Sekarang di Malaysia sudah kebanjiran kenderaan dari jenis new energy vehicle (NEV). Bahasa mudah kereta NEV adalah sebuah kereta elektrik yang menggunakan bateri sebagai sumber kuasa tenaga untuk menggerakkan kereta. Tetapi kebanyakkan orang akan sebut sebagai kenderaan elektrik iaitu electric vehicle (EV) sahaja. Syarikat automotif pembuat kereta tempatan iaitu Proton masih belum mengeluarkan dan melancarkan kenderaan elektrik mereka lagi. Bilakah masa dan tarikh untuk Proton melancarkan kereta elektrik Proton yang pertama?
Kenapa dan pentingkah untuk Proton melancarkan kereta EV mereka sendiri? Memang penting. Kita kena faham skop perlindungan kereta buatan tempatan di Malaysia iaitu Proton dan juga Perodua. 2 syarikat automotif ini bertaraf kereta nasional dan diberikan beberapa kelebihan. Atas sebab itulah kereta Proton dan Perodua adalah “sedikit lebih murah” dari kereta buatan brand jenama luar negara. Ada potongan dan pengecualian cukai yang diberikan kepada 2 syarikat ini. Dan kalau anda perasan, majoriti kereta EV di Malaysia dijual dengan harga RM100K dan ke atas. Ini adalah fakta.
Kereta Proton EV Pertama : eMAS (Geely Galaxy E5)
Kerajaan menggesa agar Proton dan Perodua cepat cepat menghasilkan kenderaan elektrik bagi menawarkan kereta elektrik yang murah dan mampu milik. Dalam hal ini kita bercakap tentang kereta Proton EV ya. Dan pihak Proton telah pun mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan memperkenal dan melancarkan kereta elektrik Proton EV yang pertama sebelum penghujung tahun 2024 dengan nama tanda dagang e.Mas7.
Kereta EV pertama Proton bukanlah dengan nama e.MAS7. Ianya adalah pendaftaran tanda dagang sahaja. Dengan kata lain ke semua line-up model kereta Proton EV nanti adalah di bawah tanda nama dagang e.MAS. Apa maksud eMAS? “e” bermaksud electrifying dan “MAS” bermaksud Malaysia.
Kereta elektrik Proton e.MAS ini adalah berasaskan model Geely Galaxy E5. Kenapa berasaskan kereta Geely? Sebab syarikat Proton kini memang adalah sebuah syarikat dengan usaha sama dengan kepentingan 51% milik Proton dan 49% lagi milik Geely. Sebab itulah terhasilnya Proton X50, Proton X70, Proton X90 dan Proton S70. Jadi tidak hairanlah kalau kereta elektrik EV Proton adalah menggunakan versi rebadge dari kereta elektrik Geely.
Spesfikasi Kereta Proton EV e.MAS
- Motor : Single Permanent Magnet Synchronous Motor (PMSM)
- Power Output : 160kW (215HP/320Nm)
- Gearbox : 7-speed DCT
- Segmen : SUV segmen-C
- Jarak Roda : 2750mm
- Panjang : 4615mm
- Lebar : 1901mm
- Tinggi : 1670mm
- Luas Bonet : 500L
- Airbag : 6 Beg Udara
- Safety Features : ABS, EBD, BA, ESC, TCS, HHA,
- Berat : 1300KG
- Battery Type : Geely Aegis LFP battery
- Charging Rate:
- AC : 22kW : 10-80% SoC in three hours (not official data)
- DC : 150kW : 10-80% SoC in 30 minutes (not official data)
- Driving Range (Estimated) :
- 49.52 kWh : 440KM
- 60.22 kWh : 530KM
- Energy consumption : 11.9 kWh per 100 km
Soalan yang pertama. Adakah berbaloi untuk beli kereta elektrik EV Proton yang pertama dari model Geely Galaxy E5?Jawapannya adalah YA! Kenapa? Tahukah anda yang kereta elektrik Geely Galaxy E5 ini baru sahaja dilancarkan di negara China pada second quarter tahun 2024. Dengan kata lain ianya adalah sebuah kenderaan elektrik yang baru dikeluar dan dilancarkan di China pada tahun 2024. Jadi kalau kereta elektrik Proton EV nanti memang berasaskan model Geely Galaxy E5, maka ianya memang berbaloi sangat sangat.
Berkenaan jarak permanduan. Saya secara peribadi memang sukakan kereta elektrik yang mampu untuk bergerak sejauh minima 400KM dan ke atas untuk sekali cas penuh. Kalau boleh mampu bergerak sejauh 500KM setiap kali cas penuh. Dan ya, kereta elektrik Proton eMas ini ada ditawarkan dalam range 530KM. Terbaik.
Jom Submit Loan Proton EV Online Sekarang!!!
Apa offer dan promosi jika anda beli kereta baru online melalui saya? Sila klik dan baca dulu ya. Saya adalah ejen penjual kereta yang menjual kereta baru dari Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi dan juga PROTON!!! di area KL/Selangor. Kenapa saya tuliskan beli kereta baru secara online? Maksudnya anda boleh untuk submit dokumen untuk tujuan check samada anda layak untuk lulus loan bank kereta atau tidak. Dan jika lulus, anda boleh datang ke showroom untuk melihat kereta sebelum bersetuju untuk sign loan agreement tersebut. Dan pihak kami juga boleh untuk hantar kereta baru tersebut ke terus rumah anda jika mahu.
Submit Dokumen Melalui Whatsapp
- [ Whatsapp ] – mesej saya melalui link Whatsapp ini untuk pertanyaan tentang kereta, pembelian kereta baru dan submit dokumen untuk loan bank.
Jika anda hendak mendapatkan lebih banyak maklumat lanjut berkenaan kereta elektrik Proton baru (e.MAS) ini, sila contact saya melalui link Whatsapp di atas ini ya. Saya boleh berikan gambar kereta, flyers, brochure, list harga termasuk berapakah bayaran bulanan yang dikenakan. Kalau anda ada apa apa pertanyaan berkenaan new model ini atau model kereta selain proton juga boleh. Asalkan ianya berkenaan model kereta baru. Mesej sahaja saya melalui Whatsapp di atas ini ya. Owh ya, sebelum terlupa, anda juga boleh booking untuk test drive proton secara online melalui saya. Selamat membeli kereta elektrik EV Proton baru. BYE!!!.