Saya dan isteri adalah pengguna medical card dari AIA insurans. Kami ambil pakej “family” dan ketika itu kami masih belum mempunyai anak. Dan sekarang sudah ada anak, tetapi hendak masukkan (include) anak di dalam pakej insurans keluarga kami tidak boleh pula. Pilihan yang ada adalah kena bubar pakej lama dan langgan pakej insurans yang lebih baru. Sudah tentulah tidak relevan untuk kami. Kena bayar bayaran caruman bulanan yang lebih tinggi dan kemungkinan besar saya selaku suami mungkin akan gagal untuk melanggan insurans. Kenapa?
Saya didiagnos sebagai pesakit yang mempunyai darah tinggi. Dan darah tinggi (blood pressure) di kategorikan sebagai penyakit berisiko tinggi. Mana mana individu yang dikategorikan sebagai mempunyai penyakit berisiko tinggi TIDAK LAYAK yang mendapatkan apa apa pakej langganan perlindungan insurans kesihatan. Dan ini adalah fakta bagi ke semua syarikat insurans. Jadi adakah saya patut batalkan langganan insurans saya sekarang dan melanggan pakej insurans yang baru? Sudah tentu ianya adalah tindakkan yang tidak betul.
Bayar Bil Perubatan Anak Cara Jimat
Caruman bulanan insurans AIA isteri saya sewaktu awal awal dulu cuma RM70 sahaja sebulan. Kemudian naik menjadi RM100 sejak tahun lepas. Kemudian start bulan lepas naik menjadi RM130 sebulan. Dan baru semalam pihak insurans menyatakan yang bayaran caruman akan naik selepas ini jika inflasi terus naik. Terus hilang selera. Adakah kita sebagai pengguna yang celik berkenaan pelan perlindungan kesihatan, ada melanggan pakej insurans dan akhirnya terpaksa terminate plan insurans kerana berasa mahal dan tidak mampu lagi? Rasanya inilah yang akan berlaku.
Jadi apa pilihan yang ada? Saya dan isteri akan terus kekal dengan caruman yang sedia ada selagi mampu. Cumanya untuk pakej pelindungan kesihatan untuk anak, saya mengambil pelan perlindungan kesihatan yang BUKAN INSURANS. Apa itu?
Tahukah anda bahawa di pasaran sekarang sudah mula tumbuh program perlindungan kesihatan yang bukan insurans atau takaful. Ianya berbentuk perkongsian komuniti. Dan salah satu program yang saya sertai dan anjurkan adalah dari program WeKongsi!!!.
We Kongsi Sdn Bhd telah melancarkan program perlindungan kesihatan berbentuk perkongsian komuniti. Maksudnya apa? Saya terus terang straight to the point sahaja. Lihat kiraan di bawah ini. Ini adalah contoh kiraan.
Perkongsian Bil Perubatan Ahli
- Ahli aktif : 1000 orang
- Ali adalah salah seorang ahli aktif dan telah dimasukkan ke wad hospital KPJ
- Kos total rawatan perubatan Ali adalah sebanyak RM40K
- Setiap ahli kena kongsi share bayar bil perubatan Ali sebanyak RM40K / 1000 orang = RM40 seorang
- Jadi pada bulan tersebut setiap ahli kena bayar cuma RM40 sahaja
- Maksimum kena bayar pun cuma RM50 sahaja sebulan
- Kalau tidak ada ahli masuk hospital, bil bulanan kita adalah RM0 SAHAJA!!!
Kenapa saya katakan We Kongsi perlindungan kesihatan murah untuk anak anda? Bukan untuk anak anda sahaja tetapi untuk sesiapa sahaja termasuk anda yang kini sedang mencari dan merasakan medical card anda sekarang sudah semakin mahal dan berasa tidak mampu lagi. Maka We Kongsi adalah salah satu pilihan yang anda boleh pertimbangkan.
Selepas anak anda lahir, ketika berumur 14 hari pun sudah boleh terus daftar di bawah anda. Berwarga negara Malaysia dan sihat tubuh badan. Itu sahaja syaratnya. Jangan tipu ya!
Apa kaitan “anak” dengan cerita pasal kereta? Anda ada motorsikal? Ada kereta? Atau apa sahaja kenderaan? Pasti akan bawa anak anda menggunakan jalan raya betul? Kemalangan boleh berlaku kepada diri, keluarga dan juga anak anda? Jika itu berlaku, anda ada perlindungan kemalangan? Jika tiada, anda ada medical card untuk anak anda? Jika tiada sebab faktor mahal, kenapa tidak langgan perlindungan perubatan murah dan jimat dari We Kongsi?
Daftar/Register We Kongsi
- [ LandingPageWeKongsi ] – sila klik link ini untuk baca maklumat lebih lanjut
- [ RegisterWeKongsi ] – sila klik link ini jika anda mahu terus daftar
- [ WhatsappWeKongsi ] – ini adalah group Whatsapp kendalian saya. Sila masuk ke group ini untuk bantuan pendaftaran dan pertanyaan.
Akhir sekali. Saya dan anda salah seorang yang ada kesedaran tentang perlunya ada perlindungan kesihatan untuk diri kita dan keluarga. Semua orang mahu ada apa yang kita selalu sebut sebagai “medical card”. Tetapi bukan semua orang mampu. Kesedaran tidak cukup kalau tidak cukup duit. Alternatif yang ada adalah dengan mendapatkan pelan perlindungan kos rawatab perubatan hospital yang dianggap murah atau mampu milik. Bagi saya We Kongsi adalah salah satu pilihan yang ada. Kalau anda berminat info lanjut atau terus daftar melalui link di atas ini ya. BYE!!!.