Sejak kerajaan amalkan dasar pemberian AP secara terbuka mulai 1 Julai 2024, saya lihat kedai yang mengimport kenderaan terpakai dari UK dan Japan tumbuh bagaikan cendawan. Bila penawaran kenderaan recond mula banyak, maka kedai kedai kereta recond akan bersaing secara sihat. Dan sudah tentu kereta import terpakai yang ditawarkan adalah dari jenis berkualiti tinggi dan tidak lagi boleh menipu pengguna. Sudah ada banyak saluran untuk buat semakan samada kereta tersebut baik kondisinya atau tidak. Bagaimana dengan gred?
Ketika saya awal awal mula terlibat dalam dunia jual beli kereta recon, saya cuma tahu gred yang digunakan adalah dari 1.0 – 5.0 sahaja. Biasanya penjual kenderaan recon akan jual kereta dari kategori 3.5 dan ke atas. Cumanya saya hanya dapatkan dealer dari kedai yang menawarkan kereta recond dari jenis 4.0 dan ke atas sahaja. Kalau saya lihat ada kenderaan yang ber gred 5.0 pun saya sudah takjub. Tapi tiba tiba ada kereta dengan grade S. Wow terbaik. Rupanya gred S adalah kereta recond yang hampir macam baru dan jumlah mileage pun rendah tidak lebih dari 2000KM sahaja. Memang terbaik.
Ada satu owner kedai kereta yang mengimport kenderaan terpakai di Malaysia, beliau beri pandangan, kereta recond yang ber gred 3.5 pun ok. Bagi beliau gred 3.5 adalah kenderaan yang ada kesan calar calar yang sedikit yang tidak keterlaluan. Beliau berpandangan, kereta recond yang dianggap baru dan berkualiti adalah kenderaan yang mempunyai owner dari satu tangan dan jarak kilometer (mileage) yang rendah. Biarlah gred 3.5 pun, tapi dapat mileage yang rendah dan kereta pasti dijual dengan harga lebih murah. Itu lebih berbaloi. Itu menurut pandangan beliau lah.
Setelah saya buat semakan senarai kereta recond dari dealer saya, dan YA, saya setuju bahawa data menunjukkan kereta recond akan semakin mahal harganya jika jarak kilometer (mileage) nya adalah rendah. Kalau anda dapat kereta recond dari grade S, akan bertambah mahal. Sudahlah kereta recond seperti baru, mileage pula tersangat rendah. Cuma lain orang lain kehendak. Ada orang mahukan kereta yang murah dan tidak kisah calar sikit sana sini. Ada orang mahukan kereta yang perfect dan nampak macam baru. Terpulang.
Adakah kedai pengimport kenderaan terpakai yang jadi dealer bagi pihak saya ini menawarkan kereta recond dengan gred 5 dan juga gred S? Jawapannya adalah YA ADA!!!. Malah jarak penggunaan kilometer (mileage) pun sangat rendah. Saya pasti anda akan berpuas hati dengan condition keadaan kereta, kualiti dan kecantikkan kereta tersebut. Memang nampak macam baru. Di bawah ini saya senaraikan sedikit kereta dengan grade 5 dan grade S yang ada di dalam showroom dealer kami. Anda buat keputusan.
Senarai Kereta Recon Gred 5 & Gred S
- BMW 118i M Sports (Gred 5A / 9200KM)
- Honda Civic Type-R FL5 (Gred S / 626KM)
- Honda Civic Type-R FL5 (Gred 5AA / 4000KM)
- Honda N-Box Custom Turbo (Gred 5A / 6802KM)
- Lexus RX350 F Sport (Gred 6A / 5878KM)
- Mercedes Benz A180 Style (Gred 5A / 12086KM)
- Nissan GTR Black Edition (Gred 5A / 22772KM)
- Toyota Harrier (Gred 5A / 5600KM)
- Daihatsu Canbus (Gred 5A / 18000KM)
Sebenarnya kereta recond dengan gred 5 pun sudah diklasifikasikan sebagai kenderaan “seperti baru” apatah lagi dengan gred 6 atau gred S. Jadi apa maksud perkataan “A” seperti 5A, 5AA dan sebagainya. Ianya adalah gred bagi aksesori luaran (exterior) dan juga dalaman (interior). Kebanyakkan kedai pengimport kenderaan terpakai akan menjual kenderaan dengan grade 4 dan ke atas. Anda dapat kereta dengan grade 5 dan ke atas adalah bonus. Cuma harganya sedikit mahal lah.
Di atas ini adalah contoh sebenar gambar kereta Mercedes Benz A180 Style jenis recond dengan gred 5A dan jarak penggunaan adalah sebanyak 12000KM sahaja. Saya kongsikan sekali dengan auction sheet report untuk Mercedes Benz A180 Style dari Jepun.
Di bawah ini pula adalah contoh sebenar gambar kereta Lexus RX350 F Sport jenis recond dengan gred 6A dan jarak penggunaan adalah sebanyak 6000KM sahaja. Saya kongsikan sekali dengan auction sheet report untuk Lexus RX350 F Sport dari Jepun.
Di bawah ini pula adalah contoh sebenar gambar Honda Civic Type-R FL5 jenis recond dengan gred S dan jarak penggunaan adalah sebanyak 626KM sahaja. Berminat?
Saya adalah ejen broker yang menjadi dealer kepada kedai yang menjual kenderaan recond. Dan ya, rata rata kereta yang dijual adalah dari gred 4 dan ke atas. Mereka ada berikan sekali auction report sebenar untuk kereta yang mereka jual. Anda juga boleh semak kesahihan auction report mereka dari pihak ketiga seperti melalui SCRUT untuk membuat semakan silang samada auction sheet report itu sah atau tidak. Dan mereka juga ada berkongsikan tentang chasis number kereta recond dan tidak kisah untuk kita selaku customer buat semakan tentang sejarah kemalangan. Maka dealer kereta recond ini benar benar yakin akan kereta yang mereka jual.
Submit Dokumen Melalui Whatsapp
- [ Whatsapp ] – mesej saya melalui link Whatsapp ini untuk pertanyaan tentang kereta, pembelian kereta baru dan submit dokumen untuk loan bank termasuk detail info anda selaku buyer.
- [ Scrut ] – Semak status kondisi dan grade kereta recond secara online. Jangan lagi kena tipu dengan seller kedai kereta import terpakai.
Akhir sekali. Jika anda sedang melakukan survey untuk beli kereta recond yang berkualiti dengan gred tinggi seperti grade 5, grade 6 dan grade S, anda boleh hubungi saya melalui link Whatsapp di atas ini. Jangan risau, kebanyakkan kenderaan recon yang kami jual adalah dari gred 4 dan ke atas. Ada banyak pilihan. Anda nyatakan model kereta yang anda mahukan, saya berikan link gambar untuk anda lihat sendiri kualiti kereta yang kami tawarkan. Berminat? Hubungi kami sekarang juga. BYE!!!.