Trak pikap dari Mitsubishi Triton adalah salah satu kenderaan yang popular di atas jalan rasa Malaysia. Dan truck pickup ini memang banyak digunakan di Malaysia terutamanya kepada mereka yang ada bisnes sendiri. Bapa mertua saya ada ladang kambing. Dan ya, beliau ada sebuah Mitsubishi Triton yang beliau gunakan untuk membawa rumput sebagai makanan kambing dan gunakan apa apa urusan yang berkaitan dengan ladang kambing beliau. Ianya bukan tentang Triton itu sendiri tetapi tentang kegunaan “trak pikap” seperti ini.
Pertama sekali kena faham, trak pickup adalah sebuah kenderaan yang menawarkan kuasa “TORK” yang tinggi berbanding kenderaan seperti kereta. Tujuan tork adalah untuk memberikan kuasa membawa muatan yang berat dan boleh mendaki bukit dengan sangat mudah. Dengan kata lain, sebab itulah kenderaan seperti Ford Ranger, Toyota Hilux, Nissan Navara, Suzuki D-Max, Isuzu dan juga Mitsubishi Triton sendiri diklasifikasikan sebagai “pickup truck”. Sebab memang ada pickup. Haha.

Harga Mitsubishi Triton Baru (6th Generation)
Mitsubishi Triton yang bapa mertua saya gunakan adalah dari generasi ke-4. Dan Mitsubishi Triton terbaru yang dilancarkan pada tahun 2024 ini adalah model Mitsubishi Triton dari generasi ke-6 (sixth-generation Mitsubishi pick-up truck). Jadi adakah berbaloi untuk upgrade kenderaan trak pickup dari generasi lama ke generasi yang baru kalau model generasi lama masih boleh digunakan? Sebenarnya ianya berbalik kepada tujuan pemilik kenderaan tersebut itu sendiri. Beli kenderaan pickup truck tidak sama seperti beli kereta.

Spesfikasi Kereta Mitsubishi Triton
- 2.4L Petrol & Diesel (148HP/330Nm @ 181HP/430Nm @ 201HP/470Nm)
- Gearbox : 6-speed manual @ 6-speed automatik
- Segmen : Pickup-truck
- Jarak Roda : 3130mm
- Panjang : 5265mm (single-cab) / 5320–5360 mm (double-cab)
- Lebar : 1795 mm (70.7 in) (single-cab) / 1865–1930 mm (double-cab)
- Tinggi : 1765–1815 mm
- Luas Bonet : 223L
- Airbag : 2 Beg Udara
- Safety Features : AEB, ASC, TC, HSA,
- Berat : 1600KG
- Tangki Minyak : 75L
Macam biasa, trak pikap biasanya akan ditawarkan dalam bentuk 2 pintu atau 4 pintu, manual atau auto, 2 wheel drive atau 4×4 wheel drive dan sebagainya mengikut keperluan dan bajet bakal pembeli.

Perbandingan HP & Nm Trak Pikap
- Toyota Hilux (2.4L) – 150HP & 400Nm
- Ford Ranger (2.0L)- 207HP & 500Nm
- Mitsubishi Triton (2.4L) – 181HP & 430Nm
Sebenarnya nilai horse power untuk pickup truck tidaklah tinggi mana. Malah ada banyak “kereta” yang mempunyai nilai HP yang lebih besar. Cuma perbezaan antara “kereta” dengan “pikap trak” adalah dari nilai tork yang diukur dalam bentuk Nm seperti di atas. Lebih besar nilai Nm, lebih kuat untuk kenderaan memotong dengan mudah, lebih kuat membawa muatan berat dan lebih kuat apabila mendaki bukit. Inilah tujuan Nm.
Kalau lihat dari perbandingan di atas ini, sebenarnya tidak kisah pun anda mahu beli pickup truck yang mana. Lebih kurang sama sahaja. Biasanya orang beli trak pikap sebab hendak gunakan untuk angkut barang dan buat kerja kerja berat. Dan Mitsubishi Triton adalah salah satu kenderaan pickup truck pilihan rakyat Malaysia. Dan adakah design rekaan Mitsubishi Triton generasi ke-6 ini menarik pada pandangan anda?
Jom Submit Loan Mitsubishi TritonOnline Sekarang!!!
Apa offer dan promosi jika anda beli kereta baru Mitsubishi melalui saya? Sila klik dan baca dulu ya. Saya adalah ejen penjual kereta yang menjual kereta baru dari Proton, Honda, Toyota, Nissan, Perodua dan juga MITSUBISHI!!!. Kenapa saya tuliskan beli kereta baru secara online? Maksudnya anda boleh untuk submit dokumen untuk tujuan check samada anda layak untuk lulus loan bank kereta atau tidak. Dan jika lulus, anda boleh datang ke showroom untuk melihat kereta sebelum bersetuju untuk sign loan agreement tersebut. Dan pihak kami juga boleh untuk hantar kereta baru tersebut ke terus rumah anda jika mahu.
Submit Dokumen Melalui Whatsapp
- [ Whatsapp ] – mesej saya melalui link Whatsapp ini untuk pertanyaan tentang kereta, pembelian kereta baru dan submit dokumen untuk loan bank.
Jika anda hendak mendapatkan lebih banyak maklumat lanjut berkenaan kereta Mitsubishi Triton baru ini, sila contact saya melalui link Whatsapp di atas ini ya. Saya boleh berikan gambar kereta, flyers, brochure, list harga termasuk berapakah bayaran bulanan yang dikenakan. Kalau anda ada apa apa pertanyaan berkenaan new Mitsubishi Triton ini atau model kereta selain Triton juga boleh. Asalkan ianya berkenaan model kereta baru. Mesej sahaja saya melalui Whatsapp di atas ini ya. Owh ya, sebelum terlupa, anda juga boleh booking untuk test drive Mitsubishi Triton secara online melalui saya. Selamat membeli pickup truck baru. BYE!!!.