Salam kepada pembaca. Ketika saya mula mula menulis tentang kereta Mitsubishi Xpander sebelum ini, ianya telah pun berada di pasaran Malaysia lebih kurang 4 tahun lamanya. Dan pihak sales advisor (SA) Mitsubishi yang saya kenal pun ada beritahu saya jangkaan akan ada dan diperkenalkan Mitsubishi Xpander versi facelift untuk tahun 2024 ini. Kalau sebut 4 tahun sudah lama berada di pasaran, maka memang sesuai dan patutlah untuk pihak Mitsubishi perbaharui model line-up kereta keluar mereka sekarang. Lagi lagi dengan persaingan sengit dari kenderaan buatan dari China.
Kenapa saya sebut China? Sebab pembuat kenderaan automotif di asia yang paling besar adalah dari Jepun. Dan di Malaysia kereta keluaran Jepun seperti Honda, Toyota, Nissan, Mazda dan juga Mitsubishi memang telah lama mendominasi pasaran Malaysia. Dan sejak kemamasukkan lambakkan kereta buatan dari negara China ke dalam pasaran Malaysia, maka sudah pasti syarikat automotif Jepun akan tergugat dengan jumlah jualan kenderaan penumpang mereka termasuk kenderaan buatan Mitsubishi.
Kereta Mitsubishi Xpander Plus (Harga, Spesifikasi & Reka Bentuk)
Macam mana hendak lawan market kenderaan dari China dari segi harga dan design reka bentuk? Jawapannya adalah dengan menawarkan model baru atau per kemaskini model yang sedia ada. Atas sebab itulah pihak Mitsubishi perkenalkan Xpander versi naik taraf iaitu facelift. Tetapi pihak Mitsubishi tidaklah menamakan kereta Xpander ini sebagai “facelift”. Tetapi mereka jenamakan model kemaskini ini sebagai Mitsubishi Xpander Plus!!!.
Spesfikasi Kereta Mitsubishi Xpander
- 1.5L DOHC (105HP/141Nm)
- Gearbox : 4 AT
- Segmen : compact MPV
- Jarak Roda : 2775mm
- Panjang : 4475mm
- Lebar : 1750mm
- Tinggi : 1730mm
- Luas Bonet : 223L
- Airbag : 2 Beg Udara
- Safety Features : VSC, ABS, EBD, HSA, BAS, ASC, TC
- Berat : 1269KG
- Tangki Minyak : 45L
- Penggunaan minyak :
Untuk spesifikasi bahagian enjin TIDAK APA PERUBAHAN!!!. Masih sama seperti Xpander dahulu. Tidak ada masalah pun. Benda yang masih baik tidak perlu ubah pun. Kecuali kalau Mitsubishi melancarkan Mitsubishi Xpander generasi baru.
Apa Perubahan Mitsubishi Xpander Facelift (PLUS)
- Tayar sport rim : 17 inch (205/55) Bridgestone
- Ada door visor
- Ada kamera 360
- Ada side skirting
- Ada wireless charger
- Ada kamera belakang
- Perubahan pada rekaan lampu hadapan dan belakang termasuk bumper & auto hold
- Tiada lagi handbrake tangan. Digantikan dengan electrik parking brake & auto hold
- Ada armrest
- DASHBOARD YANG BARU!!!
- Seat belakang ada 2 port USB (USB type-A + USB type-C)
Dari apa yang ditawarkan oleh Mitsubishi Xpander facelift ini adalah tersangat sangat berbaloi. Jujur cakap, saya sangat sukakan design rekaan Xpander Plus ini. Exterior memang cantik depan belakang. Interior dashboard pun memang cantik. Kalau beli pun memang akan terasa macam beli kereta yang baru. Ada 360 camera, ada wireless charging untuk cas phone dan handbrake pun sudah gunakan yang jenis elektrik. Memang terbaik. Terus rasa ianya sebuah kereta yang nampak model luar dan dalam.
Apa Kekurangan Mitsubishi Xpander Facelift (PLUS)
- Masih tidak ada ADAS sistem
- Masih menawarkan cuma 2 airbag
- Harga jualan mahal RM15K berbanding harga sebelum ini
Tetapi saya juga kecewa dengan 3 perkara di atas ini. Di Malaysia, kebanyakkan kereta telah ditawarkan dengan sistem bantuan pemanduan yang di namakan sebagai ADAS. Saya tidak mahu bercerita panjang. Kepada yang tidak faham, saya jemput anda baca dahulu di sini iaitu Apa Itu ADAS kereta. Sebab kereta di Malaysia kebanyakkan sudah ditawarkan dengan ADAS 2.0. Tetapi Mitsubishi Xpander masih belum ditawarkan dengan ADAS 1.0 pun.
Dalam zaman kini, rata rata kereta patut kena ada minima 4 airbag, lagi lagi kereta jenis mpv. Tetapi pihak Mitsubishi masih mengekalkan cuma 2 sahaja airbag diberikan untuk versi Xpander facelift ini.
Kereta Mitsubishi Xpander facelift bersaing rapat dengan model mpv dalam kelas yang sama seperti Perodua Alza dan juga Toyota Veloz. Jujur cakap, dengan teknologi safety yang lebih moden ditawarkan pada model Alza dan Veloz, tetapi dijual dengan harga lebih murah berbanding Mitsubishi Xpander facelift, adakah anda rasakan ianya berbaloi untuk dibeli dan dimiliki?
Jom Submit Loan Mitsubishi Xpander Online Sekarang!!!
Apa offer dan promosi jika anda beli kereta baru melalui saya? Sila klik dan baca dulu ya. Saya adalah ejen penjual kereta yang menjual kereta baru dari Proton, Honda, Toyota, Nissan, Perodua dan juga MITSUBISHI!!!. Kenapa saya tuliskan beli kereta baru secara online? Maksudnya anda boleh untuk submit dokumen untuk tujuan check samada anda layak untuk lulus loan bank kereta atau tidak. Dan jika lulus, anda boleh datang ke showroom untuk melihat kereta sebelum bersetuju untuk sign loan agreement tersebut.
Submit Dokumen Melalui Whatsapp
- [ Whatsapp ] – mesej saya melalui link Whatsapp ini untuk pertanyaan tentang kereta, pembelian kereta baru dan submit dokumen untuk loan bank.
Bila bercakap tentang beli kereta baru. Apa yang saya kongsikan di atas tadi adalah spesifikasi yang pihak Mitsubishi tawarkan untuk kereta Xpander facelift mereka di Malaysia. Soal ada kelebihan atau kekurangan tersebut, ianya adalah apa yang bakal pembeli mahukan. Setiap orang lain kehendak. Saya boleh berikan gambar kereta, flyers, brochure, list harga termasuk berapakah bayaran bulanan yang dikenakan. Kalau anda ada apa apa pertanyaan berkenaan new Mitsubishi Xpander facelift ini atau model kereta selain Xpander juga boleh. Jadi, jika anda hendak mendapatkan lebih banyak maklumat lanjut berkenaan kereta Mitsubishi Xpander facelift plus baru ini, sila contact saya melalui link Whatsapp di atas ini ya. Selamat membeli kereta baru. BYE!!!.