Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Info

    Kereta Bebas Banjir Dan Bebas Kemalangan

    adminBy admin08/10/2024No Comments5 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Semalam saya di hubungi oleh seorang individu yang tidak berpuas hati dengan sebuah kedai yang menjual kenderaan terpakai. Isunya adalah kedai paksa kena lock payment dahulu kalau hendak tengok kereta. Maksudnya kena bagi deposit dulu dan baru boleh bawa inspection. Saya sendiri terkejut masih ada lagi amalan seperti ini. Sebenarnya kedai kereta yang akan rugi sebab menyusahkan bakal pembeli yang hendak beli kereta terpakai dari kedai beliau. Bagi saya, ianya ada ciri ciri “red flag” sebenarnya. Kenapa?

    Amalan dulu dulu. Kalau hendak beli kereta terpakai (kereta second hand/used car), pergi ke kedai, tengok kereta dan kalau berminat, terus sign agreement. Kalau tanya kedai samada kereta ok ker tidak, jawapannya adalah ok. Kereta pernah banjir atau tidak, jawapannya tidak. Kereta pernah accident atau tidak, jawapannya adalah tidak. Majoriti bakal pembeli hanya mendapat jawapan dari salesman sahaja. Tidak ada satu cara untuk check samada betul atau tidak kenyataan jurujual kereta tersebut.

    Alasan kedai used car tentang jual kereta bekas banjir accident
    Alasan kedai used car tentang jual kereta bekas banjir accident

    Cara Beli Kereta Terpakai Bukan Bekas Banjir & Bebas Accident

    Dan kalau dapat jumpa kedai yang bagus, mereka benarkan kita untuk ambil dan bawa kereta untuk buat pemeriksaan (inspection) oleh pomen mekanik luar untuk dapatkan kepastian. Masalahnya kebanyakkan kedai used car tidak akan benarkan kita untuk buat pemeriksaan sendiri sebab katanya mereka masa ambil kereta sudah semak dan hanya ambil kereta yang bukan bekas banjir dan tidak pernah kemalangan. Masalahnya adalah, itu kata mereka. Jadi macam mana hendak kepastian dan sahih akan kata kata mereka?

    Iklan kedai used car yang jual kereta terpakai bebas banjir dan bebas kemalangan
    Iklan kedai used car yang jual kereta terpakai bebas banjir dan bebas kemalangan

    Sedikit info buat anda. Pemilik kereta yang pernah kena banjir dan pemilik kereta yang pernah accident, pasti akan buat tuntutan claim insurans kereta. Dengan kata lain, kalau anda semak dengan pihak insurans, maka anda akan temui jawapannya di situ. Masalahnya macam mana anda hendak buat semakan tersebut? Anda pun tidak tahu kereta tersebut claim dengan pihak insurans yang mana.

    Kini ada satu cara paling mudah untuk anda buat semakan sendiri secara online. Caranya adalah dengan menggunakan servis yang ditawarkan oleh SCRUT kereta terpakai. SCRUT menyediakan servis untuk anda mendapatkan laporan sejarah claim insurans untuk kereta terpakai di Malaysia, kereta import terpakai iaitu recond car dan anda juga boleh booking untuk buat inspection untuk kereta yang anda mahu beli. Semuanya boleh dilakukan secara online sahaja.

    Contoh sebenar laporan SCRUT Used Car Report (SUr) untuk kereta terpakai
    Contoh sebenar laporan SCRUT Used Car Report (SUr) untuk kereta terpakai

    Di atas ini adalah contoh sebenar SCRUT report untuk satu kes bakal pembeli yang ingin membeli kereta terpakai Nissan X-Trail yang bernasib baik buat semakan melalui SCRUT dahulu. Rupa rupanya kereta pernah kemalangan sebanyak 3 kali dan pernah total loss. Dan kereta tidak pernah claim banjir. Dari contoh sebenar di atas anda boleh lihat samada kereta terpakai yang anda ingin beli pernah claim kemalangan (accident) dan claim banjir (flood) atau tidak. Jadi sudah tentu report dari SCRUT seperti ini akan membantu anda apabila ingin beli kereta terpakai di kedai used car.

    Cara Check Report Kereta Terpakai

    • [ Scrut.my ] – Sila klik link ini dan masuk ke website rasmi Scrut Malaysia
    • Sila daftar dan beli kredit terlebih dahulu. Sila beli credit berdasarkan servis report yang ada mahukan. Nasihat saya, sila terus beli kredit topup RM100 sekaligus.
    Contoh paparan nombor chasis kereta
    Contoh paparan nombor chasis kereta
    • Masukkan nombor plate kenderaan atau nombor casis yang tertera pada body bingkai kereta atau Nombor Pengenalan Kenderaan (VIN). 
    • Kemudian pilih menu SCRUT Used Car Report (SUr)
    • Buat pembayaran guna credit yang anda telah beli sebelum ini.
    • Dapatkan laporan dengan segera dalam tempoh 24 jam.
    • Laporan (report) yang anda mahukan akan tertera terus di dalam dashboard akaun scrut anda.
    • Done.

    Gambar kedua di atas adalah gambar sebenar kedai used car yang mengiklankan kereta terpakai yang mereka jual adalah bebas banjir dan bebas kemalangan. Dan yang best nya siap ada jaminan warranty selama 5 tahun. Hendak tahu samada iklan mereka itu benar benar jujur atau tidak adalah dengan bertanya kepada mereka samada kereta boleh buat SCRUT atau tidak. Kereta boleh bawa keluar showroom untuk buat inspection atau tidak. Kalau ya, maka kereta terpakai tersebut selamat di beli. Ini adalah pandangan saya sahaja ya.

    Jaminan perlindungan kereta terpakai dari Ezcare Warranty
    Jaminan perlindungan kereta terpakai dari Ezcare Warranty

    Sedikit tambahan info untuk anda. Biasanya kalau beli kereta di kedai used car ini, jaminan warranty cuma beberapa minggu atau bulan sahaja. Kalau anda beli kereta di Carsome pula, warranty yang mereka berikan adalah selama 1 tahun. Kalau anda beli kereta terpakai, kalau boleh, sila ambil warranty lanjutan diluar. Saya jemput anda baca artikel ini iaitu Jaminan Warranty Kereta Terpakai di sini. Kita tidak mahu anda beli kereta selepas setahun, rosak gearbox, rosak enjin, anda tiada duit untuk baiki. Lebih baik beli insurans khas untuk kereta terpakai. Harap maklum ya.

    Submit Dokumen Melalui Whatsapp

    • [ Whatsapp ] – mesej saya melalui link Whatsapp ini untuk pertanyaan tentang kereta, pembelian kereta baru dan submit dokumen untuk loan bank.

    Saya bukan penjual kenderaan terpakai. Apa yang saya kongsikan di atas tadi adalah panduan cara selamat untuk membeli kereta terpakai di kedai used car. Ada beberapa perkara yang anda kena perhatikan seperti dapatkan report tentang kereta di SCRUT untuk semak samada kereta pernah banjir atau kemalangan. Kereta mestilah boleh dibawa keluar untuk buat inspection kalau anda sendiri berminat untuk check kereta sebelum beli. Dan kereta kalau boleh biarlah ada jaminan perlindungan warranty yang lama untuk memastikan kereta yang dibeli dilindungi dari masalah kerosakkan yang berlaku selepas beli. Harap maklum ya. Dan kalau hendak beli kereta baru, sila hubungi saya melalui link Whatsapp di atas ini ya. BYE!!!

    Beli Kereta Bebas Accident Beli Kereta Bebas Banjir Beli Kereta Bebas Kemalangan
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Semak akaun bank dan nombor telefon penipu scammer secara online di SemakMule

    Cara Semak Maklumat Berkenaan Scammer Online

    27/08/2025
    Duit hasil jual kereta menggunakan invoice kedai used car akan disburse ke kedai used car terlebih dahulu

    Duit Hasil Jual Kereta Kepada Direct Buyer Melalui Kedai Used Car

    20/08/2025
    Semak rekod claim insurans kenderaan di SCRUT

    Semak Status Kereta Terpakai

    17/07/2025
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2026 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.