Rasanya semua orang bersetuju yang penghawa dingin kenderaan bukan sesuatu yang dianggap kaya. Tetapi ianya sebuah keperluan. Kalau sesebuah kereta tanpa aircond, rasa tidak ramai yang mahu bertahan untuk berada di dalam kenderaan pada waktu tengah hari untuk jangka masa panjang. Tetapi malang tidak berbau. Kalau berlaku kerosakkan pada aircond kereta anda, maka kita sebenarnya memerlukan alternatif mudah dan murah iaitu setiap kereta perlu ada kipas tangan mudah alih di dalam kenderaan masing masing. Adakah anda setuju?
Begini ceritanya. Saya memandu Perodua Myvi dari Penang ke Johor pada 2-3 hari lepas dan memang memasang aircond kereta 24 jam tanpa masalah sepanjang perjalanan. Semasa baru hendak balik dari Johor ke Penang, tiba tiba baru perasan yang aircond kereta tidak sejuk. Bawa terus ke bengkel kenderaan dan mendapati gas aircond kereta 100% tiada pelik. Jadi saya ambil keputusan untuk isi gas aircond kereta dan kabin kereta menjadi sejuk semula. Semasa dalam perjalanan, tidak sampai 30 minit sudah tidak sejuk semula dan ada bau gas yang tidak menyenangkan. Bawa semula ke bengkel yang tadi semula dan meminta mereka checkkan semula.

Beli Kipas Mini Portable Untuk Kenderaan
Selepas semakan ringkas dibuat, rupa rupanya berlaku kerosakkan dan kebocoran pada cooling coil aircond kereta. Maka gas memang akan keluar dan kereta tidak akan menjadi sejuk. Perjalanan jauh lagi. Esok pula mahu kerja. Mahu tidak mahu terpaksa memandu tanpa aircond dibuka. Dengan kata lain terpaksalah berpanas di dalam kereta sepanjang perjalanan. Persoalan timbul, tidakkah ketika kita berada di dalam situasi seperti ini, maka kita sebenarnya memerlukan kipas tangan mudah alih? Pernah anda alami dan terfikir tentang hal ini. Ini adalah apa yang saya sendiri alami. Sudah lah tengah hari, tidak ada redup, berpanas pula. Kalau ada kipas pun sudah memadai.
Bayangkan kena kejar masa untuk sampai destinasi. Esok kerja. Dalam kereta pula ada anak kecik yang kejap kejap merengek sebab panas dan tidak selesa. Sebab itulah tiba tiba terfikir alangkah baiknya kalau ada kipas tangan jenis portable bukan? Paling tidak dapat kena kipas angin. Mesti akan ada yang akan cakap, kenapa tidak gunakan kipas blower aircond atau tidak repair sahaja aircond tersebut. Saya berikan jawapan saya dibawah ini. Tetapi itu pendapat masing masinglah. Ini hanyalah pendapat saya sahaja.
Kipas blower aircond kereta tidak sesuai digunakan sebab ianya terasa bahang panas. Manakan tidak, angin yang disedut keluar adalah angin panas di ruang kabin yang berdekatan kawasan enjin kereta. Saya sudah cuba gunakan dan ya, terasa panas. Memang tidak sesuai. Tetapi tidak tahulah kalau blower aircond kipas kereta anda terasa sejuk ketika dibuka. Ingat ya, ketika ini memang tingkap kereta dibuka dan masih terasa panas.
Berkenaan repair cooling coil dahulu baru gerak balik. Jawapannya adalah ya betul. Itu yang terbaik sebenarnya. Tetapi ianya berkenaan “masa” yang terpaksa kami kejar. Bukan semua tempat kerja boleh ambil cuti senang senang. Dan proses untuk menukar cooling coil aircond kereta sangat sangat mengambil masa. Tahukah anda, jika anda ingin menukar cooling coil aircond kereta anda kena buka dashboard kereta anda terlebih dahulu? Proses buka dashboard bukan 1 jam yaa. Lama. Lebih lama dari itu. Itu belum pasang dashboard semula dan menggantikan cooling coil yang baharu. Silap silap paling cepat minima pun sudah 4 jam makan masa.
Semasa perjalanan balik melalui highway, sempat singgah ke R&R dan mencari kipas tangan mudah alih. Isteri pun belilah kipas tangan portable tersebut. Ada kemampuan menggunakan bateri dan juga usb cable. Jadi boleh gunakan sumber kuasa dalam kedua dua keadaan. Sebenarnya kita ibu bapa kalau panas masih boleh tahan. Anak kecil terutamanya baby yang akan senantiasa menangis. Jadi dengan adanya kipas tangan mudah alih bolehlah berikan sedikit kesejukkan buat mereka.

Kipas Mini Fan Untuk Kereta
- [ Shopee ] – anda boleh cari dan beli kipas mini untuk kenderaan di sini
Saya sendiri sudah cuba. Yang penting tiupan angin dari bilah kipas kecil portable tersebut adalah kuat. Tidak guna kalau mahal, berputar berpusing berbunyi kuat tetapi angin tidak begitu terasa. Bila berptar sahaja bilah dari kipas tangan mudah alih tersebut, terus terasa angin yang kuat. Memang berpuas hati. Cuma harga kipas ini kalau beli di highway memang agak mahallah. Harganya dalam RM29. Tetapi bila check balik di Shopee, boleh dapat harga lebih murah dari itu. Kalau hendak cepat, beli di kedai. Kalau tidak kisah lambat dan tidak urgent, beli sahaja kipas tangan mudah alih ini secara online melalui link di atas ini. BYE.!!!.