Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Home » Tukar Minyak Enjin Perodua Myvi Guna Castrol
    Info

    Tukar Minyak Enjin Perodua Myvi Guna Castrol

    adminBy admin09/07/2025No Comments3 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Baru baru ini isteri ada menyuruh saya untuk tukar minyak hitam kereta Perodua Myvi di bengkel kerana telah sampai masa katanya. Saya bersetuju sahaja kerana keesokkan harinya adalah saya tidak bekerja. Saya cadangkan kepada isteri untuk tukar minyak hitam guna Castrol. Beliau bersetuju sahaja kerana hendak mudah. Lagi pun memang selama ini pun kami berdua tidak kisah akan brand jenama minyak hitam yang kami gunakan kepada kereta kami. Kenapa?

    Sebenarnya saya sudah beberapa kali servis minyak hitam kereta Preve saya menggunakan minyak dari Castrol. Cumanya saya di cadangkan oleh bengkel baiki kenderaan untuk memuat turun dan memasang aplikasi Castrol di smartphone saya. Yang pertama sekali saya tanpa sedar sudah terbiasa menggunakan minyak Castrol. Dan sebab yang kedua pula adalah saya boleh mendapatkan penjimatan servis yang seterusnya dengan lebih murah. Macam mana caranya?

    Daftar register aplikasi Castrol untuk claim redeem Castrol points
    Daftar register aplikasi Castrol untuk claim redeem Castrol points

    Cara Jimat Tukar Minyak Hitam & Gearbox Dengan Castrol

    Begini, jika anda mendaftar aplikasi Castrol. Setiap kali anda melakukan servis tukar minyak enjin dan tukar minyak gearbox, maka anda boleh mendapatkan reward dalam bentuk POINTS. Dan points yang terkumpul ini boleh anda tukarkan kepada produk Castrol seperti minyak hitam dan minyak gear untuk kereta anda. Dengan cara ini sudah tentulah ianya boleh menjimatkan kos anda setiap kali anda melakukan servis. Harga minyak hitam dan minyak gear bukan murah ya.

    Kalau sebelum ini saya tukar minyak hitam kereta Proton Preve saya guna minyak enjin dari Castrol dan saya berjaya kumpul sebanyak 628 point (gambar pertama di atas). Dan ketika saya tukar minyak enjin untuk kereta Perodua Myvi isteri saya guna minyak lubricant dari Castrol juga. Maka point terkumpul di dalam aplikasi Castrol saya telah menjadi 943 CP castrol points (gambar kedua di bawah).

    Tukar minyak enjin guna Castrol dan kumpul point
    Tukar minyak enjin guna Castrol dan kumpul point

    Dalam app aplikasi Castrol juga memaparkan berapa jumlah point yang saya dapat dari minyak lubricant castrol yang digunakan.

    Daftar Aplikasi Castrol Lubricant

    • [ RegisterCastrol ] – ini adalah link pendaftaran Castrol.
    • Sila muat turun aplikasi dan login menggunakan nombor telefon smartphone anda
    • Ketika pendaftaran melalui link referral saya, anda akan dapat reward 300 Castrol Points secara percuma
    • Dan ketika anda membeli minyak pelincir Castrol samada minyak enjin, minyak gear dan lain lain, anda akan terus dapat reward dalam bentuk Castrol points
    • Dan jumlah Castrol Points ini boleh anda kumpul dan tukarkan kepada produk Castrol yang lain
    • Done.

    Adakah saya suka dengan konsep kumpul point setiap kali buat servis tukar minyak hitam, minyak enjin atau minyak gearbox? Jawapannya adalah ya. Bila sebut tentang kenderaan, enjin dan kotak gear adalah satu benda yang tersangat penting untuk kita jaga bagi memastikan kereta kita berfungsi dengan baik. Kalau rosak, memang kos baik pulih akan tersangat mahal. Lebih baik jaga dan berikan rawatan penjagaan enjin dan gearbox dengan minyak pelincir yang terbaik agar kereta anda tahan lama. Setuju? Kalau setuju, jom daftar castrol sekarang juga melalui link di atas ini. BYE!!!.

    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Semak akaun bank dan nombor telefon penipu scammer secara online di SemakMule

    Cara Semak Maklumat Berkenaan Scammer Online

    27/08/2025
    Duit hasil jual kereta menggunakan invoice kedai used car akan disburse ke kedai used car terlebih dahulu

    Duit Hasil Jual Kereta Kepada Direct Buyer Melalui Kedai Used Car

    20/08/2025
    Semak rekod claim insurans kenderaan di SCRUT

    Semak Status Kereta Terpakai

    17/07/2025
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Berminat beli kereta baru Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford dan lain lain? Jom submit loan kereta secara online melalui Whatsapp di sini.

    Beli Kereta? Contact Me Now!!!
    • WhatsApp
    • Facebook
    Post Kereta Baru Terkini
    Income dari kempen YouTube affiliate Shopee Shopping untuk bulan ogos 2025

    Komisen Affiliate YouTube Shopee August 2025

    01/10/2025
    Kereta saya sangkut kena tarik keluar guna lori tunda towing

    Guna Khidmat Towing Tunda Tarik Kereta Penang

    30/09/2025

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Bonus Reward Untuk Program Affiliate YouTube Shopping July 2025

    Komisen Affiliate YouTube Shopee July 2025

    01/09/2025
    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2025 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.