Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Home » Perbandingan MPV B-Segment Malaysia
    Info

    Perbandingan MPV B-Segment Malaysia

    adminBy admin08/10/2024No Comments4 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Di Malaysia, kenderaan pelbagai guna MPV (multi purpose vehicle) dalam kategori segmen-B tidak ada begitu banyak pilihan. Di Malaysia, yang paling banyak adalah kenderaan jenis SUV kerana ianya mula popular ibarat seperti cendawan selepas hujan. Atas sebab itulah kebanyakkan syarikat automotif di Malaysia lebih berminat untuk menawarkan kenderaan jenis SUV berbanding MPV. Akan tetapi kenderaan MPV masih tetap ada peminatnya tersendiri kerana pelbagai faktor.

    Di artikel kali ini saya ingin buat perbandingan antara kereta Perodua Alza, Toyota Veloz dan juga Mitsubishi Xpander. Jangan tanya tentang kereta mpv yang lain ya. Yang saya maksud ini adalah kereta mpv dari jenis segmen B dan dalam julat harga RM150K dan ke bawah. Mudah cerita saya mahu kongsikan pandangan tentang kenderaan mpv yang paling banyak dijual dan dibeli oleh rakyat Malaysia. Jom ikuti perbandingan yang saya lakukan.

    Gambar hadapan tepi kereta Mitsubishi Xpander Facelift
    Gambar hadapan tepi kereta Mitsubishi Xpander Facelift

    Harga Alza VS Veloz VS Xpander

    • Perodua Alza – RM78K (high spec)
    • Toyota Veloz – RM95K (high spec)
    • Mitsubishi Xpander – RM110K (high spec)

    Bayaran Bulanan Alza VS Veloz VS Xpander

    • Perodua Alza – RM813 (10% deposit untuk loan 9 tahun)
    • Toyota Veloz – RM1020 (10% deposit untuk loan 9 tahun)
    • Mitsubishi Xpander – RM1180 (10% deposit untuk loan 9 tahun)

    Spesifikasi Enjin Alza VS Veloz VS Xpander

    • Perodua Alza – 1.5L (105HP/138Nm)
    • Toyota Veloz – 1.5L(106HP/140Nm)
    • Mitsubishi Xpander – 1.5L (105HP/141Nm)

    Spesifikasi Gearbox Alza VS Veloz VS Xpander

    • Perodua Alza – D-CVT
    • Toyota Veloz – D-CVT
    • Mitsubishi Xpander – 4 AT 

    Spesifikasi ADAS Alza VS Veloz VS Xpander

    • Perodua Alza – ADAS level 2.0
    • Toyota Veloz – ADAS level 2.0
    • Mitsubishi Xpander – Tiada ADAS

    Airbag Alza VS Veloz VS Xpander

    • Perodua Alza – 6 beg udara
    • Toyota Veloz – 6 beg udara
    • Mitsubishi Xpander – 2 beg udara
    Pandangan Dashboard Perodua Alza
    Pandangan Dashboard Perodua Alza

    Kelebihan Alza VS Veloz VS Xpander

    • Perodua Alza – Ada front flog lamp, aircond setting pada windscreen + upper body + feet, electronic parking handbrake
    • Toyota Veloz – Ada daytime running lights, roof rail, wireless charging, electronic parking handbrake
    • Mitsubishi Xpander – Ada daytime running lights, Ada front flog lamp, door handle warna chrome, wireless charging, electronic parking handbrake

    Kekurangan Alza VS Veloz VS Xpander

    • Perodua Alza – Tiada daytime running lights, roof rail, wireless charging
    • Toyota Veloz – Tiada front fog lamp, aircond setting hanya pada upper body, 
    • Mitsubishi Xpander – Tiada ADAS dan cuma ada 2 airbag sahaja

    Tayar Sport Rims Alza VS Veloz VS Xpander

    • Perodua Alza – 16 inch
    • Toyota Veloz – 17 inch
    • Mitsubishi Xpander – 17 inch
    Pandangan Bonet Perodua Alza Hitam
    Pandangan Bonet Perodua Alza Hitam

    Boot Space Alza VS Veloz VS Xpander

    • Perodua Alza – 137L
    • Toyota Veloz – 137L
    • Mitsubishi Xpander – 223L

    Oil Consumption Alza VS Veloz VS Xpander

    • Perodua Alza – 1 liter petrol = 19KM
    • Toyota Veloz – 1 liter petrol = 17KM
    • Mitsubishi Xpander – 1 liter petrol = 14KM

    Dari perkongian blog kereta Paultan.org, kereta Perodua Alza menjadi kenderaan MPV segmen B paling laris di Malaysia dan diikuti oleh kereta Mitsubishi Xpander dan juga kereta Toyota Veloz. Gambar di bawah ini diambil dan credit kepada blog Paultan.org. Bagi saya Toyota Veloz boleh berapa dalam ranking no 2 berbanding Xpander. Kenapa? Ini kerana kilang pemasangan memfokuskan kepada permintaan Alza berbanding Veloz. Hendak beli kereta Veloz boleh. Cuma adakah anda sanggup tunggu sehingga 8 bulan? Inilah masalahnya.

    Data jumlah jualan kenderaan MPV Alza, Veloz dan Xpander tahun 2024
    Data jumlah jualan kenderaan MPV Alza, Veloz dan Xpander tahun 2024

    Secara jujur, kalau saya diminta pilih antara Alza atau Veloz, saya pasti 100% akan pilih Veloz. Tapi kalau ikutkan kemampuan pula, maka Alza adalah pilihan yang paling baik. Bagaimana dengan Xpander? Untuk maklumat, Mitsubishi telah melancarkan Mitsibishi Xpander Plus iaitu versi facelift yang sememangnya cantik bagi saya. Namun itu adalah pandangan saya sahaja.

    Submit Dokumen Melalui Whatsapp

    • [ Whatsapp ] – mesej saya melalui link Whatsapp ini untuk pertanyaan tentang kereta, pembelian kereta baru dan submit dokumen untuk loan bank.

    Kesimpulan. Veloz dan Xpander menang dari design reka bentuk. Alza pula memang dari segi harga. Xpander kalah dari segi teknologi. Setiap orang kehendak mahukan kereta mpv yang berbeza dan kemampuan kewangan juga adalah berbeza. Atas sebab itu saya tidak boleh katakan yang mana paling terbaik. Cuma kalau dapat kenderaan mpv segmen B saya pasti mahukan kereta Toyota Veloz tetapi dengan harga kereta Perodua Alza. Boleh gitu? Hahaha. Kepada yang mencari kereta MPV murah bawah RM110K, sila hubungi saya melalui link Whatsapp di atas ini ya. BYE!!!.

    Kenderaan Segmen B Kenderaan Segmen B Malaysia Kereta Segmen B Kereta Segmen B Malaysia
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Semak akaun bank dan nombor telefon penipu scammer secara online di SemakMule

    Cara Semak Maklumat Berkenaan Scammer Online

    27/08/2025
    Duit hasil jual kereta menggunakan invoice kedai used car akan disburse ke kedai used car terlebih dahulu

    Duit Hasil Jual Kereta Kepada Direct Buyer Melalui Kedai Used Car

    20/08/2025
    Semak rekod claim insurans kenderaan di SCRUT

    Semak Status Kereta Terpakai

    17/07/2025
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Berminat beli kereta baru Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford dan lain lain? Jom submit loan kereta secara online melalui Whatsapp di sini.

    Beli Kereta? Contact Me Now!!!
    • WhatsApp
    • Facebook
    Post Kereta Baru Terkini
    Kereta import terpakai recond BMW 118i M Sport warna merah

    Senarai Kereta Recond BMW Tahun 2026

    17/01/2026
    Kereta import terpakai recond Daihatsu Canbus Stripes G Turbo warna beige putih

    Senarai Kereta Recond Daihatsu Tahun 2026

    17/01/2026
    Kereta import terpakai recond Honda Nbox Custom Turbo warna hitam

    Senarai Kereta Recond Honda Tahun 2026

    17/01/2026
    Kereta import terpakai recond Toyota Landcruiser warna beige

    Senarai Kereta Recond Toyota Tahun 2026

    17/01/2026
    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2026 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.