Semalam saya dapat pertanyaan dari seseorang yang ingin membeli kereta “Volkswagen Tiguan” baru. Dan antara perkara yang beliau tanya adalah berkenaan promosi ketika ini. Saya bukan sales advisor (SA) yang bekerja bagi pihak Volkswagen. Saya adalah seorang “broker” yang membuat marketing bagi pihak SA Volkswagen. Maka saya pass nombor telefon customer ini kepada 2 orang salesman Volkswagen untuk menjawab apa apa pertanyaan dari pelanggan yang berminat hendak beli Volkswagen Tiguan ini.
Sebenarnya apa itu kereta Volkswagen Tiguan? Volkswagen Tiguan adalah sebuah kenderaan SUV. Dalam lineup kereta keluaran Volkswagen, ada 2 model SUV yang ada dijual di pasaran Malaysia iaitu Volkswagen Tiguan dan juga Volkswagen Touareg. Volkswagen Touareg adalah kenderaan SUV yang lebih besar, lebih berkuasa dan mempunyai ciri off-road. Sedangkan Volkswagen Tiguan adalah kenderaan SUV yang sedikit lebih kecil, sesuai untuk kegunaan family dan juga jimat minyak.

Harga Dan Bayaran Bulanan Volkswagen Tiguan
Volkswagen Tiguan memang sedikit lebih kecil berbanding Volkswagen Touareg. Tetapi Volkswagen Tiguan adalah besar bagi pasaran Malaysia kerana kereta Tiguan adalah SUV C-segment yang berada di dalam kelas saiz yang sama dengan kereta Honda CR-V. Kalau anda rasa kereta Honda CR-V adalah besar dan sesuai untuk keluarga anda, maka kereta Volkswagen Tiguan juga adalah salah satu pilihan SUV yang sesuai untuk keluarga anda.
Gambar pertama di atas ini adalah contoh sebenar kiraan bayaran bulanan (monthly installment) untuk kereta Volkswagen Tiguan Allspace dari variant R-Line. Di dalam lineup model kereta Volkswagen, spec R-Line menawarkan spesifikasi enjin yang lebih berkuasa.

Spesifikasi Volkswagen Tiguan Malaysia
- Engine :
- 1.4 litre TSI turbocharged four-cylinder petrol engine (150PS/250Nm)
- 2.0 litre TSI turbocharged four-cylinder petrol engine (220PS/350Nm)
- 2.0 litre TDI turbodiesel is also offered (150PS/340Nm)
- Gearbox :
- 6-speed wet dual-clutch DSG dual-clutch transmission
- 7-speed wet dual-clutch DSG dual-clutch transmission
- Segmen : SUV 7-seaters
- Boot Space : 652 liters
- Airbag : 7-9
- Berat : 1400 KG
Selain dari reka bentuk Volkswagen Tiguan yang menarik, kebanyakkan peminat kereta brand jenama Volkswagen sukakan kereta ini kerana menawarkan prestasi enjin yang mantap. Apa spesifikasi dari enjin keluaran Volkswagen Tiguan yang anda nampak menarik? Jawapannya adalah dari nilai torque. Jumlah tork yang tinggi menunjukkan kenderaan tersebut mempunyai kekuatan pickup yang tinggi. Dengan kata lain, kalau anda beli kereta Volkswagen Tiguan Allspace ini, anda tidak perlu bimbang kerana enjinnya menawarkan kuasa yang lebih dari mencukupi.
Harga & Variant Volkswagen Tiguan Malaysia
- Volkswagen Tiguan Allspace Elegance : RM210,990
- Volkswagen Tiguan Allspace R-Line : RM263,990
Tahukah anda, ramai juga bakal pembeli kereta yang membeli ketika ada nya promosi diskaun. Berdasarkan iklan promo di atas ini, Volkswagen Tiguan diberikan penjimatan harga sehingga RM30,000. Kepada yang ingin beli kereta baru “Volkswagen”, rasanya inilah masa yang paling sesuai.
Adakah kereta Volkswagen Tiguan Allspace jimat minyak? Bila bercakap soal penggunaan minyak petrol, kita tidak boleh bandingkan kereta besar dengan kereta kecil. Kena bandingkan kereta Volkswagen Tiguan Allspace dari segmen-C dengan kereta SUV lain yang juga dalam kategori segmen C juga. Dan penggunaan minyak (oil consumption) bagi kereta Volkswagen Tiguan 2025 untuk enjin 1.4 TSI adalah dalam lingkungan 13.5 KM untuk setiap 1 liter minyak petrol. Jimat? Jawapannya adalah YA untuk sebuah kereta yang berat.

Submit Dokumen Melalui Whatsapp
- [ Whatsapp ] – mesej saya melalui link Whatsapp ini untuk pertanyaan tentang kereta, pembelian kereta baru dan submit dokumen untuk loan bank.
Jika anda berminat untuk membeli apa apa model kereta baru Volkswagen termasuk kereta Volkswagen Tiguan, anda boleh hubungi saya melalui link Whatsapp di atas ini. Saya akan hubungkan anda dengan salesman sales advisor (SA) yang terdekat dengan tempat anda untuk memudahkan urusan anda bertanya dan melakukan test drive kereta yang anda mahukan sebelum membeli kereta. Saya harap pengalaman anda membeli apa apa model kereta keluaran brand jenama Volkswagen melalui saya ini membantu anda. BYE!!!.