Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Info

    Aircond Proton Saga Tidak Sejuk

    adminBy admin16/08/2024No Comments3 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Kisah pengalaman dulu. Saya pernah menambah gas aircond kereta kerana merasa tidak sejuk. Dan selepas 2 minggu lebih terasa yang aircond sudah tidak sejuk. Hanya berasa sejuk sedikit pada blower angin sebelah kiri dan langsung tidak terasa sejuk pada blower angin sebelah kanan iaitu bahagian pemandu. Saya bawa juga kereta Proton Saga saya ini untuk pergi kerja. Kalau kerja sebelah siang, saya buka tingkap. Kalau kerja sebelah malam saya buka aircond. Ada rasa sejuk sedikit, tetapi terlalu lambat hendak sejuk. Selepas 3 minggu terus tiada rasa apa apa. 

    Namun saya tidak boleh membuat andaian yang aircond proton saga saya ini rosak atau apa. Saya pergi ke kedai servis penghawa dingin kenderaan dan meminta mereka check. Dari pertanyaan saya kepada mekanik, mereka berpendapat yang mungkin salah satu sistem yang berkait rapat dengan sistem penghawa dingin kereta mengalami kerosakkan atau bocor. Namun, beliau suruh saya menambah gas penyejuk aircond terlebih dahulu untuk membuat pengesahan. Saya pun bersetuju tambah gas aircond.

    Kedudukan cooling coil aircond proton saga
    Kedudukan cooling coil aircond proton saga

    Aircond Proton Saga Hanya Sejuk Sekejap Sahaja (2 Minggu)

    Apa yang terjadi? Selepas 2 minggu memang gas aircond sudah habis dan langsung tidak berasa sejuk. Jadi memang confirm lah yang ada kebocoran di mana mana. Saya pun bawa kereta ke bengkel yang menjalankan servis aircond kenderaan. Proton saga saya ini pernah servis minyak compressor aircond sebelum ini di kedai yang sama sebelum ini. Jadi saya pergi ke bengkel yang sama juga kerana sudah tahu akan layanan servis yang baik di kedai tersebut.

    Anak panah menunjukkan cooling coil yang sudah bocor
    Anak panah menunjukkan cooling coil yang sudah bocor

    Saya nyatakan masalah yang terjadi kepada mekanik tersebut. Apa jawapan yang beliau beri? Beliau katakan yang kemungkinan besar masalah aircond berasa sejuk beberapa minggu dan kemudian sudah tidak sejuk. Sangat cepat gas aircond habis. Maka masalah tersebut mungkin berpunca dari KEBOCORAN COOLING COIL. Ianya adalah salah satu bahagian penyejukkan terpenting dalam sistem penghawa dingin kereta. Jika ada kerosakkan atau bocor, memang gas aircond akan keluar dan habis dalam tempoh yang sekejap sahaja.

    Resit kos harga menukar cooling coil aircond proton saga yang baharu
    Resit kos harga menukar cooling coil aircond proton saga yang baharu

    Jadi macam mana hendak tahu yang sistem “cooling coil” dan kereta kita memang bocor dan patut diganti? Mekanik tersebut menarik keluar cooling coil tersebut seperti gambar di atas. Kemudian beliau letakkan cooling coil tersebut ke dalam air. Jika ada banyak buih udara yang keluar, itu bermakna ada kebocoran. Apabila saya sendiri melihat adanya buih, maka saya bersetuju yang ianya sudah bocor dan perlu diganti yang baharu.

    Kos gantian alat cooling coil aircond proton saga yang baharu dan original adalah berharga RM350 sahaja. Untuk pengetahuan anda, peralatan cooling coil tersebut berada dalam dashboard kereta kita. Jadi mekanik perlu membuka dashboard semuanya. Ini mengambil masa. Rata rata kalau anda tanya mana mana bengkel sekalipun, kos membuka dan memasang kembali dashboard kereta akan dikenakan upah sebanyak RM250. Ini adalah kos upah yang biasa. Jadi kos barang RM350 dan kos upah buka dan pasang dashboard termasuk pasal cooling coil adalah RM250. Jumlah keseluruhan adalah RM600. Tetapi bengkel tersebut hanya kenakan RM580 sahaja kepada saya.

    Mencari Cooling Coil Proton

    • [ Shopee ] – anda boleh cari dan beli cooling coil kereta Proton di sini

    Alamat Kedai :

    • SKY CAR AIR COND SERVICE
    • 443-G, MK 7, Jalan Permatang Rawa, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
    • Tel : 604 – 5376832 , 012 – 5085319 (Kwang), 012 – 4458251 (Teoh)

    Beli Cooling Coil Kereta Cooling Coil Cooling Coil Kenderaan Cooling Coil Kereta Cooling Coil Kereta Proton Cooling Coil Kereta Rosak Cooling Coil Kereta Saga Harga Cooling Coil Kereta Tukar Cooling Coil Kereta
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Nombor member ID ejen dealer upline Eastel

    Cara Daftar Simkad Eastel

    07/03/2026
    Pilih renew insurans kenderaan patuh syariah dari Takaful Malaysia di BJAK

    Cara Perbaharui Cukai Jalan Dan Insurans Kereta Guna BJAK

    22/01/2026

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Semak akaun bank dan nombor telefon penipu scammer secara online di SemakMule

    Cara Semak Maklumat Berkenaan Scammer Online

    27/08/2025
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2026 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.