Dulu dulu ketika saya muda remaja kurang faham dengan tujuan kereta jenis truck pickup ini. Sebab merasakan siapa yang beli kereta macam ini adalah rugi dan membazir. Sudahlah ada 2 tempat duduk sahaja dan siapa yang mahukan tempat letak barang yang besar. Dan bukan selalu orang hendak letak barang di belakang kereta. Tapi bila dah besar dan bekerja, barulah saya faham akan tujuan dan kegunaan kenderaan yang berstatus truck pickup seperti Toyota Hilux baru ini.
Kenderaan truck pick-up seperti Toyota Hilux misalnya lebih kepada tujuan memudahkan urusan bisnes. Anda mahu bawa buah durian, bawa barang ke kedai, pindah rumah, bawa barang elektrik yang besar dan banyak lagilah. Bukan semua urusan kerja sesuai untuk kenderaan seperti van yang sempit atau lori yang terlalu besar. Jadi pickup truck adalah lebih sesuai. Anda yang sibuk dengan bisnes sana sini pasti bersetuju dengan apa yang saya katakan betul?
Harga Toyota Hilux Baru
Beli mana mana brand jenama truck pickup pun boleh. Terpulang ikut cita rasa masing masing. Sebab ada orang beli kerana faktor design. Ada orang beli sebab teknologi yang ditawarkan. Ada orang beli sebab tahan lasak. Ada orang beli sebab mudah cari barang sparepart. Dan kenapa pilih Toyota Hilux? Biasanya bila bercakap tentang kereta keluaran Toyota, kenderaan Toyota biasanya tahan lasak, mudah dan murah pula barang alat gantinya kerana Toyota Hilux sudah banyak di atas jalan raya di Malaysia sejak dulu. Ini faktor utama.
Saya pernah menaiki Toyota Hilux dari generasi ke-7 iaitu 7th generation. Ianya dilancarkan pada tahun 2004-2015. Paparan dashboard memang nampak lama. Tetapi ianya tidak menghairankan kerana memanng kereta jenis truck pickup khas untuk kerja kerja lasak. Yang penting ianya mampu melakukan tugasan membawa muatan besar dan berat dengan kuat.
Spesfikasi Kereta Toyota Hilux
- 2.4L Diesel Engine, In-line 4 Cylinder 16 Valve DOHC (150HP/400Nm)
- Gearbox : 6 speed manual & Auto (untuk 2.8L Diesel Engine)
- Segmen : Pickup truck
- Jarak Roda : 3085mm
- Panjang : 5325mm
- Lebar : 1855mm
- Tinggi : 1795mm
- Luas Bonet : 435L
- Airbag : 7 Beg Udara
- Safety Features : ABS, EBD, HSA, AEB
- Berat : 2870KG
- Tangki Minyak : 80L
Kalau anda lihat spesifikasi di atas ini, Toyota Hilux baru untuk pasaran Malaysia adalah dari versi terkini iaitu dari generasi ke-8 (8th generation) pada tahun 2016. Dengan kata lain kereta ini sudah berumur 8 tahun di pasaran. Adakah sudah outdated? Tidak! Kerana ada beberapa kali versi facelift diperkenalkan. Lagi pula kenderaan pickup truck bukan seperti kereta sedan, mpv dan suv yang perlu diperkenalkan dengan model baru. Yang penting teknologi yang ditawarkan masih kekal relevan.
Bagi saya design rekaan luaran ada sedikit perubahan kosmetik berbanding dari generasi lama. Dan saya masih dapat menerima rekaan Toyota Hilux baru ini tanpa masalah kerana rekaan facelift memperbaharui exterior bumper hadapan bagi memberikan pandangan garang dan gagah. Bagi rekaan dashboard ada perubahan yang ketara. Rekaan kemasan dashboard nampak moden dan terkini.
Ketika saya menulis tentang kereta Toyota Hilux yang baru ini. Saya perasan berkenaan data spesifikasi enjin Hilux ini terhadap info horsepower (HP) dan torque (Nm). Baru saya sedar kerana kereta seperti ini disebut sebagai “pickup truck”! Ini kerana kenderaan seperti ini memerlukan tenaga untuk kuat membawa barang berat dan kemampuan mendaki bukit. Sebab itulah nilai torque kenderaan seperti ini adalah tinggi. Owh saya baru faham. Bagaimana dengan anda?
Jom Submit Loan Untuk Kereta Toyota Secara Online Sekarang!!!
Apa offer dan promosi jika anda beli kereta baru online melalui saya? Sila klik dan baca dulu ya. Saya adalah ejen penjual kereta yang menjual kereta baru dari Perodua, Nissan, Mitsubishi, Honda, Proton dan juga Toyota!!!. Kenapa saya tuliskan beli kereta baru secara online? Maksudnya anda boleh untuk submit dokumen untuk tujuan check samada anda layak untuk lulus loan bank kereta atau tidak. Dan jika lulus, anda boleh datang ke showroom untuk melihat kereta sebelum bersetuju untuk sign loan agreement tersebut. Boleh ker submit loan untuk anda di seluruh semenanjung Malaysia? Boleh jer!!!
Submit Dokumen Melalui Whatsapp
- [ Whatsapp ] – mesej saya melalui link Whatsapp ini untuk pertanyaan tentang kereta, pembelian kereta baru dan submit dokumen untuk loan bank.
Jika anda hendak mendapatkan lebih banyak maklumat lanjut berkenaan apa apa jenis model kereta baru Toyota ini, sila contact saya melalui link Whatsapp di atas ini ya. Saya boleh berikan gambar kereta, flyers, brochure, list harga termasuk berapakah bayaran bulanan yang dikenakan. Mesej sahaja saya melalui Whatsapp di atas ini ya. Anda juga boleh booking untuk test drive pickup truck Toyota secara online melalui saya untuk anda di kawasan tempat anda. Dan pihak kami juga boleh untuk hantar kereta baru tersebut terus ke alamat rumah anda di seluruh semenanjung Malaysia jika mahu. Selamat membeli kereta Toyota Hilux baru. BYE!!!.