Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Home » Cara Daftar eWallet BigPay Dari AirAsia
    Fintech

    Cara Daftar eWallet BigPay Dari AirAsia

    adminBy admin24/09/2024No Comments4 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Sejak dari tahun lepas lagi saya sudah nampak ada ramai orang yang mula mempromosikan ewallet dari BigPay ini. Saya buat tidak tahu sahaja kerana tidak faham. Dan pada tahun ini sekali lagi saya nampak ada orang yang mempromosikan BigPay ini. Dan yang menarik perhatian saya adalah ianya adalah milik AIRASIA. Disebabkan inilah kenapa saya mula mencari info lanjut untuk membuat pengesahan yang BigPay ini benar benar dari Airasia. Selepas semakan dibuat dan disahkan, maka saya terus mendaftar ewallet BigPay ke dalam smartphone saya. Bagaimana caranya?

    Kenapa saya terus pasang (install) aplikasi ewallet BigPay ke dalam smartphone saya kerana saya sudah tahu ini kepunyaan Airasia? Ada apa apa kelebihan kalau gunakan BigPay ini ke? Kelebihan yang paling besar sudah tentulah kalau anda pernah dan akan menggunakan apa apa servis dari Airasia. Seperti saya, sudah pernah naik kapal terbang Airasia dan di masa depan akan terus menggunakannya. Ada banyak kelebihan jika saya membeli tiket Airasia menggunakan kaedah pembayaran menggunakan BigPay ini.

    Kad prepaid mastercard BigPay AirAsia Malaysia
    Kad prepaid mastercard BigPay AirAsia Malaysia

    Register e-Wallet BigPay Dan Dapat Kad Prepaid Mastercard BigPay

    Mari saya jelaskan. Pihak AirAsia telah memperkenalkan kad prepaid yang boleh anda topup menggunakan online banking dan anda boleh menggunakan kad prepaid tersebut untuk membuat bayaran apa apa perbelanjaan yang anda lakukan secara cashless. Kad prepaid BigPay ini mempunyai logo “mastercard” pada awalnya. Kini ditawarkan dalam bentuk Visa pula. Dan ini bermaksud, jika anda membeli apa apa barang secara offline mahupun online, anda boleh membuat bayaran menggunakan kad prepaid BigPay ini dengan mudah.

    Ianya sama sahaja seperti kad debit bank kita dan mempunyai fungsi mastercard. Jadi kalau anda pergi keluar negara pun anda boleh menggunakan kad prepaid BigPay ini tanpa masalah. Dengan syarat alat untuk menerima bayaran itu mestilah menyokong pembayaran secara mastercard. Jelas? Jadi apa kena mengena dengan “ewallet BigPay”?

    Terima bungkusan parcel dari BigPay Malaysia untuk kad prepaid BigPay
    Terima bungkusan parcel dari BigPay Malaysia untuk kad prepaid BigPay

    Ewallet BigPay adalah aplikasi apps untuk kad prepaid BigPay anda. Anda hanya perlu install aplikasi (apps) BigPay yang terdapat di dalam Play Store untuk phone versi android dan App Store untuk phone versi iOS. Anda boleh membuat semakan baki kredit semasa kad prepaid BigPay anda termasuk boleh mengesan perbelanjaan anda dengan mudah.

    Kelebihan Menggunakan eWallet BigPay

    • Dapat kumpul Airasia Big Points ketika berbelanja
    • Jimat processing fee ketika booking tiket kapal terbang Airasia
    • Diskaun pelancongan melalui AirAsia.com
    • Boleh transfer duit semasa eWallet BigPay dengan mudah
    • Mudah mengesan corak perbelanjaan kad prepaid BigPay
    • Kadar tukaran matawang lebih rendah dari XE ketika melancong

    Ini bermakna, ketika anda membeli belah secara online atau membuat bayaran ketika di pasaraya menggunakan kad prepaid BigPay, anda boleh menyemak baki dan melihat apa yang sudah anda belanjakan dengan mudah melalui apps ewallet BigPay pada smartphone anda. Mudah bukan?

    Kesan perbelanjaan kad prepaid BigPay anda melalui e-wallet BigPay
    Kesan perbelanjaan kad prepaid BigPay anda melalui e-wallet BigPay

    Cara Daftar/Register BigPay

    • [ BigPay ]- sila klik, muat turun dan install aplikasi BigPay ke smartphone anda
    • Sila jalankan aplikasi BigPay untuk mula register
    • Kalau dia minta referral code, sila masukkan kod ini (4RW9G57Ct9)
    • Nanti anda perlu memasukkan nombor telefon, OTP code yang ada terima melalui sms, tangkap gambar (snap) IC dan rakam video muka anda untuk pengesahan
    • Isikan semua maklumat yang diminta sehingga lengkap.
    • Akhir nanti anda akan diminta untuk membuat bayaran RM20. 
    • Selepas bayaran dibuat, kad prepaid BigPay akan dipos hantar ke alamat rumah anda dalam masa 3-5 hari bekerja
    • Selepas menerima kad prepaid mastercard BigPay anda. Anda akan diminta memasukkan nombor kod ccv yang tertera pada belakang kad anda pada e-wallet BigPay.
    • Automatik selepas memasukkan kod tersebut, kad prepaid BigPay anda diaktifkan, e-wallet BigPay akan mempunyai nilai tunai RM20.
    • Akhir sekali, anda akan diminta untuk membuat nombor pin kad prepaid BigPay. Dan selepas itu siap semua.

    Pasti anda akan tanyakan. Kalau fungsi kad prepaid BigPay ini hampir sama dengan kad debit bank yang biasa kita pakai. Jadi apa perlu kita guna dan keistimewaan kad BigPay ini. Sama sahaja. Sudah tentu ada sedikit perbezaan dan banyak kelebihannya. Pihak Airasia mahu memperkenalkan dan mempopularkan kaedah bayaran tanpa tunai (cashless) ini dengan kad prepaid BigPay mereka. Bila anda berbelanja menggunakan BigPay anda akan dapat mengumpulkan banyak point. Point yang banyak ini dapat anda tukarkan kepada rebat dan memberikan penjimatan.

    Kata Tony Fernandaz iaitu CEO AirAsia ini. Beliau mengatakan yang BigPay akan menjadi sesuatu yang sangat bernilai berbanding AirAsia sendiri di masa hadapan. Dunia masa hadapan adalah tanpa tunai. Kepada anda yang memiliki kad prepaid BigPay dan memasang ewallet BigPay pada smartphone mereka dari sekarang, anda akan mendapat banyak kelebihan yang saya senaraikan di atas ini. Jom daftar ewallet BigPay sekarang dan dapat tunai RM10 di dalam akaun wallet BigPay anda. Bye.

    aplikasi BigPay apps BigPay BigPay BigPay Malaysia daftar BigPay daftar e-wallet BigPay e-wallet BigPay ewallet BigPay kad BigPay kad prepaid BigPay kad prepaid mastercard BigPay register BigPay register e-wallet BigPay wallet BigPay
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Daftar Buka Akaun Public Gold Untuk Beli Emas Digital Fizikal

    Daftar Dan Beli Emas Public Gold

    06/04/2025
    Bayar zakat mudah dengan aplikasi Touch 'n Go eWallet

    Bayar Zakat Fitrah Guna TnG eWallet

    23/03/2025
    Pejabat MyEG di Pulau Pinang

    Pengalaman Ke MyEG Untuk Verify World App

    29/11/2024
    Notis berkenaan token Worldcoin menggunakan network World Chain di MX Global

    Cara Guna MX Global

    28/11/2024
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Berminat beli kereta baru Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford dan lain lain? Jom submit loan kereta secara online melalui Whatsapp di sini.

    Beli Kereta? Contact Me Now!!!
    • WhatsApp
    • Facebook
    Post Kereta Baru Terkini
    Income dari kempen YouTube affiliate Shopee Shopping untuk bulan ogos 2025

    Komisen Affiliate YouTube Shopee August 2025

    01/10/2025
    Kereta saya sangkut kena tarik keluar guna lori tunda towing

    Guna Khidmat Towing Tunda Tarik Kereta Penang

    30/09/2025

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Bonus Reward Untuk Program Affiliate YouTube Shopping July 2025

    Komisen Affiliate YouTube Shopee July 2025

    01/09/2025
    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2025 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.