Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Produk Kereta

    Kipas USB Powerbank Untuk Kereta

    adminBy admin02/09/2024Updated:06/09/2024No Comments5 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Saya ada 2 pengalaman dan ianya menjadi sebab kenapa saya perlu beli dan memiliki paling tidak sekurang kurangnya 1 buah kipas usb! Rumah yang saya duduk sekarang sudah mengalami 3 kali power trip iaitu elektrik terputus pada tengah malam. Sudah lah belum tidur, kipas tidak berpusing, aircond pun terus tidak sejuk. Hasilnya tidak boleh tidur lena kerana berasa bahang pada waktu malam, berpeluh dan lain lain. Pada ketika ini mula terfikir alangkah bagusnya kalau ada kipas elektrik di rumah yang gunakan bateri.

    Dan kes yang kedua pula adalah lebih kritikal. Saya balik ke kampung di Johor. Dan ketika mahu balik ke Pulau Pinang, aircond kereta tidak sejuk. Rupa rupanya berlaku kebocoran gas. Mudah cerita cooling coil kereta sudah rosak. Kena tukar? Ambil masa dan kami memang kena segera ke utara tanah air. Akhir sekali kami membuat keputusan terus memandu kereta ke Penang tanpa membuka aircond langsung. Buka tingkap sahaja dan alhamdulillah sepanjang perjalanan tidak terasa panas kerana matahari kebetulan tidak terik dan langsung tidak ada hujan.

    Kipas mini usb dari Amgras Metafan IV Pro Max
    Kipas mini usb dari Amgras Metafan IV Pro Max

    Kipas Mini USB – Amgras Metafan IV Pro Max

    Dari 2 pengalaman ini, isteri saya telah membeli sebuah kipas usb jenis mini untuk anak saya. Bukan sebab hendak gunakan di rumah, tetapi hendak guna di dalam kereta kerana pengalaman lalu. Kita tidak tahu bila aircond kereta akan rosak. Dan kebetulan kali ini kami memang mahu balik kampung di Johor dari Penang. Maka kami membuat keputusan dan mendapatkan sebuah lagi kipas mini usb tetapi dari jenis yang berkualiti dan lebih tahan lasak. Kipas jenis usb yang mana yang kami pilih kali ini?

    Kami pilih kipas usb mini dari brand model Amgras Metafan 4 Pro Max. Dah macam nama smartphone iPhone lineup sahaja. Dan kenapa saya pilih untuk beli kipas usb dari brand jenama Amgras? Kerana saya adalah pengguna kepada produk external mic dari Amgras SoundMeta untuk smartphone yang terbukti berkualiti setelah menggunakannya. Bila kita sudah pernah gunakan satu satu produk dan terbukti menawarkan pengalaman yang memuaskan, jadi kita akan mudah membeli produk lain dari brand yang sama kerana percaya dengan kualiti yang ditawarkan.

    Kipas mini powerbank usb type C dengan fungsi semburan mist dan lampu
    Kipas mini powerbank usb type C dengan fungsi semburan mist dan lampu

    Spesifikasi Amgras Metafan IV Pro Max

    • Kapasiti bateri : 12000 mAh
    • Backup powerbank : boleh gunakan bateri kipas usb ini untuk charges smartphone
    • Detachable bracket : boleh buka tapak kipas dengan tripod untuk gantung kipas di mana mana
    • 3 speed adjustable : kelajuan putaran kipas ada 3 speed
      • Low speed : 55 jam
      • Middle speed : 22 jam
      • High speed : 12 jam
    • Timer : boleh set masa berapa lama turn on
    • Flexible tripod : kaki tripod macam sotong, boleh grip dengan kuat
    • Angle adjustable : boleh gerakkan kipas 360 darjah (atas bawah, kiri kanan)
    • Super LED : ada 9 lampu LED yang dengan 3 set kecerahan
    • Type-C port : port pengecas adalah dari jenis yang terkini

    Sebenarnya saya sendiri baru tahu bahawa Amgras ada mengeluarkan produk seperti kipas mini usb ini? Rata rata kipas usb berharga murah bawah RM30 pun sudah boleh dapat. Tetapi dari pengalaman mengguna, saya kurang puas dari 2 faktor. Kalaulah ada kipas mini usb yang menyelesaikan masalah ini, maka saya siap untuk mengatakan yang kipas usb tersebut adalah yang paling terbaik. 2 masalah tersebut adalah kelajuan kipas dan tempoh lama kipas tersebut berputar.

    Di rumah saya, kipas mini usb murah yang saya beli ini, ada kapasiti bateri sebesar 18000 mAh. Jujur cakap, rasanya 2 jam tanpa cas pasti kipas tersebut akan kehabisan bateri. Dan putaran kipas memang tidak laju walaupun ada 3 speed kelajuan. Sudah lah kipas syiling di bilik komputer sudah rosak. Bila rasa panas, kipas usb mini ini memang tidak membantu. Rasa nak marah pula.

    Kipas portable Amgras Metafan IV Pro Max ada semburan air mist
    Kipas portable Amgras Metafan IV Pro Max ada semburan air mist

    Semburan Air (Mist)

    Antara kelebihan menggunakan Amgras Metafan IV Pro Max adalah, ada fungsi semburan air. Saya tidak tahu perkataan yang tepat. Semburan air iaitu “MIST” ini akan memberikan efek rasa sejuk kepada orang yang menggunakannya. Memang sesuailah untuk anak kecil. Anda tidak percaya, tonton sahaja video di bawah ini untuk faham.

    Rasa angin adalah sederhana baik. Dan yang kedua, kapasiti bateri sebesar 12000 mAh dari apa yang diiklankan, akan menawarkan putaran kipas lebih dari 10 jam tanpa henti untuk speed paling laju. Saya tidak mengecas penuh. Cuma dari pengalaman sebenar saya, kipas mini Amgras Metafan IV Pro Max boleh berputar high speed untuk tempoh 6 jam tanpa henti. Bagi saya, apa yang diiklankan oleh Amgras Metafan adalah benar!!!.

    Rupa rupanya kipas usb Amgras Metafan IV Pro Max menggunakan “5000 RPM Brushless Motor” Brushless motor adalah sejenis motor kipas elektrik yang jenis tahan lama dan tahan rosak. Tempat kerja saya (kilang) ada gunakan kipas jenis ini sebab hendak sejukkan unit produk yang kami buat. Buka kipas elektrik mini ini 24 jam ja. Kadang tidak tutup langsung berhari hari. Dan saya sudah berkerja bertahun di sana dan kipas jenis brushless motor ini belum pernah rosak walaupun sekali. Ini pengalaman sayalah. Jadi sebab itulah saya yakin dengan kipas Amgras Metafan ini.

    Harga Kipas Amgras portable fan
    Harga Kipas Amgras portable fan

    Beli Amgras Metafan IV Pro Max Online

    • [ Shopee ] – dapatkan kipas usb Amgras Metafan terbaik di sini
    • [ Lazada ] – dapatkan kipas usb Amgras Metafan yang bagus di sini

    Kipas usb dari model Amgras Metafan ini bukanlah dibina untuk kereta. Iklan di website dia pun ditulis untuk kegunaan anak kecil seperti di kereta sorong strollers kanak kanak. Tujuan adalah supaya anak tidak berasa panas. Namun kipas seperti ini memang banyak digunakan di dalam kenderaan seperti kereta. Jadi kalau dapat kipas usb mini yang bagus yang ada kelajuan kipas yang kuat untuk puas rasa tiupan angin dan bateri tahan lama, tidak salah kalau keluarkan bajet lebih sedikit untuk beli Amgras Metafan IV Pro Max. Saya sudah beli dan sudah guna. Saya beri skor rating 8/10 untuk kipas usb mini dari Amgras ini. BYE!!!.

    Amgras Metafan IV Pro Max Beli Amgras Metafan IV Pro Max Harga Amgras Metafan IV Pro Max Kips USB Mini Review Amgras Metafan IV Pro Max
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Getah cermin tingkap naik turun tercabut tertanggal

    Tukar Getah Tingkap Cermin Kereta

    09/07/2025
    Harga Perodua Myvi power window switch button

    Beli Alat Ganti Kereta Mudah Secara Online

    15/06/2025
    Engine mounting kereta Proton Ertiga untuk kurangkan gegaran

    Tukar Engine Mounting Untuk Kurangkan Enjin Bergegar

    22/05/2025
    Halaman pembelian dan borang isi maklumat pembelian guna sistem OnPay

    Cara Buat Bisnes Online Jual Produk Kereta Dengan Onpay

    06/05/2025
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2026 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.