Cara Beli Simkad Eastel

    09/03/2026
    Ejen Eastel Dengan Member ID E-0001783

    Senarai Ejen Dealer Eastel Seluruh Malaysia

    08/03/2026
    Web promosi Eastel ada gambar muka, nama ejen, member ID dan juga nombor telefon

    Web Promosi Eastel

    07/03/2026
    Cara langgan pakej plan panggilan call dan kuota data internet bulanan simkad Eastel

    Cara Langgan Pelan Call & Internet Eastel

    07/03/2026
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2026 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.