Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Info

    Kos Harga Penukaran Timing Belt Saga BLM

    adminBy admin08/08/2024No Comments3 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Saya pernah membeli dan menggunakan sebuah kereta Proton Saga BLM terpakai beberapa tahun lalu. Dan di waktu pembelian kereta tersebut, jumlah perbatuan jarak yang telah dilalui kereta tersebut sudahpun mencapai 90KM dan sudah berumur 6 tahun. Dan ini adalah kali pertama saya menggunakan kereta dengan transmisi gear auto. Kereta langsung tiada masalah tetapi ada satu perkara yang saya lupa tentangnya dan ianya suatu yang sangat penting bagi sebuah kereta iaitu berkenaan timing belt saga.

    Begini ceritanya, seminggu selepas saya pulang ke kampung dengan bergerak dari Penang ke Johor dengan Proton Saga BLM tersebut. Di Kampung Johor, saya menyedari yang sudah sampai masanya saya servis akan minyak hitam kereta tersebut buat pertama kali. Dan apabila menghantar ke bengkel kereta, mekanik di sana memberi tahu kepada saya yang saya perlu menukar timing belt saga. YA, saya tersedar dengan pertanyaan tersebut kerana saya lupa tentangnya sejak membeli kereta tersebut.

    Rekahan Putus Putus Timing Belt Saga BLM
    Rekahan Putus Putus Timing Belt Saga BLM

    Servis Pergantian Timing Belt Saga BLM Baru

    Mekanik memberi tahu yang jarak kilometer sudah melebih 90KM dan ada bukti yang timing belt saga BLM milik saya perlu diganti kerana sudah menunjukkan tanda tanda ianya sudah sampai masa dengan garisan kecil putus putus pada timing belt tersebut. Dan YA, saya sendiri melihatnya sendiri yang terdapat garisan kecil putus putus yang menunjukkan ianya perlu di ganti segera. Saya membuat keputusan untuk menukar timing belt saga blm pada keesokkan harinya kerana kedai servis kereta sudah mahu ditutup.

    Harga timing belt saga yang telah dinyatakan adalah berharga RM350. Ianya belum termasuk dengan kos upah dan juga kos GST (pada zaman masih ada gst). Dan oleh kerana tidak mahu ditipu, saya membuat carian dan rujukan di internet dan ternyata kos timing belt saga memang rata ratanya berharga begitu iaitu dalam lingkungan RM350 tidak termasuk “labour charge” dan lain lain.

    Timing Belt Saga BLM Yang Baru
    Timing Belt Saga BLM Yang Baru

    Harga Timing Belt Saga BLM

    Proses penukaran timing belt Saga BLM yang baru kebiasaannya akan mengambil masa 2 – 3 jam setengah. Kalau anda jenis tidak sabar menunggu, lebih baik bawa seseorang untuk diajak berbual ketika hendak menukar timing belt kereta anda. Di bawah ini saya senaraikan barangan yang diganti dengan harganya sekali ;

    • Timing Belt, Bearing & Oil Seal = RM350
    • Belt = RM55
    • Workmanship Fee = RM15
    • ATF Fluid (minyak auto gear box) = RM100 (4 botol digunakan, 1 botol RM25)

    Keseluruhan kos yang perlu saya bayar bagi menggantikan timing belt saga blm yang baru termasuk GST adalah berharga RM551.20. Anda tidak perlu menukar minyak gear box auto anda jika anda sudah pernah sebelum ini menukarnya. Sebenarnya saya agak terkejut dengan harga timing belt proton saga blm ini kerana harga timing belt bagi proton saga lama hanyalah RM150 sahaja. Nasihat saya, sila bersedia dengan wang yang secukupnya apabila usia timing belt anda sudah sampai pada jarak KM-nya. 

    Harga set timing belt kereta Proton di Shopee
    Harga set timing belt kereta Proton di Shopee

    Beli Timing Belt Kereta

    • [ Shopee ] – Anda boleh dapatkan timing belt pelbagai jenis model kereta secara online di sini

    Sebaik baiknya timing belt saga blm perlu diganti setiap 80KM jarak pemanduan. Setiap kali servis minyak hitam dan minyak gearbox, Jangan lupa untuk semak kembali check bilakah tarikh untuk membuat penukaran timing belt kereta anda. Timing belt macam rantai motorlah. Kalau sudah putus, memang kereta tidak boleh jalan langsung. Lagi bahaya kalau ianya terpuus ketika anda memandu laju. Memang akan membahayakan nyawa anda dan penumpang. Beringat ya. BYE!!!.

    Beli Timing Belt Proton Saga Harga Timing Belt Proton Saga Timing Belt Kereta Timing Belt Kereta Proton Saga Timing Belt Proton Saga Tukar Timing Belt Kereta
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Semak akaun bank dan nombor telefon penipu scammer secara online di SemakMule

    Cara Semak Maklumat Berkenaan Scammer Online

    27/08/2025
    Duit hasil jual kereta menggunakan invoice kedai used car akan disburse ke kedai used car terlebih dahulu

    Duit Hasil Jual Kereta Kepada Direct Buyer Melalui Kedai Used Car

    20/08/2025
    Semak rekod claim insurans kenderaan di SCRUT

    Semak Status Kereta Terpakai

    17/07/2025
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2026 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.