Salah satu masalah kalau kita menggunakan kenderaan adalah keperluan untuk servis berkala dan menukar alat komponen tertentu apabila sudah sampai masa. Contohnya tayar botak, kita kena beli tayar baharu. Timing belt sudah tipis, kena cepat menggantikan yang baharu. Cooling coil bocor, kena tukar yang baharu dan bermacam macam lagi. Bulan lepas kereta Proton Saga saya mempunyai masalah sistem penghawa dingin. Kipas angin yang menolak angin sejuk ke dalam kabin kereta tidak berfungsi. Apa yang saya fikir ketika itu adalah berkenaan rosaknya punat button aircond atau sistem relay elektronik atau wiring.
Dan setelah di bawa ke bengkel, mekanik hanya menepuk nepuk bahagian aircond filter (bahagian tapis habuk) di belakang dashboard dan terus kipas angin aircond berfungsi dengan baik. Ada 2 penyebab masalah ini. Yang pertama adalah disebabkan wiring yang longgar. Dan penyebab kedua pula adalah berkenaan kipas angin yang sudah sampai masa untuk diganti kepada yang baharu. Di sebabkan “ketuk ketuk” dan terus berfungsi semula, saya memilih untuk tidak membaikinya untuk jimat kos kerana menganggap masalah tersebut adalah kerana masalah wiring yang longgar. Itu adalah apa yang saya fikirkan.
Menggantikan Kipas Angin/Blower Fan Proton Saga Rosak
Sepanjang dua hari agak kerap juga kipas angin aircond tidak berfungsi. Saya ketuk dashboard dan ianya berfungsi semula. Cukup dua hari, dan ketika memandu. Bau hangit tiba tiba menerpa masuk ke hidung. Saya terus mematikan aircond dan terus bawa ke bengkel kereta. Anda tahu apa yang terjadi? Sebenarnya kipas aircond Proton Saga saya sudah berumur. Ianya sudah haus dan sudah sampai masa untuk diganti. Kipas sudah terbakar dan saya perlu menggantikannnya. Saya bersetuju dan pihak mekanik menukar kipas angin kepada yang baharu.
Di bengkel kereta mereka tidak menyebutnya sebagai kipas angin. Sebutan yang betul adalah BLOWER FAN. Jika blower fan ini rosak, maka tiada tujahan angin yang anda akan dapat rasakan pada keempat empat corong udara di dashboard kereta anda. Hasil survey saya, harga kipas angin blower fan untuk Proton Saga ada 3 kategori. Harga blower fan buatan China sangat murah iaitu di bawah RM150. Harga standard untuk yang berkualiti adalah dalam lingkungan RM250 – RM280. Harga blower fan original untuk proton adalah berharga RM350.
Mencari Blower Fan Kereta
- [ Shopee ] – anda boleh cari dan beli kipas blower fan kereta Proton di sini
Sistem aircond kereta Proton Saga saya masih ok dan sejuk. Tetapi ianya tidak berguna kalau angin sejuk itu tidak dapat di tolak masuk kalau kipas angin blower fan rosak. Anda tetap tidak akan rasa sejuk juga. Selepas ini, kalau anda juga menghadapi masalah yang sama seperti saya, sila pastikan anda check 3 benda ini dahulu. Iaitu samada sistem suis relay aircond anda rosak atau punat button aircond anda rosak atau blower fan anda itu sendiri sudah rosak. Bagi saya, apabila anda pakai kereta, anda kena bersedia dengan kos baik pulih maintenance nya juga. Duduk Malaysia cuaca panas. Pakai kereta kalau sistem penghawa dingin aircond rosak memang tidak boleh. Kena repair juga. Selamat servis kenderaan anda mengikut jadual. Bye