Di Malaysia, kita selalu sangat membaca berita dan kisah berkenaan para peminjam wang yang telah terjebak dengan pemberi pinjaman wang tidak berlesen atau Ahlong. Dan kemudian kerajaan memperkenalkan syarikat pemberi pinjaman wang berlesen dengan nama panggilan “Kredit Komuniti”. Dan salah satu syarikat yang menawarkan pinjaman tunai segera yang boleh dilakukan secara online adalah TAMBADANA. Nama yang sinonim dengan maksud “tambah dana”. Ianya adalah pinjaman dalam nilai skala micro. Berminat?
Apa maksud pinjaman dalam skala micro? Micro bermaksud kecil. Jumlah pinjaman yang ditawarkan oleh pemberi pinjaman cash tunai oleh Tambadana adalah dari RM500-RM10K sahaja. Dan mereka hanya benarkan jumlah pinjaman sehingga RM8K sahaja maksimum untuk peminjam kali pertama dengan syarat tertentu. Dan anda boleh pinjam setinggi RM9K-RM10K untuk pinjaman berulang selepas itu. Maknanya dari rekod pembayaran yang baik dan cantik pada kali pertama akan melayakkan anda buat pinjaman tunai kali kedua sedikit lebih tinggi. Jelas? Faham?

TAMBADANA – Apply Pinjaman Tunai Segera Mudah Secara Online
Apa beza buat pinjaman peribadi (personal loan) dari bank daripada pemberi pinjaman kredit komuniti seperti Tambadana ini? Memang ada beza. Bank mampu menawarkan pembayaran balik yang lebih lama dari 2-7 tahun lamanya. Sedangkan pemberi pinjaman kredit swasta seperti Tambadana ini, hanya menawarkan fleksibiliti sehingga 1 tahun sahaja. Tapi apa kelebihan pemberi pinjaman kredit tunai seperti Tambadana ini? Kelebihannya adalah anda boleh memohon mendapatkan bantuan pinjaman wang selain dari institusi bank tanpa melalui syarat yang ketat dengan mudah dan pantas.
Kelebihan Tambadana
- Dapatkan pinjaman wang tunai mudah dan pantas dari RM500-RM10K secara online
- Kelulusan hanya dalam masa 5 minit
- Hanya perlu sahkan butiran diri anda melalui panggilan jika perlu
- Terima duit melalui online transfer
- Terima wang pada hari yang sama
- Berdaftar dan berlesen dengan MCMC & Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)
- Hanya maklumat kad pengenalan (MyKad) diperlukan untuk pengesahan
- Bayaran balik pinjaman boleh gunakan sistem DuitNow, ShopeePay, TnG eWallet, GrabPay, FPX dan juga Boost
- Jumlah interest yang dikenakan adalah sebanyak 18% SETAHUN
Syarat & Kelayakkan Tambadana
- Minima slip gaji adalah antara RM1000-RM1500 layak mohon
Daftar & Cara Guna Tambadana
- [ TAMBADANA ] – sila klik link ini untuk mula mendaftar (register) akaun Tambadana
- Masukkan jumlah pinjaman yang anda mahukan
- Masukkan nombor telefon anda dan sahkan melalui OTP
- Dan klik “Mohon” untuk hantar borang permohonan
- Isikan ke semua maklumat yang diminta
- Kemudian anda perlu mengupload kad pengenalan anda
- Anda juga perlu mengupload gambar anda selfie dengan kad pengenalan
- Akhir sekali, sila klik “Hantar” untuk menghantar permohonan anda
- Kemudian anda akan dipaparkan dengan jumlah yang anda layak terima
- Anda wajib menonton video sebagai tanda anda sudah baca syarat dan terma yang ditawarkan
- Hanya selepas selesai tonton video, anda boleh klik butang “Setuju” sebagai pengesahan
- Done
Ke semua proses ini sebenarnya adalah proses untuk berikan butiran lanjut latar belakang anda semakan kelayakkan. Dan akhir sekali anda juga diwajibkan untuk faham tentang terma dan syarat yang dikenakan. Hanya selepas bersetuju, barulah anda akan ditawarkan dengan pinjaman yang diberikan sesuai dengan kelayakkan kemampuan kewangan anda. Jelas? Faham?

Pengalaman Saya Pinjam Duit Dengan Tambadana
- Saya mahu pinjam duit sebanyak RM500
- Selepas proses isi maklumat dan semakan kelayakkan, saya cuma dapat RM320 sahaja
- Namun cas fee pemproses dikenakan sebanyak RM80
- Maknanya jumlah bersih yang saya terima adalah sebanyak RM320-RM80 = RM240 SAHAJA
- Dan tempoh pembayaran balik adalah dalam masa 1 bulan sahaja
- Dan jumlah yang perlu dibayar semula adalah sebanyak RM324.80
Macam mana kiraan Tambadana dibuat? Adakah saya kena scam? Jawapannya tidak. Saya mahu pinjam RM500. Tetapi saya cuma layak dapat RM320 sahaja. Kadar interest yang pihak Tambadana kenakan adalah sebanyak RM18% setahun. Maknanya kadar interest yang kena bayar adalah RM320 x 18% = RM57.60 setahun. Tapi kan, saya diwajibkan bayar dalam masa sebulan. Maknanya kadar interest dalam sebulan adalah RM57.60 / 12 bulan = RM4.80. Jadi jumlah pinjaman pokok + interest yang saya kena bayar adalah sebanyak RM320 + RM4.80 = RM324.80. Jadi betullah kiraan Tambadana. Tidak ada salah kira atau scam. Memang kadar interest adalah sebanyak 18% setahun.
Jadi kenapa kena cas yuran pemproses sebanyak RM80? Saya dapat duit pinjam sebanyak RM320. Pihak Tambadana siap siap tolak cas sebanyak RM80 ini. Jadi jumlah pinjaman bersih yang saya dapat adalah sebanyak RM240. Adakah saya ok dengan kaedah ini? Jawapannya adalah YA!!!. Dan memang saya dapat duit terus masuk akaun bank dalam hari yang sama on the spot.
Masih ramai yang keliru apakah jenis pinjaman yang pihak Tambadana berikan! Sebenarnya apabila anda buat pinjaman wang, ianya disebut sebagai pinjaman peribadi atau personal loan. Bukan senang mahu dapatkan pinjaman wang jenis personal loan di bank dengan syarat anda mempunyai rekod bayar balik pinjaman yang baik. Dan dalam masa yang sama slip gaji pun kena kuat.
Tetapi dengan adanya servis perkhidmatan pemberi pinjaman wang yang berlesen seperti ini, maka ianya adalah pilihan kepada anda yang memerlukan sumber kewangan selain dari institusi bank untuk menyelesaikan masalah kewangan yang anda hadapi dan dalam masa yang sama, beban bayaran balik bulanan adalah masih terjangkau dan mampu milik dan hampir sama dengan apa yang pihak bank tawarkan. Malah tidak ada semakan CTOS, CCRIS, blacklist dan lain lain. Hanya perlu berikan maklumat kad pengenalan anda sahaja.
Kenapa saya mohon RM500 dan cuma dapat RM320 sahaja? Sebab masa isi maklumat, ianya ada pilihan untuk auto deduct pembayaran ke akaun banking kita. Sudah ditulis, kalau setuju, maka jumlah pinjaman dan kelayakkan akan dapat lebih tinggi. Oleh kerana saya tidak pilih option tersebut, maka ianya ditawarkan kurang dari apa yang saya minta. Saya tidak kisah pun sebab saya bukan hendak pinjam duit Tambadana kerana ada masalah kewangan. Saya ingin buat dari pengalaman sendiri yang sebenar dan jadi rujukan kepada pembaca blog ini. Nasihat saya, lebih baik pinjam duit dari Tambadana berbanding anda dapat duit dari pajak geran kereta anda dan dikenakan interest setinggi 10% sebulan. Mahu yang mana? Fikr fikirkan. BYE.