Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Home » Kereta Elektrik Proton EV Pertama
    Proton

    Kereta Elektrik Proton EV Pertama

    adminBy admin29/07/2024No Comments5 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Sekarang di Malaysia sudah kebanjiran kenderaan dari jenis new energy vehicle (NEV). Bahasa mudah kereta NEV adalah sebuah kereta elektrik yang menggunakan bateri sebagai sumber kuasa tenaga untuk menggerakkan kereta. Tetapi kebanyakkan orang akan sebut sebagai kenderaan elektrik iaitu electric vehicle (EV) sahaja. Syarikat automotif pembuat kereta tempatan iaitu Proton masih belum mengeluarkan dan melancarkan kenderaan elektrik mereka lagi. Bilakah masa dan tarikh untuk Proton melancarkan kereta elektrik Proton yang pertama?

    Kenapa dan pentingkah untuk Proton melancarkan kereta EV mereka sendiri? Memang penting. Kita kena faham skop perlindungan kereta buatan tempatan di Malaysia iaitu Proton dan juga Perodua. 2 syarikat automotif ini bertaraf  kereta nasional dan diberikan beberapa kelebihan. Atas sebab itulah kereta Proton dan Perodua adalah “sedikit lebih murah” dari kereta buatan brand jenama luar negara. Ada potongan dan pengecualian cukai yang diberikan kepada 2 syarikat ini. Dan kalau anda perasan, majoriti kereta EV di Malaysia dijual dengan harga RM100K dan ke atas. Ini adalah fakta.

    Logo dan jenama kereta elektrik Proton EV adalah e.MAS
    Logo dan jenama kereta elektrik Proton EV adalah e.MAS. Image credit to https://nazznco.my/

    Kereta Proton EV Pertama : eMAS (Geely Galaxy E5)

    Kerajaan menggesa agar Proton dan Perodua cepat cepat menghasilkan kenderaan elektrik bagi menawarkan kereta elektrik yang murah dan mampu milik. Dalam hal ini kita bercakap tentang kereta Proton EV ya. Dan pihak Proton telah pun mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan memperkenal dan melancarkan kereta elektrik Proton EV yang pertama sebelum penghujung tahun 2024 dengan nama tanda dagang e.Mas7.

    Kereta EV pertama Proton bukanlah dengan nama e.MAS7. Ianya adalah pendaftaran tanda dagang sahaja. Dengan kata lain ke semua line-up model kereta Proton EV nanti adalah di bawah tanda nama dagang e.MAS. Apa maksud eMAS? “e” bermaksud electrifying dan “MAS” bermaksud Malaysia.

    Kereta elektrik Proton e.MAS ini adalah berasaskan model Geely Galaxy E5. Kenapa berasaskan kereta Geely? Sebab syarikat Proton kini memang adalah sebuah syarikat dengan usaha sama dengan kepentingan 51% milik Proton dan 49% lagi milik Geely. Sebab itulah terhasilnya Proton X50, Proton X70, Proton X90 dan Proton S70. Jadi tidak hairanlah kalau kereta elektrik EV Proton adalah menggunakan versi rebadge dari kereta elektrik Geely.

    Kereta EV elektrik Proton mungkin berdasarkan Geely Galaxy E5
    Kereta EV elektrik Proton mungkin berdasarkan Geely Galaxy E5 – image credit to https://carnewschina.com/

    Spesfikasi Kereta Proton EV e.MAS

    • Motor : Single Permanent Magnet Synchronous Motor (PMSM)
      • Power Output : 160kW (215HP/320Nm)
    • Gearbox : 7-speed DCT
    • Segmen : SUV segmen-C
    • Jarak Roda : 2750mm
    • Panjang : 4615mm
    • Lebar : 1901mm
    • Tinggi : 1670mm
    • Luas Bonet : 500L
    • Airbag : 6 Beg Udara
    • Safety Features : ABS, EBD, BA, ESC, TCS, HHA,
    • Berat : 1300KG
    • Battery Type : Geely Aegis LFP battery
    • Charging Rate:
      • AC : 22kW : 10-80% SoC in three hours (not official data)
      • DC : 150kW : 10-80% SoC in 30 minutes (not official data)
    • Driving Range (Estimated) :
      • 49.52 kWh : 440KM
      • 60.22 kWh : 530KM
    • Energy consumption : 11.9 kWh per 100 km

    Soalan yang pertama. Adakah berbaloi untuk beli kereta elektrik EV Proton yang pertama dari model Geely Galaxy E5?Jawapannya adalah YA! Kenapa? Tahukah anda yang kereta elektrik Geely Galaxy E5 ini baru sahaja dilancarkan di negara China pada second quarter tahun 2024. Dengan kata lain ianya adalah sebuah kenderaan elektrik yang baru dikeluar dan dilancarkan di China pada tahun 2024. Jadi kalau kereta elektrik Proton EV nanti memang berasaskan model Geely Galaxy E5, maka ianya memang berbaloi sangat sangat.

    Berkenaan jarak permanduan. Saya secara peribadi memang sukakan kereta elektrik yang mampu untuk bergerak sejauh minima 400KM dan ke atas untuk sekali cas penuh. Kalau boleh mampu bergerak sejauh 500KM setiap kali cas penuh. Dan ya, kereta elektrik Proton eMas ini ada ditawarkan dalam range 530KM. Terbaik.

    Jom Submit Loan Proton EV Online Sekarang!!!

    Apa offer dan promosi jika anda beli kereta baru online melalui saya? Sila klik dan baca dulu ya. Saya adalah ejen penjual kereta yang menjual kereta baru dari Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi dan juga PROTON!!! di area KL/Selangor. Kenapa saya tuliskan beli kereta baru secara online? Maksudnya anda boleh untuk submit dokumen untuk tujuan check samada anda layak untuk lulus loan bank kereta atau tidak. Dan jika lulus, anda boleh datang ke showroom untuk melihat kereta sebelum bersetuju untuk sign loan agreement tersebut. Dan pihak kami juga boleh untuk hantar kereta baru tersebut ke terus rumah anda jika mahu.

    Submit Dokumen Melalui Whatsapp

    • [ Whatsapp ] – mesej saya melalui link Whatsapp ini untuk pertanyaan tentang kereta, pembelian kereta baru dan submit dokumen untuk loan bank.

    Jika anda hendak mendapatkan lebih banyak maklumat lanjut berkenaan kereta elektrik Proton baru (e.MAS) ini, sila contact saya melalui link Whatsapp di atas ini ya. Saya boleh berikan gambar kereta, flyers, brochure, list harga termasuk berapakah bayaran bulanan yang dikenakan. Kalau anda ada apa apa pertanyaan berkenaan new model ini atau model kereta selain proton juga boleh. Asalkan ianya berkenaan model kereta baru. Mesej sahaja saya melalui Whatsapp di atas ini ya. Owh ya, sebelum terlupa, anda juga boleh booking untuk test drive proton secara online melalui saya. Selamat membeli kereta elektrik EV Proton baru. BYE!!!.

    Beli Kereta Elektrik Proton Beli Kereta EV Proton Gambar Kereta Elektrik Proton Gambar Kereta EV Proton Kereta Elektrik Proton Kereta EV Proton Spesifikasi Kereta Elektrik Proton Spesifikasi Kereta EV Proton
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Gambar depan kereta Proton X50 2025

    Beli Proton X50 Enjin 4 Silinder

    14/07/2025
    Proton X50

    Ulasan Proton X50: Prestasi dan Keselamatan (Artikel AI)

    25/02/2025
    Gambar permandangan hadapan kereta Proton eMas7

    Beli Proton eMas 7 Baru Secara Online

    11/01/2025
    Contoh iklan promosi diskaun rebate akhir tahun kereta baru Proton

    Promosi Hujung Tahun Kereta Baru Proton

    15/11/2024
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Berminat beli kereta baru Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford dan lain lain? Jom submit loan kereta secara online melalui Whatsapp di sini.

    Beli Kereta? Contact Me Now!!!
    • WhatsApp
    • Facebook
    Post Kereta Baru Terkini
    Eastel Starter Kit Incentive

    Ejen Dealer Simkad Eastel

    31/01/2026
    Pakej plan panggilan dan data internet untuk simkad prepaid Eastel

    Simkad Eastel

    31/01/2026
    Caj harga bayaran servis runner puspakom dan tukar nama hak milik thumb print JPJ

    Upah Runner Puspakom

    24/01/2026
    Kereta import terpakai recond Lexus NX350 F Sport warna putih (3)

    Senarai Kereta Recond Lexus Tahun 2026

    24/01/2026
    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2026 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.